Selasa, 19 April 2011

Album Zikir Zindagi Ustaz Haslin Baharim


ZIKIR ZINDAGI BERSAMA USTAZ HASLIN BAHARIM

Sinonim dengan panggilan Ustaz Bollywood, nama Ustaz Haslin Baharim bukan lagi asing dalam persada dakwah tanahair. Popularitinya juga tidak hanya terhad di corong – corong radio atau kaca televisyen, malahan rakaman video ceramah – ceramah yang dimuat naik di saluran You Tube juga berjaya meraih ratusan ribu jumlah tontonan. Bertitik tolak dari situlah, buat julung kalinya, UNICDOTMY Pro Sdn Bhd telah menjalin kerjasama dengan Ustaz Haslin untuk menghasilkan album sulung beliau yang bakal menggegar dan meruntun jiwa berjudul ZIKIR ZINDAGI.
Album Zikir Zindagi Ustaz Haslin Baharim

Album yang dikategorikan sebagai zikir ini bakal menjengah di pasaran tidak lama lagi merupakan hadiah teristimewa daripada Ustaz Haslin dalam usahanya mempermudahkan orang ramai untuk sentiasa beribadah mengingati, memuji, mengagungkan keesaan dan kebesaran Allah s.w.t dengan caranya yang tersendiri. Tambahan lagi, album ini juga turut menampilkan zikir – zikir yang berunsurkan inspirasi sebagai taruhan utama buat para pendengar.

Umpama irama dan lagu, beliau yang merupakan lulusan Universiti Islam Abu Bakr Karachi, Pakistan, tampak begitu versatil sekali apabila alunan zikir serta doa yang dipersembahkan cukup merdu dan mendayu – dayu melalui melodi dan lenggok yang seakan – akan penyanyi Hindustan.

Album yang menghimpunkan 19 track Zikir Munajat, Doa dan Bacaan Ayat – ayat Suci Al – Quran ini bakal membawa perbezaan ketara kepada para pendengar kerana ianya dibacakan dengan lenggok berlagu dan bermelodi hindi selain menampilkan penggunaan bahasa Urdu dalam beberapa zikir pilihan. Selain itu, kelunakan vokal mantap Ustaz Haslin sendiri jelas kedengaran melalui zikir hits seperti Jago-Jago (urdu) dan Siru Fi Himallah.

Cara penyampaian yang bersahaja tetapi penuh bersemangat diselangi pula dengan dendangan zikir berlagu cukup membuatkan album ini unik dan dinanti – nantikan para penggemar zikir tempatan mahupun luar negara khususnya.

Bapa kepada tujuh orang anak ini juga merupakan panelis rancangan Tanyalah Ustaz di TV9, Al Kulliyah TV3, Wanita Hari Ini TV3, Radio Kedah FM, Mutiara FM, Selangor FM dan juga Radio 24 BERNAMA FM.

Nantikan kemunculan album sulung Ustaz Haslin Baharim (Ustaz Bollywood) berjudul Zikir Zindagi di pasaran nanti terbitan UNICDOTMY PRO SDN. BHD dengan harga RM19.90. Sebarang pertanyaan atau tempahan awal album, sila hubungi pejabat urusan UNICDOTMY PRO SDN. BHD di talian 03 – 6186 4300 atau emelkan kepada order@unic.my.

Album Zikir Zindagi Ustaz Haslin Baharim

SYEIKH MUHAMMAD AL-GHAZALI



Seorang ulama’ yang masyhur di Mesir dan seluruh dunia Islam hari ini. Dididik oleh al-Azhar sejak dari peringkat pengajian rendah hinggalah ke pengajian tinggi dan akhirnya muncul sebagai seorang ulama’ kelahiran al-Azhar yang berwibawa. Kecintaannya pada al-Azhar amat mendalam. Kerana itu beliau sentiasa melazimi pakaian para ulama’ al-Azhar; berjubah dan berserban. Pernah suatu ketika beliau melawat ke satu negeri di Eropah. Semasa dalam keretapi, ada seorang menegur beliau; ‘Tidak bolehkah engkau menanggalkan serban dan jubah engkau dan engkau memakai kot sepertimana orang di sini biasa memakainya”. Beliau menjawab; “Apa salahnya aku memakai pakaian yang biasa dipakai oleh ulama’-ulama’ al-Azhar. Jika seorang anggota tentera, anggota polis dan sebagainya berbangga dengan uniform tentera dan polisnya, maka aku juga berbangga dengan uniform al-Azharku (yakni berserban dan berjubah)”. Lahir tahun 1917. Semasa mudanya sempat berjumpa dengan Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna dan menjadi anak murid serta pengikut setia beliau hingga saat kematiannya kerana ditembak. Dalam satu tulisannya, Syeikh Muhammad al-Ghazali pernah menulis; “Imam Hasan al-Banna adalah mursyidku yang pertama”. Pernah dalam satu wawancara oleh Radio Mesir secara lansung, beliau ditanya oleh juru-hebah; “Siapakah tokoh yang membentuk keperibadiannya?”. Syeikh Muhammad al-Ghazali menjawab; “Hasan al-Banna”. Terus ketika itu juga siaran secara lansung itu dihentikan gara-gara kerana nama Imam Hasan al-Banna disebut. Kerajaan Sekular Mesir amat memusuhi Imam Hasan al-Banna dan Ikhwan Muslimun. Kerana itu, nama beliau dilarang sama sekali disebut dalam radio mahupun televisyen. Syeikh Muhammad al-Ghazali menjadikan penulisan sebagai medan dakwah utama beliau di samping lisan. Beliau telah menulis lebih 50 buah buku di samping artikel-artikel yang disiarkan dalam majalah-majalah dan akhbar. Buku-buku tulisan beliau mendapat sambutan yang luar biasa umat Islam di seluruh terutama di kalangan Arab. Kesemua buku beliau menjadi best seller di Tanah Arab dan Dunia Islam serta telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia termasuk bahasa Melayu. Antara buku tulisan beliau ialah;
1. Kaifa Nafham al-Islam
2. Al-Janib al-'Atifi Fil-Islam
3. 'Aqidatul-Muslim
4. As-Sunnah an-Nabawiyyah Baina Ahlil-Fiqhi Wa Ahlil-Hadith
5. Laisa Minal-Islam
6. Al-Islam Wa al-Istibdad as-Siyasi
7. Al-Islam Wa al-Audha' al-Iqtisadiyyah
8. Dustur Wihdah as-Saqafah Baina al-Muslimin
9. al-Haq al-Murr
10. Akhalaqul-Muslim

Syeikh Muhammad al-Ghazali meninggal pada tahun 1996 di Arab Saudi dan dikebumikan di perkuburan al-Baqi', tempat bersemadinya sahabat-sahabat Nabi r.a..
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 9:26 AM 2 comments:

Isnin, 18 April 2011

TOK KENALI (1871 - 1933)





TOK KENALI (1871 - 1933)Beliau ialah Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani, lahir pada 1287 H/1871M. Ulamak & Wali Besar Negeri Kelantan. Di kenali diperingkat awal dengan panggilan Awang Kenali oleh gurunya Syeikh Ahmad bin Mustafa bin Muhammad Zain al-Fathani.Pada tahun 1887 ke Makkah utk belajar. Beliau seorang yang warak hatta tidak mempunyai pakaian lebih dari sehelai, tidak memiliki wang, tiada siapa yang mengetahui beliau makan ataupun tidak samada siang ataupun malam. Seorang yang dianggap aneh. Beliau tidak membawa kitab sebagaimana orang lain dlm majlis ilmu. Tetapi memiliki ingatan yang begitu kuat. Beliau duduk dalam halaqah ilmiyyah dengan memejamkan mata. Sehingga orang menyangka beliau tidur. Hampir semua murid Tok Kenali meriwayatkan bahawa orang yang pernah belajar dengan Tok Kenali semuanya mendapat kedudukan dalam ilmu dan masyarakat. Antaranya ialah Syeikh Idris al-Marbawi,Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti, Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payung dan ramai lagi dikalangan ulamak. Beliau aktif menulis. Antara karyanya: Risalatud Durril Mantsurterjemahan dan penjelasan Fadhilat Burdah Bushiri, Madkhal Kamil fi 'Ilmis Sharfi, Mulhiq li Miftahit Ta'allum fi I'rabi Matnil Ajrumiyah wal Amtsilah 'ala Ratbih. Terlibat dlm menyelesaikan pertikaian antara Syeikh Yusuf al-Nabhani dengan Muhammad Abduh (pemimpin Kaum Muda Mesir)Para alim ulamak, asatizah dan orang ramai menyembahyangkan jenazahnya di hari kewafatan beliau pada hari Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933 M. Jenazahnya ditalkinkan oleh Tuan Guru Hj Mohammad Nor bekas Mufti Kelantan.

Jumaat, 1 April 2011

RAHASIA SURAH AL-KAUTSAR



Foto
RAHASIA SURAH AL-KAUTSAR>>>
BISMILLAHI RAHMANI RAHIM

INNA A'TTOINA KALKAUTSAR
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di surga.kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati nabi muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi yaitu anak lelakinya ibrahim dan bapak saudaranya abu thalib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:-

♥baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan allah s.w.t memakbulkan doa kita.

♥jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di keher, insya allah hilang dahaga

♥jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata

♥jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x muda-mudahan allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

♥jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah

♥jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat

♥jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, allah s.w.t akanmemberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

(ADA 2 PILIHAN UNTUK ANDA)
1)biakan didalan ini anda tanpa bermanfaat untuk orang lain.
2) anda sebarkan pada semua kenalan anda.

Rasulullah bersabda,
"Barang siapa menyampaikan (1) satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia)
, dia akan tetao memperoleh pahala.
"