Khamis, 26 Disember 2013

Perlantikan Penuh AJK Dewan Pemuda PAS Malaysia 2013-2015


 Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah berjaya membuat beberapa pelantikan baru dan membentuk jawatankuasa DPPM bagi sesi 2013-2015. Hasil dari mesyuarat DPPM pada 24 Disember 2013, hampir semua lajnah dan jabatan telah berjaya diisi. Pelantikan tersebut menggabungkan di antara ulamak, profesional, aktivis, usahawan dan ahli akademik.



Latar belakang yang pelbagai di dalam kepimpinan DPPM sesi ini menggambarkan semangat memposisikan variasi kepimpinan pemuda sesi ini. Justeru dengan kepelbagaian yang ada ini, Insya Allah akan membantu DPPM mengerakkan Pemuda PAS Malaysia lebih inklusif seterusnya memberi banyak kebaikan kepada anak muda Malaysia. Berikut adalah senarai penuh yang telah diputuskan;



Pengerusi Tetap : Ustaz Kamal Ashaari

Timbalan Pengerusi Tetap : Dr Ustaz Riduan Mohd Nor

Ketua Pemuda : Suhaizan Kaiat [Pengerusi Lajnah Politik]

Timbalan Ketua Pemuda : Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi [Pengerusi Akademi Tarbiyyah Pemuda]

Naib Ketua Pemuda : Ir Hj Khairil Nizam Khiruddin [Pengerusi Akademi Kepimpinan Pemuda]

Setiausaha : Mohd Nasaie Ismail [Pengerusi Majlis Setiausaha Pemuda]

Penolong Setiausaha I : Mohd Faizul Salleh

Penolong Setiausaha II : Ramadan Elias

Penolong Setiausaha III : Yusapiza Ya'cob

Bendahari : Ustaz Yussaine Yahya [Pengarah Jabatan Perbendaharaan]

Ketua Penerangan : Ustaz Zaharudin Muhammad [Pengerusi Lajnah Penerangan Pemuda]

Pengarah Pilihanraya Pemuda : Mohd Sany Hamzan [Pengarah Pilihanraya Pemuda]

Lajnah Hal Ehwal Parlimen & Dun : YB Ustaz Ahmad Marzuk Shaary [Pengerusi]

YB Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan [Timbalan Pengerusi]

Lajnah Perpaduan Nasional : Nurul Islam Mohamed Yusoff [Pengerusi]

Lajnah Pekerja, Pengguna & Alam : Abang Ahmad Kardee Abang Masagus Sekitar [Pengerusi]

Dr Mohd Ibrahim [Timbalan Pengerusi]

Jabatan Penerangan & Media Baru : Ustaz Ahmad Fadli Shaari [Pengarah]

Institut Kajian Polisi : Syahir Sulaiman [Pengarah]

Jabatan Pendidikan Politik : Mohd Fadli Ghani [Pengarah]

Lajnah Dakwah : Ustaz Syed A. Kadir Hussin [Pengerusi]

Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden [Timbalan Pengerusi]

Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah : YB Ustaz Ahmad Yahya [Pengarah]

Akademi Tarbiyyah Pemuda : Ustaz Nushi Mahfodz [Timbalan Pengerusi]

Lajnah Hal Ehwal Sabah & Sarawak : Lahirul Latigu [Pengerusi]

Lajnah Antarabangsa : Dr Raja Iskandar al-Hiss [Pengerusi]

Lajnah Pembangunan Tanah & Bandar : Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi [Pengerusi]

Lajnah Kebajikan & Perihatin Rakyat : Ustaz Hafiz Musa [Pengerusi]

Jabatan Pembangunan Graduan : Basri Din Kamar [Pengarah]

Badan Mobilisasi Rakyat : Kamaruzaman Mohamad [Pengarah]

Zulhazmi Shariff [Timbalan Pengarah]

Jabatan Profesional Muda : Dr Mohamad Omar [Pengarah]

Jabatan Pembangunan Mahasiswa : Ustaz Mohd Hafez Sabri [Pengarah]

Jabatan Penyelarasan Mahasiswa : Dr Abdul Azim Abu Hasan Luar Negara [Pengarah]

Jabatan Pembangunan Pelajar : Mohd Hakim Mohd Nor [Pengarah]

Jabatan Hal Ehwal Undang-undang & : Noor Azmir Zakaria Hak Asasi Manusia [Pengarah]

Jabatan ICT : Wan Asrul Afendi [Pengarah]



Ketua Pemuda PAS negeri-negeri:-

Perlis : Ustaz Yussaine Yahya

Kedah : Ustaz Mohd Nasir Zakaria

Pulau Pinang : Ustaz Mohd Yusni Mat Piah

Perak : Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss

Selangor : Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim

Wilayah Persekutuan : Ir Hj Muhd Khairil Nizam Khiruddin

Negeri Sembilan : Ustaz Nor Azman Mohamad

Melaka : Jauhar Mohd Dawi

Johor : Mohd Faizul Saleh

Pahang : Ustaz Nazri Ahmad

Terengganu : Ustaz Kamaruzaman Abdullah

Kelantan : Ustaz Mohd Fadli Shaari

Sabah : Lahirul Latigu

Sarawak : Mohd Arifiriazul Paijo



SUHAIZAN KAIAT

Ketua

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Rabu, 29 Mei 2013

Semua Exco PKR dan Speaker Selangor adalah wanita



Harakahdaily,
29 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Ketiga-tiga Exco Selangor dari PKR adalah wanita manakala Speaker Dun Selangor yang baru juga seorang wanita.

(Hannah Yeoh....bakal Speaker DUN Selangor menurut Dr Halimah Ali)

Menurut bekas Exco Selangor yang juga Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali di dalam blognya, ketiga-tiga wakil PKR yang bakal dilantik sebagai Exco ialah bekas Exco Rodziah Ismail (Batu Tiga), bekas Exco Elizabeth Wong (Bukit Lanjan) dan Dr Daroyah Alwi (Sementa).

Selain beliau (Dr Halimah) yang juga dikekalkan sebagai Exco penggal ini, wakil daripada PAS terdiri daripada Sallehen Mukhyi (Sabak), Iskandar Samad (Chempaka), Dr Ahmad Yunus (Sijangkang).

(Senarai Exco baru Selangor yang disiarkan Dr Halimah dalam blognya)

Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Cheng Khim pula mewakili DAP bersama Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan) dan Ganabathirau Veraman (Kota Alam Shah).

Menurutnya, upacara mengangkat sumpah serta akujanji akan berlangsung di Istana Alam Shah Klang jam 9.00 pagi esok.

Sementara itu, Adun Subang Jaya, Hannah Yeo Tseow Suan dijangka akan dilantik sebagai Yang Dipertua DUN atau Speaker.

Sebelum ini, Speaker adalah Teng Chan Khim yang kini akan dilantik sebagai Exco.
                 


Selasa, 28 Mei 2013

Kelantan terus usaha untuk dapatkan royalti - MB


KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan akan terus berusaha mencari jalan,  selagi ianya tidak bercanggah dengan undang-undang, untuk mendapatkan royalti untuk negeri itu.

Inilah jaminan yang diberikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob ketika berucap di majlis meraikan anak Kelantan di perantauan.

Beliau meraikan rombongan Persatuan Anak Kelantan Darulnaim Selangor dan Kuala Lumpur (Persada) di pejabatnya semalam.

Menurutnya, anak Kelantan juga wajar memperjuangkan hak itu di tempat masing-masing.

Dalam ucapan itu, beliau berkata, anak Kelantan di Perantauan akan berhadapan dengan cabaran yang penuh mencabar pada PRU-14, kerana cabarannya akan bertambah sengit.

Ahmad berkata, kempen PRU-14 telah bermula dari sekarang dan anak Perantau termasuk golongan muda perlu mempersiapkan diri yang lebih mantap untuk ke arah itu.

Jelasnya, dalam pilhan raya lalu, Pakatan Rakyat hampir ke Putrajaya.

“Kita belum diberi keizinan oleh Allah untuk menawan Putrajaya, tentu ada sebabnya yang perlu kita ketahui dan perbaiki,”ujarnya.

Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa syukur di atas pengorbanan anak Kelantan yang pulang untuk mempertahankan kemenangan kerajaan negeri baru-baru ini.

Menurutnya, pengorbanan itu selari dengan kehendak syariat kerana kepulangan untuk mempertahankan kemenangan kerajaan yang mendaulatkan syariat Islam.

Turut hadir dalam pertemuan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Mohd Nassurudin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Ngo negeri, Dr Ramli Mamat.

Sementara itu, Nassurudin mengingatkan anak Kelantan supaya mempamerkan identiti negeri itu di tempat masing-masing.

Menurutnya, mereka adalah duta kerajaan negeri di tempat yang mereka tinggal.

“Walau di mana kita berada, walau apa jua jawatan yang kita sandang, jangan lupa asal usul tempat kita,”ujarnya.

Turut berucap pada majlis itu, Presidennya, Ali Hanafiah Muhammad.

Turut hadir dalam pertemuan itu, Naib Presiden Persada Bustaman Hassan dan Setiausahanya, Razali Ismail

Selasa, 21 Mei 2013

Berita yang disembunyikan: BN hilang deposit di 2 kerusi



http://mutaligat.blogspot.com,21 Mei 2013
Media perdana menyembunyikan berita bahawa BN hilang deposit di 2 kerusi di Pulau Pinang. Lihat bukti di bawah ini.

N.27 Pengkalan Kota, Pulau Pinang.
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM
DEWAN UNDANGAN NEGERI
NEGERI : PULAU PINANG

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.27 - PENGKALAN KOTA
NAMA PENUHPARTIBILANGAN UNDIKEPUTUSAN
1. LOKE CHEANG GIN @ LOKE POH CHYE BN1,803HILANG DEPOSIT
2. LAU KENG EE DAP15,403MENANG

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR:19,980

JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK:243

JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI:17,449

JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN:17,468

JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN:19

PERATUS PENGUNDIAN:87.40%

MAJORITI:13,600


N.13 Berapit
NEGERI : PULAU PINANG

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.13 - BERAPIT
NAMA PENUHPARTIBILANGAN UNDIKEPUTUSAN
1. LAU CHIEK TUAN BN2,230HILANG DEPOSIT
2. ONG KOK FOOI DAP16,995MENANG

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR:22,394

JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK:165

JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI:19,390

JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN:19,422

JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN:32

PERATUS PENGUNDIAN:86.70%

MAJORITI:14,765

Malangnya media perdana cuba menutup berita ini. Tak lama BN akan pupus ........mungkin tak pernah berlaku BN hilang deposit sebelum

HAFLAH ILMU ANAK MUDA KELATE FULL



            

Khamis, 16 Mei 2013

PRU13: PAS Terengganu akan kemuka 5 petisyen


Harakahdaily,
16 Mei 2013
KUALA LUMPUR: PAS Terengganu akan mengemukakan lima petisyen berhubung keputusan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) yang berlangsung 5 Mei lalu.

Pengarah Pilihan rayanya, Ustaz Ariffin Deraman (gambar) memberitahu, pihaknya sedang membuat kajian dan mengumpul bukti untuk mengemukakan petisyen itu nanti.

“Insya Allah, kita akan kemukakan lima petisyen PRU13, kita tunggu dan lihat,” ujarnya yang juga Adun Alor Limbat ketika dihubungi hari ini.

Katanya, PAS Terengganu telah melantik peguam untuk tujuan itu yang terdiri daripada Abdul Haris Malik, Saifuddin Othman dan Fariz Irwan Mustafa.

Pada PRU13, PAS memenangi empat daripada lapan kerusi Parlimen iaitu Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun.

Bagi Dun pula, PAS memenangi 14 daripada 32 kerusi, PKR (satu) dan selebihnya BN

Isnin, 13 Mei 2013

Kit Siang mahu 5 perkara sekurang-kurangnya




Harakahdaily,
13 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Li Kit Siang menyifatkan Utusan Malaysia telah memulakan kempen untuk memburukkannya sebagai raksasa ke satu tahap baru apabila artikel utamanya di dalam halaman editor bertanyakan soalan ‘Apa lagi Kit Siang mahu?’ yang melancarkan serangan demi serangan tidak berasas.

“Jawapan saya ialah sekurang-kurangnya lima perkara, pilihan raya yang bersih, bebas dan adil; Malaysia sebagai negara demokrasi normal; pemulihan kedaulatan undang-undang;  pendidikan bertaraf dunia dan Malaysia yang bersatu, selamat, hijau, dan sihat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sekiranya terdapat sistem pilihan raya yang bersih, bebas dan adil, Perdana Menteri Malaysia hari ini selepas Pilihan raya Umum ke-13 tentulah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukannya Datuk Seri Najib Razak.

Ini, katanya kerana Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah untuk menang 125 kerusi parlimen yang dibahagikan di kalangan PKR sebanyak 45, masing-masing PAS dan DAP 40 dengan majoriti selesa 128 daripada 222 kerusi parlimen.

27 kerusi parlimen diteliti untuk petisyen




Harakahdaily,
13 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Pasukan penyiasat salah laku dan penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) memaklumkan sudah menerima 237 aduan dari pada pengundi berhubung salah laku sepanjang proses pilihan raya 5 Mei lalu.

Ketua pasukan itu, Rafizi Ramli berkata antara aduan tersebut termasuklah pengundi yang tidak dibenarkan mengundi kerana namanya sudah digunakan pihak lain untuk mengundi dan isu dakwat kekal yang tanggal pada hari yang sama.

Pada masa sama beliau memaklumkan telah mengenal pasti 27 kerusi parlimen yang dipercayai berlaku penipuan yang memungkinkan pihaknya membuat petisyen di Mahkamah sedikit masa nanti.

Dari jumlah itu kata Rafizi, 19 kerusi ditandingi PKR, manakala selebihnya membabitkan kerusi yang ditandingi PAS dan DAP.

“Pasukan yang digelar #SiasatPRU13 PKR akan menjalankan siasatan berdasarkan empat kriteria iaitu margin kemenangan tipis di bawah lima peratus, tidak sepadan dengan undi rosak, peratusan undi pos dan undi awal mengatasi margin kemenangan daripada undi biasa serta kerusi Parlimen mempunyai bukti penipuan bersama dan laporan polis.

"Empat kriteria itu akan diguna pakai untuk menetapkan kerusi Parlimen dan Dun yang akan disiasat dengan lebih mendalam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Beliau juga turut memaklumkan sekurang-kurangnya 25 laporan polis telah dibuat oleh pengundi di seluruh negara berkait penipuan yang berlaku.

Khamis, 9 Mei 2013

MB bentang cadangan potfolio exco Kelantan




Harakahdaily,
09 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob (gambar) hari ini membentangkan senarai potfolio kesemua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah dilantik.

Pembentangan itu dibuat dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Perkara ini dimasukkan beliau di dalam facebooknya hari ini.

Portfolio exco baru kerajaan negeri Kelantan yang dibentangkan adalah sebagaimana berikut :

1. Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan yang akan dipengerusikan oleh Datuk Ahmad Yakob.

2. Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli yang dipengerusikan oleh  Datuk Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

3. Jawatankuasa Kerjaaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar yang dipengerusikan oleh  Datuk Haji Abdul Fattah Hj Mahmood

4. Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh  Datuk Haji Che Abdullah bin Mat Nawi

5. Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat yang dipengerusikan oleh  Datuk Haji Anuar Tan bin Abdullah

6. Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau yang dipengerusikan oleh Datuk Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud

7. Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan yang dipengerusikan oleh  Datuk Mejar (B) Hj Mohd Anizam bin Abdul Rahman

8. Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat yang dipengerusikan oleh  Haji Hanifa bin Ahmad

9. Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi yang dipengerusikan oleh  Datuk Dr Mohamed Fadzli bin Dato Haji Hassan

10. Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat yang dipengerusikan oleh  Hajah Mumtaz bin Md Nawi

11. Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO yang dipengerusikan oleh  Dr Ramli bin Mamat

"Harapan saya agar semua exco yang dilantik memegang portfolio masing-masing ini dapat menjalankan tugas dengan lancar dan sempurna di bawah keredhaan Allah SWT, Insya-Allah," katanya dalam facebook.

Rabu, 8 Mei 2013

120,000 banjiri perhimpunan Pakatan Rakyat



7:50PM Mei 8 2013
LAPORAN LANGSUNG

11.40pm: Kesesakan lalulintas bertambah teruk membabitkan mereka yang mahu pulang. Namun ada juga yang masih cuba untuk ke stadium.

Wartawan Malaysiakini Aidila Razak tidak dapat sampai ke
stadium kerana terperangkap dalam lalulintas selama empat jam.

Termasuk mereka yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas di seluruh Petaling Jaya, jumlah orang ramai dianggarkan 120,000 - menjadikannya salah satu perhimpunan terbesar sejak kebelakangan ini.
post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 7
11.27pm: Walaupun perhimpunan itu sudah tamat, tetapi masih ada mereka yang berpakaian hitam berjalan ke arah stadium dari jarak beberapa kilometer jauhnya.

Trafik terhenti terus sepanjang sekurang-kurangnya lima kilometer dari pelbagai arah dan ramai yang mahu ke stadium masih terperangkap.

Ini termasuk lebuh raya Damansara-Puchong dari Lebuhraya Persekutuan di satu arah dan ke arah stesen LRT Kelana Jaya.

11.25pm: Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Anwar berkata, beliau kagum dengan kehadiran spontan walaupun perhimpunan itu hanya dipanggil pada hari Isnin.

"Saya tidak akan berhenti sehingga kita sampai ke Putrajaya, sehingga kita dedahkan semua (penipuan) dan tuntut Putrajaya untuk rakyat.

"Mereka berhak mendapatkannya kerana kita, Pakatan, menang undi popular," katanya.

Anwar kemudiannya mengumumkan bahawa satu lagi perhimpunan pada hari Sabtu di Pulau Pinang, serta merancang untuk turut mengadakanya di Ipoh pada hari Jumaat.
post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 6
11.00pm: Walaupun hujan renyai-renyai, orang ramai masih berpusu-pusu masuk ke dalam stadium. Kereta diletakkan sejauh 2 km dan nampaknya belum ada tanda-tanda ia akan berakhir lagi.

Ramai yang tidak dapat mendengar ucapan pemimpin mereka tetapi masih meluangkan reformasi dan ubah.

1040pm: Jalan keluar dari stadium, menuju ke arah Paradigm Mall sesak ketika kereta membawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terpaksa bergerak perlahan kerana ramai orang meminta beliau menurunkan cermin kereta untuk mereka bergambar dengannya.

Sementara itu, Khalid sambil tersenyum memenui permintaan orang ramai yang terdiri daripada mereka yang hendak beredar dan mereka yang hendak masuk ke dalam stadium.

10.39pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan bahawa rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Dayak, mahu pilihan raya yang bebas dan adil.

Beliau turut mengecam tajuk utama Utusan Malaysia semalam
"Apa lagi Cina mahu?".

Anwar berkata, setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, mahu menuntut hak-hak mereka dan mereka mahu BN tumbang.

Orang ramai, yang kini telah meningkat kepada 80,000 memberi respons bersemangat, sambil menunjukkan genggaman tangan sebagai tanda sokongan.

10.26pm: Dengan tiada polis trafik polis untuk mengawal lalulintas, orang ramai bertindak sendiri untuk membantu meredakan kesesakan lalulintas.

Hampir kesemua kereta menurunkan cermin tingkat dan kebanyakannya membunyikan irama hon, dan kelihatan seperti suasana kesesakan jalan raya yan gpaling meriah di Lembah Klang.

Sepanjang lebuhraya LDP, orang masih masih  menuju ke stadium dengan berjalan kaki.
post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 4
10.15pm: Mereka yang masih di jalan raya mula menurunkan cermin kenderaan untuk berbual sesama mereka. Antaranya ialah seorang wanita Melayu yang sudah berusia  dan sekumpulan remaja Cina.

"Ada sebuah bas yang datang dari Johor!" seorang lelaki memberitahu yang lain.

"Saya datang dari Kedah!" jawab seorang lagi lelaki.

Kemudian seorang remaja Melayu mengebarkan bendera PAS dari tingkap dan sebuah kereka yang membawa sekumpulan wanita muda pelbagai kuam membunyikan hon tanda sokongan.

Lampu isyarat telah bertukar warna beberapa kali tetapi keadaan masih tidak berganjak.

10.05pm: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dan disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, yang juga mula melaungkan "Kami anak Malaysia".
post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 3 bicycles
10.00pm: Empat kilometer dari tempat itu, penumpang dalam bas dan beberapa kereta turun dari kenderaan mereka dan berjalan kaki. Semua berpakaian hitam.

Sementara itu, lelaki dalam sebuah trak pikap mengebar bendera PKR.

9.33pm: Kesesakan lalulintas dari Kelana Jaya sehingga sejauh tol NPE berhampiran Sunway. Menurut Peta Trafik Google, seluruh Petaling Jaya mengalami kesesakan.

9:30pm: Sistem audio dalam stadium tidak berfungsi dengan sepenuhnya, menjadikan ia sukar untuk mendengar ucapan dari luar stadium atau dari kawasan tertentu di dalam stadium

Peserta juga masih menghadapi kesukaran mendapatkan talian telefon.

9.25pm: Penunggang motosikal yang melewati pemandu yang berpakaian hitam yang terperangkap dalam kesesakan di LDP, melaungkan "Ini Kalilah".

Jalan-jalan di sekitar stadium sesak sepanjang beberapa

kilometer, dan tiada tanda-tanda ia reda sejak dua jam lalu.

Ramai orang, yang memaki baju-T 'Ini Kalilah' meletakkan kereta mereka di tepi lebuh raya dan berjalan kaki ke arah stadium.
post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 5
9.05pm: Gerai makanan dan menjual barangan Pakatan seperti T-shirt, selempang dan pelekat, mengelilingi kompleks stadium.

Sementara itu, orang terus bergerak masuk ke dalam stadium. Semua tempat duduk sudah penuh dan yang lainnya duduk di padang dan trek.

9pm Kira-kira 50,000 sudah memenuhi stadium dan ramai daripada mereka terpaksa berjalan jauh ekoran kesukaran mencari tempat letak kereta.

Di pentas, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli memberi arahan kepada Utusan Malaysia supaya tidak memainkan isu perkauman.

Katanya, bukan sahaja orang Cina tetapi Melayu juga menyokong Pakatan.

Suasana bingit dengan sorakan dan tiupan vuvuzela, sambil melaungkan "Najib, tipu", "Ubah".

Berpakaian kuning, ramai juga membawa bunga kuning, simbolik tuntutan untuk pilihan raya bersih dan adil.

8.50pm Hujan telah berhenti beberapa minit lepas dan peserta himpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" tidak lagi menggunakan payung. Anggota Parlimen Kelana Jaya Wong Chen yang baru beberapa hari terpilih mula berucap kepada penonton.
NONE
8.45pm: Ramai pemimpin Pakatan masih tidak sampai ke tempat acara kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya, antaranya Elizabeth Wong dan Tian Chua.

8.40pm: Jalan raya dibanjiri kereta bermula dari persimpangan Lebuh Raya Persekutuan sehinggalah ke pusat membeli-belah Paradigm Mall.

Sebahagian hadirin himpunan malam ini meletak kereta mereka di tepi jalan raya utama dan berjalan kaki hampir satu kilometer ke Stadium Kelana Jaya.

8.39pm: kesesakan teruk lalulintas dilaporkan di sekitar stadium. Beberapa peserta perlu berjalan lebih 2km untuk mendapatkan tempat.

"Saya terperangkap dalam 'tempat letak kereta' terbesar di dunia. Tidak bergerak seinci pun selama hampir 15 minit," lapor wartawan Malaysiakini Aidila Razak.

Mereka yang telah sampai ke stadium pula mendapati sukar untuk mencari ruang letak kereta.

8.15pm: Puluhan ribu orang sudah berada di dalam stadium. Hujan renyai-renyai berterusan dan orang ramai berpayung mereka atau memakai baju hujan.

7.30pm: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berucap kepada penyokongnya buat kali pertama malam ini sejak pilihan raya umum Ahad ini, yang didakwanya dicemari dengan penipuan untuk memastikan kemenangan BN.
NONE
Perhimpunan di Kelana Jaya itu dijangka menarik kehadiran yang
besar yang tidak sabar lagi untuk mendengar ucapan pemimpin mereka selepas pilihan raya yang keputusannya membuat ramai penyokong Pakatan Rakyat tidak berpuas hati.

Orang ramai secara memenuhi ruang stadium yang pada masa ini sekitar satu perempat penuh kerana hujan renyai-renyai di stadium Kelana Jaya.

Tiada kehadiran polis dilihat walaupun terdapat spekulasi bahawa polis akan mengadakan kawalan ketat di sekitar stadium, yang menempatkan 50,000 penyokong semasa perhimpunan pra-pilihan raya dahulu.

Rabu, 1 Mei 2013

Tiba-tiba Jempol boleh dimenangi PAS!




Harakah,
02 Mei 2013

(Laporan Harakah tentang Aishah di Parlimen Jempol)

JEMPOL: Kerusi Parlimen Jempol sebelum ini menjadi kubu kuat BN kerana Jempol memiliki bilangan Felda yang banyak antaranya di Dun Palong (Felda Palong) dan Dun Serting (Felda Serting, Raja Alias).

Di bawah Parlimen Jempol, hanya satu kerusi sahaja yang berjaya ditembusi Pakatan Rakyat, dimana DAP menang di Dun Bahau melalui Teo Kok Seong dan kali ini pastinya akan dapat dikekalkan walaupun ditentang oleh Dr Yew Mee Fa (MCA).

Jempol adalah sebuah kawasan Parlimen yang memiliki lebih 50 peratus pengundi Felda, dan hanya satu sahaja Dun di bawah Jempol iaitu Bahau yang meraikan kepelbagaian pengundi.

Bahau dikuasai DAP sejak beberapa pilihan raya lalu.

Namun pada kali ini, selepas penamaan calon pada 20 April lalu, Parlimen Jempol tiba-tiba sahaja menjadi tumpuan selepas menyaksikan penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin (Aishah) dicalonkan PAS untuk menentang bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad

Selasa, 30 April 2013

Mat Taib masuk PAS sebelum Umno kalah




Subky Latif,
01 Mei 2013
TAN Sri Muhammad Muhd. Taib, bekas Menteri Besar Selangor tidak memberitahu dia membawa bersamanya ramai orang UMNO menyertai PAS.

Dia masuk seorang diri saja. Tiada yang tahu adakah isteri, adik-adiknya masuk PAS sama. Dia pun tidak suruh orang-orang UMNO tinggalkanlah UMNO dan masuklah PAS.

Yang dia kata, rakyat perlu beri peluang kepada PAS dan kirim pasukan PAS yang kuat ke Parlimen dan DUN-DUN. Kalau hantar enam orang ke DUN Perak di tengah ADUN DAP yang ramai, tak nampaklah PAS itu kuat.

Dia tak kata, UMNO tidak buat apa-apa tentang Islam tapi dia kata, PAS dan pimpinan ulamanya lebih komited dengan Islam.

Setakat ini tidak terdengar dia maki UMNO begitu dan begini. Tidak seperti satu dua kerat budak PAS yang terkeluar dari  PAS kata hodoh tentang partinya. Nyatalah  pemimpin UMNO yang masuk PAS itu matang  dan budak-budak PAS yang  cicir dari PAS itu kebudak-budakan.

Mat Taib terima hakikat dia kalah pertandingan Timbalan Presiden UMNO empat tahun lalu, dan ia memberi peluang kepadanya banyak masa befikir dan berguru tentang Islam dan al-Quran, telah mengubah pandangan politiknya, mahukan Islam ditdingkatkan dan PAS yang memperjuangkan Islam itu diperkuatkan.

Atas latar belakang itulah  dia saja masuk  PAS dulu dan logiknya siapa yang hendak ikut, ikutlah dan yang tak mahu itu biarkanlah.

Sebagaimana yang diagak, rakan-rakannya yang sudah tidak aktif dalam UMNO mengira tindakan bekas MB Selangora dan bekas  Naib Presiden UMNO itu salah. Macam-macamlah mereka menyesalinya.

Biasalah bagi reaksi orang UMNO mengira pemimpin mereka dulu begitu dan begini. Kalau mereka kata tindakan Mat Taib itu betul, maka tidak layak lagi mereka berada dalam UMNO. Mereka tidak boleh jadi UMNO lagi.  Bagi menjadikan mereka kekal dalam UMNO, mereka mesti kata Mat Taib tidak betul.

Apapun Mat Taib sudah mengamalkan hak demokrasinya dan melaksanakan hak yang perlembagaan Malaysia benarkan kepadanya. Dia boleh dari parti yang  tidak sesuai lagi dengannya dan boleh menyertai mana-mana parti politik yang halal.

Sebagai seorang Islam, dia menyertai parti  Islam yang pada pandangan terbaik masa ini.

Dia sudah kata berbulan dulu, Islam adalah panduan hidup terbaik yang perlu diikuti dan dia berkata elok tentang PAS. Anak-anak saya balik beritahu saya Muhamamd Taib bercakap elok tentang Islam  dan PAS.

Ia adalah perkembangan yang baik. Rupanya ia adalah perkembangan dia hendak masuk PAS.

PAS adalah betul sejak dari mula, cuma ia adalah kelemahan di sana sini dan pernah juga silap tetapi ia istiqamah dengan perjuangannya baik kalah mahu pun menang. Tetapi PAS itu bertambah matang  dan bertambah kuat. Ia bukan  saja dikuatkan oleh sokongan orang Islam tetapi ia juga mulai disokong oleh orang bukan Islam.

Bertambah ramai orang profesional masuk PAS.  Ada yang berpendapat profesional yang menyertai PAS lebih ramai dari yang bersama  UMNO. Yang bersama  UMNO itu ada benda yanga mereka mahu, yang menyertai PAS itu kerana Allah dan mahu melihat PAS kuat.

Dalam gelombang ramai yang menyertai PAS itulah Mat Taib menyertai PAS. Dia menyertai PAS sebelum PAS menang dan sebelum UMNO kalah. Dia masuk dulu. Selepas UMNO kalah nanti ramai yang bersama PAS. Tetapi bersama PAS dulu adalah lebih baik dari bersamanya selepas UMNO kalah.

Syabas! Mat Taib sudah dulu

Husam buktikan Mahathir hidup dalam keresahan




Aspan Alias,
30 Apr 2013
Mahathir terlalu ‘emotional’ dan ‘personal’ terhadap Husam Musa serta memandang rendah terhadap calon PAS di Putrajaya itu. Mahathir sememangnya seorang yang angkuh tetapi saya tidak pernah terfikir keangkuhan bekas Perdana Menteri itu tiada batasannya. Saya ingatkan hanya Firaun sahaja yang berkata tiada siapa yang boleh menyainginya dalam dunia ini.

Mahathir cuba merendah-rendahkan Husam Musa dengan meminta Husam duduk diam-diam di Kelantan dan jika dah berjaya di Kelantan barulah minta izin untuk bekerja di Putrajaya. Siapa Dr Mahathir ini untuk menyekat Husam ke Putrajaya? Meminta Husam meminta izin sebelum ke Putrajaya itu menampakkan sikap ego besar bagi melindungi perasaan ‘desperate’ beliau sehingga sanggup bercakap begitu peribadi terhadap seorang warga negara sebuah Persekutuan yang lain.

Mahathir telah menunjukan ‘desperation’ beliau dengan begitu ketara. Husam tidak perlu menjawabnya, kerana pengundi Putrajaya akan menjawabnya tidak lama lagi. Husam hanya perlu berdiam diri. Anggap sahaja Mahathir itu sebagai seorang yang sedang sakit. Putrajaya itu bukannya kepunyaan Dr Mahathir dan beliau terlupa yang Putrajaya itu dibina di atas hasil Petronas dan bukannya hasil dari keluarga beliau.

Mahathir bercakap seolah-olah Kelantan itu terlalu miskin dan Husam wajar duduk di Kelantan diam-diam. Siapa Dr Mahathir untuk meminta Husam berdiam diri? Negara ini negara demokrasi dan sesiapa sahaja boleh bertanding di mana-mana. Kita boleh mengkritik lawan kita dalam politik tetapi kena adalah sedikit etika lebih-lebih lagi beliau pernah menjadi pemimpin utama negara suatu ketika dahulu.

Sebenarnya Dr Mahathir ini tidak ada siapa yang boleh menolongnya untuk memulihkan status beliau sebagai seorang bekas pemimpin yang ulung. Kesilapan ini bukan kesilapan sesiapa tetapi kesilapan beliau sendiri. Beliau sendiri memilih untuk merasa resah gelisah dalam kehidupannya. Tiada siapa yang menyuruh beliau untuk melakukan kesalahan demi kesalahan semasa menjadi pemimpin utama negara dahulu.

Beliau sendiri yang suka untuk melakukan keganasan terhadap partinya dan dirinya sendiri. Beliau jugalah yang telah memecat hakim-hakim yang tidak bersalah. Kesalahan hakim-hakim Mahkamah Agung dahulu semata-mata hakim-hakim semasa itu bersikap adil dan terhormat. Mahathir tidak suka kepada hakim yang mengutamakan keadilan. Bagi Mahathir keadilan hanyalah jika keuntungan berpihak kepada beliau. Apabila beliau merasakan hakim akan memberikan ‘verdict’ yang tidak memihak kepada beliau, maka hakim itu akan mendapat penghakiman dari beliau pula.

Entah apa yang menyebabkan Dr Mahathir terlalu ghairah untuk mempertahankan UMNO itu sedangkan beliau sendiri pernah keluar dari UMNO yang beliau tubuhkan di Sri Perdana dahulu. Kita juga tidak faham kenapa beliau tidak pula mahu UMNO bertanding di Pasir Mas dan meminta pula calon UMNO yang tidak menyerahkan kertas pencalonannya jangan diambil tindakan. Kita sedang menunggu tindakan UMNO terhadap Dr Mahathir kerana menyokong calon bebas. Mahathir sepatutnya dipecat bersama 61 ahli UMNO yang lain kerana bertanding bebas dan menjadi penyokong kepada calon-calon bebas itu.

Kenapa Dr Mahathir tidak dipecat? Kenapa UMNO biarkan Mahathir bermaharajalela tanpa sebarang sekatan daripada jawatankuasa disiplinnya? Jika Dr Mahathir sendiri membunuh peluang UMNO untuk menang di Pasir Mas kenapa beliau beriya-iya sangat mempertahankan UMNO di Putrajaya? Kenapa Dr Mahathir mahu beriya-iya sangat untuk meruncingkan keadaan negara ini? Apakah niat sebenar Dr Mahathir ini?

Apa salahnya jika UMNO kalah di Putrajaya? Adat pertandingan mestilah ada kalah menangnya. Dr Mahathir mahukan UMNO bersifat seperti beliau mengendalikan UMNO dahulu. Beliau tidak berani bertanding sekali lagi dalam pemilihan UMNO maka beliau terus mengharamkan UMNO itu. Apabila dirasakan akan kalah dalam pertandingan tinju beliau akan musnahkan pentas tinju itu dan akan membina pentas tinju yang lain. Jika dirasakan kalah dalam pertandingan bola sepak, beliau akan alihkan tiang gol ke mana beliau suka.

Mahathir mahukan semua manusia mengikut kehendak beliau dan jangan ada yang menentangnya. Mahathir telah mengalahkan semua musuh-musuhnya sehingga tiada siapa yang beliau hendak kalahkan lagi. Sekarang Mahathir sedang berhadapan dengan ‘nature’ dan saya merasakan jika semua orang membantu beliau sekali pun, beliau tidak akan dapat diselamatkan lagi. Beliau akan terus dengan keresahannya sampai bila-bila.

Sekarang kita doakan Mahathir ini agar beliau kembali berada dalam ketenangan hidup. Beliau ini sebenar-benarnya memerlukan pertolongan dari kita. Seperti yang saya sebut tadi tiada siapa yang boleh membantu beliau lagi selain dari kita berdoa untuk beliau mendapat ketenangan yang amat-amat beliau perlukan sekarang ini.

Ini menjadi pengajaran kepada pihak Pakatan Rakyat jika diberikan mandat untuk berkuasa. Perdana Menteri gantian nanti janganlah melakukan kerja seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir semasa beliau berkuasa dahulu. Jika melakukan perkara yang sama keterlaluan maka zaman persaraan kehidupannya akan dihimpit dengan perasaan seperti yang dialami oleh Mahathir sekarang ini.

Beringat-ingatlah. Jika keresahan ini boleh dialami oleh Dr Mahathir, ia akan juga dialami oleh sesiapa yang lain jika melakukan perlakuan yang sama seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir itu. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Warga M’sia di UK serah RM100,000 kepada PAS




Rahmat Wahab ,
30 Apr 2013
MANCHESTER: Warga Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK) dan Ireland telah menyerahkan sumbangan berjumlah hampir RM100,000 kepada PAS.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi PAS Representative Council UK Eire, Ir Jupri Bade kepada Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairil Nizam dalam satu majlis yang diadakan di Abraham Moss High School, Manchester.
 
[Gambar: Ir Jupri Bade (baju hijau) sedang menyerahkan sumbangan kepada Khairil Nizam.]

Dalam majlis yang sama, PAS Representative Council UK Eire juga telah mengadakan sesi dialog antara golongan profesional yang menetap di United Kingdom dengan Khairil bagi menerangkan isu-isu yang berkaitan dengan pilihanraya dan situasi terkini tanah air.

Antara isu yang disentuh adalah berkaitan dengan situasi ekonomi Malaysia yang semakin membimbangkan dengan jumlah hutang negara yang sudah mencecah RM500 billion dan penerangan manifesto Pakatan Rakyat bagi PRU13 yang terdapat dalam Buku Jingga.

Selain itu, beliau juga ada menyentuh masalah sosial yang berlaku di Malaysia, seperti budaya samseng yang semakin parah dan kes pembunuhan berprofil tinggi.

Dalam majlis tersebut, Ir Jupri Bade menyatakan bahawa PAS melalui PRC UK Eire aktif melaksanakan beberapa aktiviti seperti sesi penerangan atas talian bersama dengan pimpinan PAS di Malaysia dan lawatan muhibbah ke kawasan-kawasan di United Kingdom.

Menurut beliau, sambutan yang diberikan oleh warga UK adalah sangat menggalakkan dan hal ini terbukti dengan jumlah sumbangan besar yang diberikan oleh warga UK dan Ireland setakat ini.

Salah seorang profesional yang hadir, Ahmad Ali yang merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat multinasional di sini mengatakan bahawa rakyat Malaysia yang berada di UK perlu mengambil peluang pilihanraya ini untuk membetulkan sistem pentadbiran negara dengan memberikan undi mereka kepada Pakatan Rakyat (PR).

Hal ini, katanya kerana PR begitu beriltizam untuk membetulkan kesilapan yang berlaku dalam dasar-dasar negara jika diberikan peluang untuk memimpin negara dalam pilihanraya umum ini.

Menurut beliau lagi, rakyat tidak perlu takut untuk melakukan perubahan kerana perubahan kerajaan ada berlaku di negara maju seperti United Kingdom sendir

Ahad, 28 April 2013

JOM BALIK MENGUNDI

BUAT ANOK ANOK KELATE DI PERANTAUAN,TAK KIRO YANG BERADA DI MANO,MARILAH KITO KELIK NGUNDI,KITA WAJIB PERTAHAN KAN TOK GURU,WAJIB PERTAHAN KAN KELATE DAN KITO SAMA SAMA BERJUANG UNTUK MERAMPAS PUTRAJAYA.

Jumaat, 26 April 2013

Takbir bergema di Masjid Besi Putrajaya



Harakahdaily,
26 Apr 2013
 

(TG Nik Aziz solat Jumaat di Masjid Besi hari ini)

PUTRAJAYA: Masjid Tuanku Mizan atau lebih dikenali Masjid Besi Putrajaya bergema dengan teriakan takbir 'Allahuakbar' apabila jamaah solat Jumaat masjid itu merlihat Tuan Guru Datuk Nik Aziz di sana.

Kehadiran Tg Nik Aziz, Mursyidul Am PAS itu disedari apabila beliau keluar dari masjid selepas  selesai solat Jumaat.

TG Nik Aziz yang menunaikan solat di situ hari ini selepas tiba pagi tadi untuk menyertai kempen menuju Putrajaya sepanjang hari ini.

Sepanjang berada di Ibu Negara, Menteri Besar Kelantan itu mempunyai jadual yang padat hari ini.

Petang ini, beliau dijangka ke Lembah Pantai bagi memberikan sokongan moral kepada Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar.

Malam ini pula beliau akan berceramah membantu calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa di Presint 3  iaitu di belakang komplek Mahkamah Persekutuan.

Dalam pilihan raya kali ini, TG Nik Aziz mempertahankan kerusinya di Chempaka, Pengkalan Chepa

Khamis, 25 April 2013

43% pilih Anwar, 39% pilih Najib untuk jadi PM



Nazri Abdullah,
25 Apr 2013
 

(Hasil kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Pilihanraya dan Demokrasi Universiti Malaysia - UMCEDEL)


KUALA LUMPUR: 43 peratus pengundi di negara ini berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih layak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia berbanding 39 peratus untuk Datuk Seri Najib Razak.

Bagi pengundi Melayu pula, peratusannya lagi besar iaitu 54 peratus untuk Anwar dan 28 peratus untuk Najib.

Begitu juga bagi pengundi kali pertama. 48 peratus dari mereka mengatakan Anwar lebih layak berbanding hanya 25 peratus untuk Najib.

Kesemua mereka membuat keputusan itu berdasarkan soalan 'Pemimpin yang layak dilantik menjadi Perdana Menteri' dalam kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL).

Kajian itu membabitkan 1,407 responden itu dijalankan bermula hari pembubaran Dewan Rakyat 3 April lalu sehingga 20 April lalu, iaitu pada hari penamaan calon.

"Peratusan keseluruhan siapa yang layak menjadi perdana menteri menunjukkan Anwar (dapat) 43 peratus manakala Najib 39 peratus," kata Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dalam sidang media di Universiti Malaya hari ini

Selasa, 23 April 2013

Kalahkan Umno semasa mereka lemah, kata PAS kepada pengundi Kelantan


OLEH ZURAIRI AR
APRIL 24, 2013


Nik Mohd Amar pada pelancaran manifesto: Keutamaan agama. — Gambar oleh Zurairi AR
PASIR PUTEH, 24 April — Pemimpin PAS memberitahu pengundi Kelantan untuk mengalahkan Umno semasa parti tersebut berada dalam keadaan paling lemah, sambil mengakui malam tadi parti Islam itu mungkin tidak mempunyai peluang sebaik ini pada masa akan datang.

Kemenangan Pakatan Rakyat (PR) semakin dekat sekarang kata Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah memberi amaran kepada rakyat Kelantan agar tidak “membuat kesalahan” mengundi calon Umno pada pilihan raya 5 Mei akan datang.

“Kita kena rebut peluang. Kalau kita main ‘gocoh’, kasi penumbuk paling kuat, biar tubik dari stage,” kata Nik Amar dalam dialek Kelantan merujuk kepada sukan tinju semasa pelancaran manifesto PAS untuk negeri tersebut.

Beliau menyelar keputusan Umno untuk meletakkan ulama sebagai calon dengan mengatakan PAS “meletakkan ulama sebagai pemandu”, akan tetapi Umno “meletakkan mereka dalam bonet”.

Menjawab kritikan Umno mengenai kegagalan PAS untuk membawa pembangunan kepada salah satu negeri termiskin di Malaysia itu, Nik Amar menegaskan pembangunan materi adalah kedua selepas pembangunan spiritual yang PAS telah bawa.

“Pembangunan kebendaan tak bawa kita ke mana-mana, pembangunan fizikal semata-mata membuatkan manusia bingung.

“Manusia takleh hidup kalau takde agama. Manusia takde agama takde nilai dalam hidup,” tambah beliau membandingkan agama dengan pembangunan fizikal seperti jalan, elektrik dan kedai serbaneka.

PAS Kelantan melancarkan manifesto sembilan perkara malam tadi mengatakan sengaja dikeluarkan lambat sedikit untuk menghalang BN daripada menirunya.

Walau bagaimanapun, hanya satu perkara dalam manifesto tersebut diberikan secara terperinci malam tadi iaitu janji untuk memastikan rakyat Kelantan menerima royalti minyak dan gas yang dikatakan dinafikan terhadap mereka.


Orang ramai pada bidang Majlis Perbandaran Pasir Puteh.
Selebihnya mengenai manifesto tersebut akan diumumkan secara terperinci pada Khamis kata pengarah pilihan raya PAS Kelantan, Wan Nik Wan Yussof.

BN mengumumkan manifesto mereka untuk Kelantan awal bulan ini bertajuk “Rakyat di Hati, Janji Ditepati” yang memberi tumpuan kepada Islam, menjanjikan lebih banyak program keagamaan, pembinaan masjid dan memantapkan sekolah agama.

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan tujuh projek utama di Kelantan Januari lepas, termasuk lebuhraya dari Kuala Krai ke Kota Baru, pembinaan stadium baru dan masjid terbesar di negeri tersebut serta projek perumahan rakyat dengan permulaan 3,000 unit rumah.

Selain itu ianya turut menjanjikan pengenalan sistem pengangkutan awam Rapid Kota Baru, cawangan bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 orang pelajar dan projek untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan.

Selebriti kerja kuat bantu kempen Pakatan

Hazayani Zakaria,
23 Apr 2013


KUALA LUMPUR: Kemeriahan kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) semakin dirasai oleh rakyat Malaysia khususnya kepada parti-parti politik yang bertanding.

Bagi PAS dan Pakatan Rakyat, kempen PRU13 mungkin sedikit berbeza berbanding kempen-kempen PRU terdahulu apabila kempen kali ini turut dibantu secara terbuka oleh golongan artis dan selebriti.

Jika sebelum ini PAS dilihat tidak mendapat tempat di hati para artis dan selebriti, namun kali ini golongan artis secara terang-terangan menyatakan sokongan terhadap parti ini dan secara sukarela membantu parti dalam kempen pilihan raya.

Bagi pengarah,penerbit dan juga pelakon, Adam Hamid yang menyertai PAS pada Julai tahun lalu, PRU kali ini amat bermakna bagi dirinya kerana beliau terlibat secara langsung membantu kempen parti itu.

Teruja berkongsi pengalaman, Adam, 40, berkata beliau bergilir-gilir membantu calon PAS di Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi dan calon PKR, Nurul Izzah Anwar di Parlimen Lembah Pantai.

"Saya membantu kawasan Lembah Pantai dan Titiwagsa. Setakat ini, memang bergilir-gilir di dua kawasan ini sahaja tapi kalau ada kawasan lain yang jemput saya, saya cuba penuhi jika berkesempatan.

"Saya akan terus membantu jentera sehingga 5 Mei ini. Kalau ikutkan saya kena ke Brunei 1 Mei tapi saya minta tangguh selepas 5 Mei sebab saya ingin membantu dalam pilihan raya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Anak kelahiran Kelantan dan berdarah Cina Pakistan itu juga berkata, beliau dipanggil memberikan ceramah dalam program bersama anak muda dan ada kalanya diberi tugas menjadi pengacara majlis.

"Memang saya tumpu seratus peratus kepada kempen. Biasanya saya dipanggil memberi ceramah kelompok, jadi pengacara program dan kadang-kadang jadi penceramah bidang terjun. Tapi saya cuba tolong mana yang mampu.

"Kalau tak ada program ceramah pun, saya akan tolong pasang bendera, dan keluar ke markas dan bilik gerakan untuk bersama-sama jentera," katanya ramah.

Cerita beliau juga, beliau sangat terharu dengan sambutan yang diberikan penduduk setempat sewaktu PAS mengadakan program di Titiwangsa.

"Pengalaman saya sendiri, sewaktu menyertai program goreng keropok lekor di PPR Laksamana, walaupun hujan, saya terharu apabila ada uncle dan auntie Cina turun membantu kami. Saya nampak sokongan mereka terhadap PAS," katanya.

Beliau sempat memberitahu, 99 peratus keluarganya di Kelantan yang berbangsa Cina dan beragama Budha menyokong PAS.

"Keluarga saya di Kelantan, 99 peratus Cina dan belum memeluk Islam tapi menyokong PAS. Mak saya Cina masuk Islam dan ahli keluarganya belum memeluk Islam. Tapi mereka memang menyokong PAS dan menyatakannya secara terbuka. Kalau saya balik Kelantan, mereka suka bercerita tentang PAS di Kelantan," ceritanya.

Pengundi di Lembah Pantai itu juga tanpa berselindung memberitahu, enam undi sudah dijamin untuk Nurul Izzah.

"Saya, abang, dan kakak ipar dan keluarganya, memang akan beri undi kepada Nurul Izzah," katanya diiringi ketawa.

Dalam pada itu, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar keluar mengundi dan tidak takut melakuan perubahan kerana menyifatkan PRU13 amat penting untuk masa depan negara.

"Saya menyeru semua warga Malaysia agar tidak takut untuk keluar mengundi. Pilihan raya kali ini sangat penting kepada warga Malaysia untuk menentukan siapa yang bakal memerintah negara.

"Kepada jentera pula, saya harap bekerjalah seikhlas hati, semampu yang boleh dan tidak mengharapkan pujian.

"Kalau nanti andai wakil rakyat yang kita bantu itu tidak kenal kita, tida tegur kita, jangan kecil hati. Dia ada banyak tugas, ada banyak rakyat yang nak kena jaga. Allah ada untuk membalas segala kerja buat kita," katanya.

Bagi seorang lagi selebriti, Leman Raja Lawak atau nama sebenarnya Sulaiman Ibrahim, inilah masanya beliau mengotakan janji untuk menjadi pekerja sepenuh masa kepada PAS.

Leman, 31, sewaktu menyertai PAS Jun tahun lalu berjanji akan membantu PAS dalam PRU13.

Leman yang juga dihubungi Harakahdaily hari ini mengakui jadualnya padat dengan aktiviti kempen bersama calon PAS.

"Saya berkempen di seluruh negara. Malam ini di Kedah, esok di di Perak, lusa di Melaka, kemudian Johor, Kelantan dan balik semula ke Kedah.

"Saya memang fokus kepada ceramah bersama calon-calon. Saya fokus kepada isu rakyat seperti masalah ekonomi, terangkan manifesto Pakatan Rakyat.

"Mungkin PAS nampak saya boleh tarik anak muda dengar ceramah, jadi saya diberi tugas berceramah dan fokus saya memang untuk jatuhkan Umno BN," katanya bersahaja.

Leman juga baru diambil menjadi anak angkat Parlimen Sik, kerana dilihat mampu memberi pengaruh kepada golongan muda di kawasan tersebut.

"Malam semalam saya berkonvoi motosikal bersama 1,000 pemuda dari Pekan Sik, masuk ke kawasan Felda. Alhamdulillah sambutan memberangsangkan dan kami tak dihalang masuk Felda walaupun diketahui kawasan kuat Umno di situ," ceritanya.

Pengundi di Parlimen Padang Terap itu turut menyeru rakyat Malaysia agar keluar menunaikan tanggungjawab pada 5 Mei ini.

"Saya nak pesan, untuk pilihan raya kali ini, jangan takut untuk undi Pakatan Rakyat, jangan takut untuk tukar kerajaan.

"Jangan percaya khabar angin yang kata akan berlaku huru-hara selepas pilihan raya. Kitalah penentu masa depan negara," katanya yang juga Presiden Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (Panglima).

Menyentuh mengenai penyanyi Aishah yang bertanding di Parlimen Jempol, beliau menyokong penuh perkara itu dan berharap kemenangan Aishah di kawasan tersebut.

"Saya sangat sokong Kak Aishah jadi calon tapi saya minta maaf, saya memang tidak sempat untuk turun berkempen untuk beliau.

"Baru-baru ini saya hanya sempat turut ke Pengerang, kawasan Dayangku Intan bertanding. Apa-apa pun, saya memang menyokong mereka dan mendoakan kemenangan mereka," ujarnya

Muhamad Taib jelajah jumpa rakyat seluruh Selangor




Harakahdaily,
23 Apr 2013

( TS Muhamad diserbu wartawan di pintu Pejabat Agung PAS tengahari tadi)

KUALA LUMPUR: Selepas menyerahkan borang menyertai PAS semalam, bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib mempunyai jadual yang sangat padat.

Hampir setiap malam dan siang beliau mempunyai acara penuh sehinggalah hari pilihan raya umum 5 Mei depan.

Semasa mengumumkan penyertaan ke dalam PAS semalam, Muhamad berjanji akan turun ke kampung-kampung seluruh Selangor bagi bertemu dan bercakap dengan rakyat.

Sebaik sahaja selesai penyerahan borang semalam, beliau di wawancara oleh akhbar Sinar Harian.

Malam tadi beliau memberikan ceramah pertama di Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang disertai hampir 10,000 orang.

(Muhamad dan Tamrin mengajak ahli Umno khasnya yang dipecat untuk membuat perubahan bersama PAS dan Pakatan tengahari tadi)

Hari ini, beliau dijadual memenuhi program di Sepang dan Putrajaya, tempat dua tokoh PAS bertanding.

Di Sepang, peguam Mohamad Hanipa Maidin akan bertembung dengan calon BN di samping dua AJK Bahagian Umno yang bertanding atas tiket bebas.

Di Putrajaya Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bertembung satu lawan satu dengan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Hari ini, Muhamad dan Tamrin Tun Ghafar menyeru semua 61 calon bebas Umno yang kini telah dipecat itu bersama-sama beliau membantu Pakatan Rakyat membuat perubahan.

Besok Muhamad dijadualkan ke Subang dan Kota Raja sebelum ke Hulu Selangor bagi membantu calon-calon Pakatan.

Pendekata, hampir setiap kawasan di Selangor akan dikunjungi oleh bekas MB Selangor itu.

Ketika ditanya wartawan Berita Harian tengahari tadi, apakah beliau tidak takut masa silam beliau dibongkar kembali oleh media, Muhamad dengan tenang menjawab:

"Semua orang ada kisan silam masing-masing. Yang penting dia mahu berubah. Para sahabat Rasulullah juga ada kisah silam masing-masing," kata Muhamad kepada wartawan berkenaan.

Isnin, 22 April 2013

Muhammad Taib orang baru dalam PAS

Subky Latif,
22 Apr 2013
SEMINGGU sudah Dato Seri Nizar Jamaluddin menyebut adanya bekas Menteri Besar UMNO akan menyertai PAS.

Maka semua bertanya, siapa?

Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dan Idris Jusoh dari Terengganukah? Tun Khalil Yaakob yang jadi Gabenor Melakakah?  Shahidan Kassim  dan Tan Sr Hamid Pak Wan Tehkah?

Sekarang telah terjawab. Sehari selepas penamaan calon Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menyertai jamuan rakyat anjuran Persatuan Bengkulu Malaysia di Sungai Choh yang dihadiri oleh calon dan penyokong  Pakatan Rakyat. Esoknya dia mengumumkan di Pejabat Agung PAS menyertai PAS.

Dia boleh mengumumkan tindakannya itu beberapa minggu dulu, tetapi dia tidak mahu dilihat menyertai PAS kerana hendak bertanding. Biar selesai penamaan calon, baru ia  diumumkan.

Kemasukannya tidak sama dengan kemasukan 100 orang ahli UMNO cawangan yang berlaku di sana sini. Tetapi kemasukan orang sepertinya, calon Timbalan  Presiden yang tidak terpilih, selain dari bekas  Menteri Besar sekian lama adalah Naib Presiden UMNO dalam team wawasan untuk beberapa penggal bersama dengan Tun Abdullah Badawi dan Najib. Dari tiga itu dia seorang  yang tidak jadi Perdana Menteri. Kemasukannya amat besar ertinya.

Mungkin tidak  sama dengan kemasukan Umar al-Khatab dan Khalid Ibni Walid ke dalam Islam, tetapi gemanya dekat seperti itulah.

Dipercayai banyak untungnya bagi PAS  dan Pakatan Rakyat.

Sebulan sudah  anak saya memberitahu, Tan Sri Muhammad ada perubahan besar. Dia ada menyumbangkan sesuatu kepada sebuah sekolah tahfiz Paya Jaras. Dia bercakap kepada guru-guru dan murid sekolah itu.

Dia bercakap tentang pentingnya kembali kepada kehidupan Islam sebenar dan dia memuji PAS sebagai wadah pejuangan Islam yang istiqamah.

Kata anak saya, cakapnya positif dan nampak sebagai sikap baru seseorang Islam.

Saya tidak menyangka dalam masa sebulan kemudian dia berada di Pejabat Agung PAS mengumumkan  dirinya menyertai PAS.

PAS adalah sebuah parti yang bukan sekadar untuk semua orang Islam tetapi dalam penamplan barunya ia adalah Islam Untuk Semua. Jika pada PAS kemasukan seorang penganggur atau seorang buruh biasa dianggap suatu yang penting besar ertinya, maka apa lagilah seorang yang pernah memegang sebuah kerajaan di negeri yang termaju iaitu  Selangor, tentulah amat besar kesan tempiasnya.

Kemasukkan bukan sekadar memberi untung besar kepada PAS tetapi ia men guntungkan  diri bekas menteri besar itu sendiri dan keluarganya serta orang-orang yang bersamanya. Kita tidak tahu apa kuntungan untuknya, tetapi tahulah Allah untuk memberi sesuatu kepada orang yang bekerja untuk  Islam   dan memberikan baki hidupkan kepada Islam.

Tiada siapa yang boleh mempengaruhinya untuk menyertai PAS. Dia telah berada dalam UMNO di bawah  sikit daripada kadudukan Dr. Mahathir dan setara dengan Tun Abdullah dan Najib. Dia tahu apa yang dibuat dan tiada orang boleh mencelah fikirannya.

Jika dia menang bertanding dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO, maka dia adalah Timbalan Perdana Menteri selepas itu.

Dari seorang yang begitu tinggi dalam UMNO dulu, kini dia menjadi  ahli PAS biasa. PAS yang belum berkuasa tidak menjanjikan apa-apa untuknya.  Dan dia pun tidak mengharapkan apa-apa. Dia datang untuk bersama-masa berkongsi pahit maung perjuangan PAS tidak berduit  dan tidak berkuasa. Yang ada pada PAS yang dipilih oleh Muhammad Muhd Taib ialah nama dan satu wadah yang suci untuk umat dan rakyat

Penyanyi Herman Tino Yang Penuh Misteri Antara 61 Dipecat dari UMNO


April 22, 2013
Penyanyi Masrun bin Tamsir atau lebih popular dengan nama Herman Tino dipecat daripada UMNO apabila beliau mengambil keputusan menjadi calon bebas menentang Datuk Sri Noh Omar di Parlimen Tanjung Karang. Tindakan Herman Tino, yang akan menggunakan lamabng bunga raya sebagai simbolik bunga kebangaan negara, bertanding sebagai calon bebas di Tanjung Karang masih merupakan satu misteri besar kepada UMNO dan rakan-rakannya.

Sehingga beberapa minggu lalu Herman Tino merupakan antara artis yang giat berkempen meraih sokongan untuk Barisan Nasional. Justeru para pemerhati dan penganalisis politik tidak dapat memahami mengapa beliau mengambil keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas. Melihat kenyataan dan tindakan beliau kemungkinan besar ialah beliau mempunyai isu peribadi dengan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Ini bukan kali pertama Herman Tino yang popular dengan lagu dangdut membuat kejutan dan protes misteri.

Pada November 1989, Herman Tino pernah mencetuskan kontroversi apabila dia mengambil keputusan berjalan kaki dari Rawang ke Ipoh, Perak untuk majlis pelancaran albumnya, Apa Dosaku sebagai suatu protes peribadinya terhadap keadaan semasa yang berlaku ketika itu.

Bagaimanapun sehingga hari ini, motif sebenar Herman berjalan kaki selama tujuh hari sejauh 227 kilometer itu belum terjawab. Sebabnya, sehingga kini beliau enggan mendedahkan secara terperinci punca yang menyebabkan protes tersebut.

Menurut Herman, dia berasakan belum sampai masanya untuk mendedahkan secara terbuka tindakan yang telah diambilnya itu biarpun pada masa sama mengakui ‘matlamatnya’ itu berjaya disampaikan kepada pihak-pihak yang terbabit.

“Secara jujurnya, saya rasa protes itu ‘sampai’ sasarannya. Tetapi saya belum bersedia untuk berterus terang punca protes itu diadakan ataupun apa yang tersirat di sebaliknya. Kalau ada masa yang sesuai, saya akan dedahkan nanti.

“Saya ingat lagi, pada ketika itu saya berjalan hampir 15 kilometer sehari. Kadang-kala hingga 40 kilometer sehari sampaikan kaki saya melecet. Biarlah protes saya itu terus menjadi misteri sampailah sekarang.

Selain Herman Tino, turut dipecat ialah Datuk Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia yang bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang, Datuk Suhaimi Ghazali, bekas EXCO Negeri Kedah, Ustaz Fadzil Hanafi (DUN Alor Mengkudu, dan bekas pemimpin belia, Sobri Ahmad yang bertanding  di Dun Sungai Limau menentang Menteri Besar Kedah dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerai.

Berikut ialah senarai mereka yang dipecat kerana bertanding sebagai calon bebas:
BIL

PARLIMEN/DUN

NAMA/JAWATAN
 1.   PARLIMEN   KUALA KANGSAR    DATUK KAMILIA IBRAHIM  
       (NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA)
                                                 
2 .   PARLIMEN   TASEK GELUGOR & DUN SUNGAI DUA
       DATUK SERI HAJI MOHD SHARIFF BIN HAJI OMAR  
   
3.    PARLIMEN SEPANG- DATO’ HAJI SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI
        (KETUA PEMUDA BAHAGIAN)
                 
4.   .PARLIMEN SEPANG- HANAPIAH BIN MOHAMAD

5.    DUN BUKIT NANING (BAKRI) GHAZALI BIN SALAMON  
        (AHLI JAWATANKUASA BHG)
                                                 
6.   PARLIMEN    BANDAR TUN RAZAK
      SUKERI BIN ABD SAMAT    (SETIAUSAHA KERJA BAHAGIAN)
                                   
7.    PARLIMEN    BANDAR TUN RAZAK
       MOKHTAR BIN SALEHUDIN (KETUA PENERANGAN CAW.)

 8.  DUN TITI TINGGI (PADANG BESAR)
      YAACOB BIN MAN    (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

9.   DUN   PANTAI MERDEKA (SUNGAI PETANI)
      MOHD. YUSOF BIN LAZIM   (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

10. DUN NENGGIRI   (GUA MUSANG)
      ABDUL AZIZ BIN MOHAMED  (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

11. PARLIMEN    LEMBAH PANTAI
      RUSLI BIN HAJI BABA

12. PARLIMEN BERA- MOHD. WALI ALANG AHAMAD

13. PARLIMEN PERMATANG PAUH
      DR ABDULLAH ZAWAWI SHAMSUDDIN
       
14. DUN LENGGENG   (SEREMBAN)
      ZULKIFLI BIN ABDULLAH (KETUA PENERANGAN CAW.)

15. DUN   PENGKALAN BHARU (BERUAS)
      MOHD NIZAM BIN IBRAHIM

16.  DUN KAJANG   (HULU LANGAT)  
       MOHD KHALID BIN KASSIM (KETUA CAWANGAN)

17. DUN ALOR MENGKUDU (ALOR SETAR)-  FADZIL BIN HANAFI

18 .DUN SUNGAI LIMAU (JERAI)- SOBRI BIN AHMAD

19 .PARLIMEN ARAU & DUN SANGLANG
      ZAINUDIN BIN YOM

20. DUN SEBERANG JAYA (PERMATANG PAUH)
      SHAMSUT TABREJ BIN G.M ISMAIL MARICAR
21.

DUN BATU UBAN (BUKIT BENDERA)

MOHD NOOR SIRAJAJUDEEN BIN MOHD ABDUL KADER
22.

PARLIMEN               TANJONG KARANG

MASRUN BIN TAMSIR
23.

DUN KUALA PERLIS (KANGAR)

SHAARI BIN LUDIN
24.

DUN                          INDERA KAYANGAN (ARAU)

AMEIR BIN HASSAN
25.

DUN SUNGAI TIANG (PENDANG)

HAJI ROSLI BIN OMAR
27.

 PARLIMEN                BAGAN SERAI

ABDUL LATIF BIN MASUD
29.

DUN                        GUNONG SEMANGGOL (BAGAN SERAI)

HALIDI BIN WAHAB
30.

DUN                       CHANGKAT JERING (BUKIT GANTANG)

ZULKEFLI BIN IBRAHIM
31.

DUN                   PENGKALAN BAHARU (BERUAS)

AHMAD NIZAM BIN IBRAHIM
32.

PARLIMEN                     KOTA BELUD

LAMSIL BIN HAMIDSOR
BIL

PARLIMEN/DUN

NAMA/JAWATAN

33.

PARLIMEN              LIBARAN

SAHAR BIN SAKA
34.

PARLIMEN KALABAKAN

MOHD BIN MANUKE
35.

DUN SULAMAN (TUARAN)

ALI AKBAR BIN KAWI
36.

DUN LUMADAN (SIPITANG)

RAPAHI BIN EDRIS
37.

DUN SUGUT (BELURAN)

ABDUL RAHMAN BIN ATANG
38.

DUN LAHAD DATU (SILAM)

ALIANDU BIN ENJIL
39.

DUN SULABAYAN (SEMPORNA)

GHAZALIE BIN PG. HINDI @ ABDUL GHANI
40.

HUSSEIN BIN MUMAKIL
41.

JULKALANI BIN ABD RAHMAN
42.

MAMAT BIN BALHANA
43.

DUN SENALLANG (SEMPORNA)

AB KARIM BIN TALIP
44.

ABDUL MANANG BIN HATIB LAWARI @ OS
45.

ATAL MUHAMMAD BIN K.K ABD MENANG
46.

DUN MEROTAI (KALABAKAN)

RITA RUDIANSAH BIN ABU BAKAR
47.

DUN SEBATIK (KALABAKAN)

MOHAMAD YUSUP BIN LEWAH
48.

DUN SULAMAN (TUARAN)

ARIFFIN BIN HARITH
49.

AK. ALIUDDIN BIN  PG. MOHD. TAHIR
50.

DUN LUMADAN (SIPITANG)

SAUDI BIN SUHAILI
51.

DUN KARANAAN (RANAU)

MAT JAILI BIN SAMAT
52.

DUN LIAWAN (KENINGAU)

NUSLEH BIN MADARAK
53.

PARLIMEN PENSIANGAN &  DUN NABAWAN

FATIMAH BINTI AGITOR @ MOHD DAUD
-         4        -

BIL

PARLIMEN/DUN

NAMA/JAWATAN

54.

PARLIMEN BELURAN & DUN SUGUT

DATU KAMARUDDIN BIN MUSTAPHA
55.

DUN SUNGAI SIBUGA (LIBARAN)

MOHD ARSHAD BIN ABDUL
56.

DUN KUNAK  (SILAM)

HUSSEIN BIN IBNU HASSAN
57.

SHARIF SHAMSUDDIN BIN SHARIF SAGAF
58.  PARLIMEN SEMPORNA & DUN SENALLANG
       DATU BADRUDDIN BIN TUN DATU HAJI MUSTAPHA
59.   PARLIMEN RANAU & DUN PAGINATAN
        YAZID BIN SAHJINAN
60.   PARLIMEN TAWAU
        AHMAD BIN AWANG @ MADON
61.   PARLIMEN KALABAKAN - YAHYA BIN ZAINAL




Ahad, 21 April 2013

Saya masuk bukan untuk calon atau jawatan - Md Taib



(Tan Sri Mohamad menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang)

KUALA LUMPUR: "Saya masuk PAS bukan hendak jadi calon atau merebut jawatan dalam PAS," kata Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib ketika mengumumkan penyertaannya kepada PAS hari ini.

Atas dasar itulah, katanya, majlis penyerahan borang memohon menjadi ahli PAS hari ini dibuat selepas penamaan calon PRU 13.

Muhamad hari ini menyerahkan permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan diperhatikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu dan naib-naib Presiden PAS

22 pemimpin Umno jadi calon bebas


Harakahdaily,
21 Apr 2013

(Datuk Shariff Omar [kiri sekali] bertanding calon bebas di Parlimen dan DUN)


KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 22 pemimpin dan ahli Umno di seluruh negara menjadi calon bebas apabila mereka tidak bersetuju dengan calon pilihan pucuk pimpinan Umno.

Mengetuai pemberontakan dalaman Umno ini adalah Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Kuala Kangsar.

Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar pula bertanding calon bebas di Parlimen Tasek Gelugor dan DUN Sungai Dua.

Di Tasek Gelugor, Sharif melawan calon BN Shabudin Yahya dan calon PAS, Tan Sri Rahman Maidin.

Ketua Pemuda UMNO Sepang, Suhaimi Mohd Ghazali pula bertanding calon bebas di Parlimen Sepang.

Turut bertanding di situ adalah seorang lagi AJK Umno bahagian Sepang,  Hanafiah Mohamed.

Ketua Penerangan UMNO cawangan Sungai Besi, Mokhtar Salahudin pula bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak sebagai calon bebas.

Berikut adalah 17 lagi calon-calon bebas dari kalangan pemimpin dan ahli Umno di seluruh negara.

1. Setiausaha Kerja UMNO Bandar Tun Razak, Mohamad Sukeri Abdul Samat –Parlimen Bandar Tun Razak

2. Ahli UMNO cawangan Bukit Persekutuan, Rusli Baba – Parlimen Lembah Pantai

3. Ahli UMNO Subang, Datuk Edros Abdullah – DUN Kota Damansara

4. Ketua UMNO cawangan Sungai Buaya Selatan, Mustaf Talib – DUN Batang Kali

5. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Seri, Datuk Fadzil Hanafi – DUN Alor Mengkudu

6. Ahli UMNO Sungai Cawangan Limau, Sobri Ahmad – DUN Sungai Limau

7. AJK UMNO Bakri, Md Ghazali Salamun – DUN Bukit Naning

8. Timbalan Ketua UMNO cawangan FELDA Adela, Mohd Azaman Johari –Parlimen Pengerang

9. AJK UMNO Ledang, Mohd Zan Abu –DUN Gambir

10. Ketua UMNO cawangan Parit Rabu, Yunos Mustakim – DUN Gambir

11. Ahli UMNO cawangan Kampung Banggol, Bekas Ahli Parlimen Setiu, Mohd Yusop Majid – DUN Permaisuri

12. Bendahari UMNO cawangan Pekan Kertih, Zulkiflee Salleh – DUN Kemasek

13. Ahli UMNO cawangan Bukit Perah, Mohd Nuhairi Muhammad – DUN Ajil

14. Ahli UMNO cawangan Kampung Kubang Panjang, Ja’afar Jambol – DUN Alur Limbat

15. Ahli UMNO cawangan Kampung Ibol, Md Ali Mustafa bertanding – DUN Seri Menanti

16. Ketua UMNO cawangan Kikangsa Kayul, Jusbian Kenneth@Kini – DUN Kuala Penyu

17. Ahli Pemuda UMNO cawangan Sungai Sibugah, Mohd Arshad Abdul –DUN Sungai Sibugah

Sabtu, 20 April 2013

Pelbagai kaum sertai perarakan calon PAS Sibuti




Harakahdaily,
21 Apr 2013
SIBUTI: Penamaan calon bagi Parlimen P218 Sibuti untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semalam berlangsung dengan baik tanpa sebarang kekacauan.

PAS meletakkan calonnya Robby @ Muhammad Zaid Bin Tandang, 31 tahun yang merupakan bekas selebriti TV al-Hijrah.

Robby akan berdepan calon BN Ahmad Lai Bin Bujang.

Sementara itu, lebih kurang 1000 orang penyokong PAS dari berbagai kaum dan agama yang hadir memberi sokongan kepada Robby.

Perarakan bermula dari Masjid Bekenu. Terdahulu ahli-ahli PAS mengadakan solat hajat di masjid tersebut sebelum bergerak ke pusat penamaan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee menyifatkan kehadiran semalam itu menunjukkan kebagkitan rakyat Sarawak khususnya warga Sibuti yang mahukan perubahan politik.

"Sambutan yang luar biasa terhadap PAS di Sibuti adalah diluar jangkaan kerana inilah pertama kali penduduk Sibuti melihat begitu ramai yang hadir semasa penamaan calon untuk PRU13 kali ini," katanya