Isnin, 15 April 2013

7 calon PAS Sarawak terima surat watikah


Harakahdaily,
15 Apr 2013
KUCHING: Kesemua tujuh calon Parlimen PAS di Sarawak semalam menerima watikah dan surat pengesahan sebagai calon dari Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Mereka adalah AJK PAS Pusat Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen Kota Samarahan, Dr Mohd Jolhi (Batang Sadong), Jurina Mut (Tanjung Manis), Nani Sahari (Mukah),  Ajiji Fauzan (Igan), Robby Tandang (Sibuti) dan satu-satunya calon bukan Islam PAS di negeri itu Dr Ambrose Labang Jamba bagi kerusi Julau.

Dalam pada itu, Tuan Guru Abdul Hadi turut memberikan nasihat kepada kesemua calon agar menunaikan amanah yang diberikan parti dan juga rakyat.

Kesemua calon uturut diperkenal pada satu sidang media selepas itu di pejabat PAS Kota Samarahan semalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan