Isnin, 15 April 2013

Kayveas: PPP tanding parlimen Kepong, 4 kerusi DUN




Bernama
7:57PM Apr 15 2013

Parti Progresif Penduduk (PPP), parti komponen Barisan Nasional (BN), hari ini mengesahkan bertanding satu kerusi parlimen dan empat kerusi negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei.

Presidennya Datuk Seri M Kayveas berkata parti itu diperuntukkan kerusi parlimen Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan empat kerusi negeri, masing-masing satu di Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Manik Urai (Kelantan).

"Barisan Nasional kalah disemua lima kerusi PPP itu pada pilihan raya umum lepas (2008). Sukar, namun seseorang perlu bertanding di kerusi ini. Memperoleh lima kerusi merupakan kejayaan bagi PPP," katanya dalam mesej Tweetnya.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, PPP bertanding kerusi Parlimen Taiping dan kerusi negeri Pasir Bedamar, namun tewas kedua-duanya.

Kayveas yang bertanding di Taiping, kalah kepada Nga Kor Ming daripada DAP dengan 11,298 undi.

Di Pasir Bedamar, calon PPP Lee Heng tewas kepada calon DAP, Seah Leong Peng dengan 7,914 majoriti undi.

Pada 2008, calon DAP, Dr Tan Seng Giaw menewaskan Lau Hoi Keong, BN-Gerakan di kerusi Kepong dengan 23,848 majoriti undi.

Sementara itu, Kayveas berkata Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan Datuk A Chandrakumanan akan bertanding kerusi Parlimen Kepong manakala Naib Presiden parti itu Senator Datuk Chiw Tiang Chai bertanding kerusi DUN Kota Laksamana.

"Kita tahu (Kota Laksamana) ialah kerusi tradisi DAP, tidak pernah dimenangi BN sebelum ini. Tapi kita akan cuba dan lihat penerimaan rakyat di sana," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Watikah Pencalonan dan Aku Janji Calon BN kepada pengerusi BN Negeri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini.

Bagi kerusi Kota Alam Shah, Kayveas berkata PPP mempunyai dua calon, dan keputusan muktamad akan diketahui esok ketika pengumuman dibuat oleh Pengerusi Perhubungan BN negeri, katanya.

"Calon di Kota Alam Shah ialah antara (Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D' Cruz) dan seorang wartawan, manakala di Pasir Bedamar, Kerk Guan Chuan (Bendahari PPP Perak), disenaraikan.

"(Naib Presiden PPP) Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff pula bertanding di Manik Urai," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PPP Datuk Mohan Kandasamy dalam kenyataan hari ini berkata kesemua kerusi yang ditanding parti itu kritikal dan unik yang boleh membawa kesan kepada senario politik parti itu dan negara.

"Calon-calon PPP yang bertanding sudah tentu akan bertindak bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan untuk Barisan Nasional dan kebaikan penduduk di kerusi-kerusi berkenaan," katanya.

Beliau berkata sinonim dengan ungkapan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", PPP akan memastikan kemenangan calon-calonnya pada pilihan raya umum itu.

@@@@@@@@   TOLONG BUNGKUS KAN SEMUA KERUSI  @@@@@@@@@@@@@@  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan