Rabu, 29 Mei 2013

Semua Exco PKR dan Speaker Selangor adalah wanita



Harakahdaily,
29 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Ketiga-tiga Exco Selangor dari PKR adalah wanita manakala Speaker Dun Selangor yang baru juga seorang wanita.

(Hannah Yeoh....bakal Speaker DUN Selangor menurut Dr Halimah Ali)

Menurut bekas Exco Selangor yang juga Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali di dalam blognya, ketiga-tiga wakil PKR yang bakal dilantik sebagai Exco ialah bekas Exco Rodziah Ismail (Batu Tiga), bekas Exco Elizabeth Wong (Bukit Lanjan) dan Dr Daroyah Alwi (Sementa).

Selain beliau (Dr Halimah) yang juga dikekalkan sebagai Exco penggal ini, wakil daripada PAS terdiri daripada Sallehen Mukhyi (Sabak), Iskandar Samad (Chempaka), Dr Ahmad Yunus (Sijangkang).

(Senarai Exco baru Selangor yang disiarkan Dr Halimah dalam blognya)

Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Cheng Khim pula mewakili DAP bersama Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan) dan Ganabathirau Veraman (Kota Alam Shah).

Menurutnya, upacara mengangkat sumpah serta akujanji akan berlangsung di Istana Alam Shah Klang jam 9.00 pagi esok.

Sementara itu, Adun Subang Jaya, Hannah Yeo Tseow Suan dijangka akan dilantik sebagai Yang Dipertua DUN atau Speaker.

Sebelum ini, Speaker adalah Teng Chan Khim yang kini akan dilantik sebagai Exco.
                 


Selasa, 28 Mei 2013

Kelantan terus usaha untuk dapatkan royalti - MB


KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan akan terus berusaha mencari jalan,  selagi ianya tidak bercanggah dengan undang-undang, untuk mendapatkan royalti untuk negeri itu.

Inilah jaminan yang diberikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob ketika berucap di majlis meraikan anak Kelantan di perantauan.

Beliau meraikan rombongan Persatuan Anak Kelantan Darulnaim Selangor dan Kuala Lumpur (Persada) di pejabatnya semalam.

Menurutnya, anak Kelantan juga wajar memperjuangkan hak itu di tempat masing-masing.

Dalam ucapan itu, beliau berkata, anak Kelantan di Perantauan akan berhadapan dengan cabaran yang penuh mencabar pada PRU-14, kerana cabarannya akan bertambah sengit.

Ahmad berkata, kempen PRU-14 telah bermula dari sekarang dan anak Perantau termasuk golongan muda perlu mempersiapkan diri yang lebih mantap untuk ke arah itu.

Jelasnya, dalam pilhan raya lalu, Pakatan Rakyat hampir ke Putrajaya.

“Kita belum diberi keizinan oleh Allah untuk menawan Putrajaya, tentu ada sebabnya yang perlu kita ketahui dan perbaiki,”ujarnya.

Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa syukur di atas pengorbanan anak Kelantan yang pulang untuk mempertahankan kemenangan kerajaan negeri baru-baru ini.

Menurutnya, pengorbanan itu selari dengan kehendak syariat kerana kepulangan untuk mempertahankan kemenangan kerajaan yang mendaulatkan syariat Islam.

Turut hadir dalam pertemuan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Mohd Nassurudin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Ngo negeri, Dr Ramli Mamat.

Sementara itu, Nassurudin mengingatkan anak Kelantan supaya mempamerkan identiti negeri itu di tempat masing-masing.

Menurutnya, mereka adalah duta kerajaan negeri di tempat yang mereka tinggal.

“Walau di mana kita berada, walau apa jua jawatan yang kita sandang, jangan lupa asal usul tempat kita,”ujarnya.

Turut berucap pada majlis itu, Presidennya, Ali Hanafiah Muhammad.

Turut hadir dalam pertemuan itu, Naib Presiden Persada Bustaman Hassan dan Setiausahanya, Razali Ismail

Selasa, 21 Mei 2013

Berita yang disembunyikan: BN hilang deposit di 2 kerusi



http://mutaligat.blogspot.com,21 Mei 2013
Media perdana menyembunyikan berita bahawa BN hilang deposit di 2 kerusi di Pulau Pinang. Lihat bukti di bawah ini.

N.27 Pengkalan Kota, Pulau Pinang.
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM
DEWAN UNDANGAN NEGERI
NEGERI : PULAU PINANG

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.27 - PENGKALAN KOTA
NAMA PENUHPARTIBILANGAN UNDIKEPUTUSAN
1. LOKE CHEANG GIN @ LOKE POH CHYE BN1,803HILANG DEPOSIT
2. LAU KENG EE DAP15,403MENANG

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR:19,980

JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK:243

JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI:17,449

JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN:17,468

JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN:19

PERATUS PENGUNDIAN:87.40%

MAJORITI:13,600


N.13 Berapit
NEGERI : PULAU PINANG

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.13 - BERAPIT
NAMA PENUHPARTIBILANGAN UNDIKEPUTUSAN
1. LAU CHIEK TUAN BN2,230HILANG DEPOSIT
2. ONG KOK FOOI DAP16,995MENANG

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR:22,394

JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK:165

JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI:19,390

JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN:19,422

JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN:32

PERATUS PENGUNDIAN:86.70%

MAJORITI:14,765

Malangnya media perdana cuba menutup berita ini. Tak lama BN akan pupus ........mungkin tak pernah berlaku BN hilang deposit sebelum

HAFLAH ILMU ANAK MUDA KELATE FULL



            

Khamis, 16 Mei 2013

PRU13: PAS Terengganu akan kemuka 5 petisyen


Harakahdaily,
16 Mei 2013
KUALA LUMPUR: PAS Terengganu akan mengemukakan lima petisyen berhubung keputusan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) yang berlangsung 5 Mei lalu.

Pengarah Pilihan rayanya, Ustaz Ariffin Deraman (gambar) memberitahu, pihaknya sedang membuat kajian dan mengumpul bukti untuk mengemukakan petisyen itu nanti.

“Insya Allah, kita akan kemukakan lima petisyen PRU13, kita tunggu dan lihat,” ujarnya yang juga Adun Alor Limbat ketika dihubungi hari ini.

Katanya, PAS Terengganu telah melantik peguam untuk tujuan itu yang terdiri daripada Abdul Haris Malik, Saifuddin Othman dan Fariz Irwan Mustafa.

Pada PRU13, PAS memenangi empat daripada lapan kerusi Parlimen iaitu Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun.

Bagi Dun pula, PAS memenangi 14 daripada 32 kerusi, PKR (satu) dan selebihnya BN

Isnin, 13 Mei 2013

Kit Siang mahu 5 perkara sekurang-kurangnya




Harakahdaily,
13 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Li Kit Siang menyifatkan Utusan Malaysia telah memulakan kempen untuk memburukkannya sebagai raksasa ke satu tahap baru apabila artikel utamanya di dalam halaman editor bertanyakan soalan ‘Apa lagi Kit Siang mahu?’ yang melancarkan serangan demi serangan tidak berasas.

“Jawapan saya ialah sekurang-kurangnya lima perkara, pilihan raya yang bersih, bebas dan adil; Malaysia sebagai negara demokrasi normal; pemulihan kedaulatan undang-undang;  pendidikan bertaraf dunia dan Malaysia yang bersatu, selamat, hijau, dan sihat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sekiranya terdapat sistem pilihan raya yang bersih, bebas dan adil, Perdana Menteri Malaysia hari ini selepas Pilihan raya Umum ke-13 tentulah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukannya Datuk Seri Najib Razak.

Ini, katanya kerana Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah untuk menang 125 kerusi parlimen yang dibahagikan di kalangan PKR sebanyak 45, masing-masing PAS dan DAP 40 dengan majoriti selesa 128 daripada 222 kerusi parlimen.

27 kerusi parlimen diteliti untuk petisyen




Harakahdaily,
13 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Pasukan penyiasat salah laku dan penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) memaklumkan sudah menerima 237 aduan dari pada pengundi berhubung salah laku sepanjang proses pilihan raya 5 Mei lalu.

Ketua pasukan itu, Rafizi Ramli berkata antara aduan tersebut termasuklah pengundi yang tidak dibenarkan mengundi kerana namanya sudah digunakan pihak lain untuk mengundi dan isu dakwat kekal yang tanggal pada hari yang sama.

Pada masa sama beliau memaklumkan telah mengenal pasti 27 kerusi parlimen yang dipercayai berlaku penipuan yang memungkinkan pihaknya membuat petisyen di Mahkamah sedikit masa nanti.

Dari jumlah itu kata Rafizi, 19 kerusi ditandingi PKR, manakala selebihnya membabitkan kerusi yang ditandingi PAS dan DAP.

“Pasukan yang digelar #SiasatPRU13 PKR akan menjalankan siasatan berdasarkan empat kriteria iaitu margin kemenangan tipis di bawah lima peratus, tidak sepadan dengan undi rosak, peratusan undi pos dan undi awal mengatasi margin kemenangan daripada undi biasa serta kerusi Parlimen mempunyai bukti penipuan bersama dan laporan polis.

"Empat kriteria itu akan diguna pakai untuk menetapkan kerusi Parlimen dan Dun yang akan disiasat dengan lebih mendalam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Beliau juga turut memaklumkan sekurang-kurangnya 25 laporan polis telah dibuat oleh pengundi di seluruh negara berkait penipuan yang berlaku.

Khamis, 9 Mei 2013

MB bentang cadangan potfolio exco Kelantan




Harakahdaily,
09 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob (gambar) hari ini membentangkan senarai potfolio kesemua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah dilantik.

Pembentangan itu dibuat dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Perkara ini dimasukkan beliau di dalam facebooknya hari ini.

Portfolio exco baru kerajaan negeri Kelantan yang dibentangkan adalah sebagaimana berikut :

1. Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan yang akan dipengerusikan oleh Datuk Ahmad Yakob.

2. Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli yang dipengerusikan oleh  Datuk Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

3. Jawatankuasa Kerjaaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar yang dipengerusikan oleh  Datuk Haji Abdul Fattah Hj Mahmood

4. Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh  Datuk Haji Che Abdullah bin Mat Nawi

5. Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat yang dipengerusikan oleh  Datuk Haji Anuar Tan bin Abdullah

6. Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau yang dipengerusikan oleh Datuk Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud

7. Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan yang dipengerusikan oleh  Datuk Mejar (B) Hj Mohd Anizam bin Abdul Rahman

8. Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat yang dipengerusikan oleh  Haji Hanifa bin Ahmad

9. Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi yang dipengerusikan oleh  Datuk Dr Mohamed Fadzli bin Dato Haji Hassan

10. Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat yang dipengerusikan oleh  Hajah Mumtaz bin Md Nawi

11. Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO yang dipengerusikan oleh  Dr Ramli bin Mamat

"Harapan saya agar semua exco yang dilantik memegang portfolio masing-masing ini dapat menjalankan tugas dengan lancar dan sempurna di bawah keredhaan Allah SWT, Insya-Allah," katanya dalam facebook.