Sabtu, 13 April 2013

Peguam terkenal, jurutera, pegawai bank calon PAS Sabah





(Ustaz Hadi dan Pesuruhjaya PAS Sabah di majlis memperkenalkan calon PAS di Sabah)

TAWAU: PAS Sabah menampilkan calon profesional yang terdiri daripada peguam terkenal, pegawai bank, jurutera, pengurus syarikat dan tokoh masyarakat setempat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).

Tokoh peguam terkenal di Sabah, Hamid Ismail akan bertanding di DUN Tanjung Aru, bekas Penolong Pengurus Bank, Ahmad Dullah akan bertanding DUN Merotai, Hasai Tudai seorang  jurutera akan bertanding di DUN Bugaya.
Pengisytiharan calon dibuat oleh Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada majlis jamuan rakyat di perkarangan pejabat PAS Kawasan Kalabakan.

Menurut Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling PAS Sabah berazam bersama-sama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat bagi merealisasikan impian dan cita-cita seperti yang digariskan dalam manifesto Pakatan Harapan Rakyat diperingkat negeri dan persekutuan.

"PAS menawarkan kepimpinan jujur, amanah dan adil kearah menjadikan Sabah sebuah negeri yang maju dan moden seiring dengan negeri-negeri yang maju di semenanjung Malaysia," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Berikut merupakan calon-calon di peringkat Parlimen dan Dun Sabah:

P.185 Batu Sapi

Hamzah Abdullah (gambar)

•    Timbalan Pesuruhjaya PAS
•    Lulusan BA (Hons) Middlesex University, United Kingdom
•    Bekas Pemimpin Kemajuan Rakyat Sekong
•    Bekas Ketua Kesatuan Pelajar Sabah di United Kingdom

P.191 Kalabakan

Usman Madeaming

•    Lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
•    Ketua Pemuda PAS Kawasan Kalabakan
•    Mantan Naib Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Sabah (Permis) UKM

N.3 Pitas

Dausieh Queck

•    Setiausaha NGO Salimah Teras Sabah
•    Lulusan Diploma Pentadbiran dan Perniagaan Kolej PTPL
•    Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Dusun Tambanuo Sabah


N.6 Tempasuk

Awang Laiman Ikin

•    Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Sabah
•    Mantan Naib Presiden Persatuan Anak Yatim Kebangsaan (Peyatim)
•    Lulusan Usuluddin Universiti Al-Azhar Mesir
•    Mantan Naib Presiden Persatuan Iranun Sabah (Pagisa)

N.17 Tanjong Aru

Hamid Ismail (gambar)

•    Peguam di Hamid & CO
•    Lulusan Ijazah Undang-undang Universiti ISlam Antarabangsa (UIA)
•    Diploma Pengajian ISlam, Universiti Malaya Sabah


N.48 Sukau

Ahdah Sulaiman

•    Tokoh Pembela Isu Tanah di Kinabatangan
•    Lulusan Diploma Pentadbiran dan Perniagaan
•    Mantan AJK Umno Bahagian Kinabatangan


N.51 Kunak

Kasman Karate

•    Mantan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis) Borneo
•    Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS)
•    Setiausaha PAS Kawasan Silam

N.54 Bugaya

Hasai Tudai  

•    Jurutera kanan di Ikramtic System Sdn Bhd
•    Lulusan Bacelor Sains (Hons) Kejuruteraaan Mechanical Universiti Teknologi Mara (UiTM)

N.58 Merotai

Ahmad Dullah

•    Mantan Penolong Pengurus Cawangan Bank
•    Lulusan Bacelor Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM)
•    Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah
•    Mantan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat


N.59 Tanjong Batu

Fatmawaty Mohd Yusuf

•    Pengerusi Ameerah Sabah
•    Lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia Universiti malaysia Sabah
•    Bendahari PAS Kawasan Kalabakan


N.60 Sebatik

Daud Jalaluddin

•    Pengerusi Persatuan Bajau Tawau
•    Lulusan Ijazah Pemasaran, Indiana Institute Of Technology
•    Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan