Ahad, 30 September 2012

Cikgu Lau Himpunan Hijau ke Putrajaya | 13 Sept 2012

TG Nik Aziz ketuai konvoi R ke Putrajaya



Harakahdaily,30 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan mengetuai konvoi menuntut royalti ke Istana Kehakiman Putrajaya pada 3 Oktober ini.

Konvoi tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti (R), Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) sempena berlangsungnya hari perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum.

Presiden R, Nazri Deraman berkata,Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu telah bersetuju untuk mengetuai konvoi pada hari tersebut.

"Kita telah terima makluman tenghari tadi bahawa YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menghadiri dan mengetuai program
Himpunan ROYALTI di Istana Kehakiman Putrajaya pada 3 Oktober 2012 (Rabu) nanti.

"Beliau juga bersetuju untuk menghadiri Ceramah Mega R Tuntut Royalti pada 2 Oktober 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam," katanya.

Sehari sebelum berkonvoi ke Putrajaya, pasukan konvoi akan menyertai Ceramah Mega R Tuntut Royalti di Shah Alam.

Program itu akan dihadiri pemimpin-pemimpin utama politik Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Selain mereka, turut akan hadir adalah Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti & Pendaratan Gas Negeri Kelantan, Dato Husam Musa, wakil pimpinan Sabah Tan Sri Ibrahim Menudin, wakil pimpinan Sarawak YB Baru Bian termasuk wakil NGO-NGO dari Terengganu iaitu Presiden Majlis Pemaufakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), Hj Fauzi Abu Samah, NGO dari Sabah iaitu Gerakan Nasionalis Sabah yang diwakili Presidennya Hj Zainal Ajamain.

Menurut Nazri, Konvoi Mega seluruh negara ke Putrajaya diadakan bagi memberikan isyarat yang jelas kepada Kerajaan Malaysia bahawa Rakyat Malaysia, terutamanya Negeri Kelantan sudah bangkit dalam menuntut hak hasil bumi mereka agar dikembalikan.

"Ia sebagai saluran baru bagi memberi tahu seluruh rakyat Malaysia selepas semua saluran media pro-kerajaan mahu menutup isu tuntutan Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke negeri," katanya.

Pada hari himpunan di Putrajaya itu juga, mereka akan menyerahkan 150 ribu tandatangan atau referandum kepada Datuk Seri Najib Razak, di pejabat Perdana Menteri.

"Jumlah itu adalah 10 peratus nisbahnya daripada Rakyat Negeri Kelantan bagi menggambarkan kepada Perdana Menteri bahawa seluruh Rakyat Kelantan mahukan Wang Royalti dibayar kepada Kerajaan Negeri, Minyak dan Gas perlu didaratkan ke Negeri Kelantan dengan segera," ujarnya.

Selain itu, konvoi juga dijangka ke ke Menara Petronas di KLCC bagi menyatakan tuntutan mereka

Jumaat, 28 September 2012

Bajet 2013: Hanya kempen pilihanraya

Bajet 2013 sekadar janji politik BN



Anis Nazri,28 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Bajet 2013 yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini hanya ucapan panjang yang penuh janji-janji manis bagi menghadapi pilihan raya umum.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar, berkata beliau kecewa dengan bajet ini kerana ianya merupakan janji politik BN, selain tidak menyentuh isu utama ekonomi negara.
"Rakyat ingin apakah dasar kerajaan bagi membasmi kemiskinan, dasar membela rakyat. Kos hidup yang begitu tinggi juga tidak disentuh. Kadar tol yang tinggi, harga kereta yang tidak diturunkan," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Beliau yang ditemui selepas Najib membentangkan Bajet 'Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat, Sebuah Janji Ditepati' juga berkata, kekecewaan itu turut dirasai rakyat Kelantan.
Lebih-lebih lagi, tambah beliau apabila bajet tersebut tidak menyentuh soal pemberian royalti yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Kelantan.
Selain isu royalti, kata beliau kos perubatan dan pendidikan yang tinggi turut tidak disebutkan dalam bajet 2013 itu, sedangkan ia memerlukan perhatian daripada kerajaan

Mahkamah tolak saman ke atas Harakah dan PAS



Harakahdaily,28 Sep 2012
PULAU PINANG: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak dengan kos saman fitnah yang difailkan oleh bekas Ketua Wanita Keadilan Pulau Pinang, Aminah Abdullah ke atas PAS, Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan wartawannya, Mohd Sabri Said.

Dalam keputusan yang dibacanya hampir dua jam dari pukul 3 petang di Mahkamah terbuka petang semalam,  Hakim Varugesh memutuskan tuntutan Aminah ke atas PAS adalah bercanggah dengan Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966 kerana PAS tidak boleh disaman atas nama parti politik.

Tuntutan ke atas Ahmad Lutfi pula ditolak kerana Plaintif gagal membuktikan bahawa Lutfi adalah Ketua Pengarang Harakah pada masa berita bertajuk 'kenyataan Aminah bertentangan syariat' diterbitkan.

Di samping itu Mahkamah juga memutuskan bahawa laporan berita di akhbar Harakah yang ditulis oleh Sabri adalah dilindungi oleh pembelaan perlindungan bersyarat (qualified priviliged) kerana berita itu adalah berkepentingan awam dan Harakah hanya melaporkan kenyataan para pemimpin PKR yang memberi respon ke atas kenyataan Aminah yang disiarkan sebelum itu di akhbar Sinar Harian.

Mahkamah menyatakan Sabri hanya melaporkan berita tersebut dan keterangan Sabri disokong melalui keterangan kontemporari seperti buku catatan wartawan yang dikemukakan sebagai keterangan.

Dengan penolakkan saman tersebut, Mahkamah juga mengarahkan Aminah membayar kos sebanyak RM15 ribu kepada defendan bertiga tersebut.

Semasa perbicaraan tersebut, Aminah telah di 'grill' oleh Hanipa dalam pemeriksaan balas yang panjang sehingga beliau nampak agak kelam kabut dan letih disoal  bertalu-talu oleh Hanipa.

Mahkamah bagaimanpun membenarkan tuntutan Aminah ke atas tiga orang pemimpin PKR Pulau Pinang dalam kes yang sama.

PAS, Ahmad Lutfi dan Sabri diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin.

Rabu, 19 September 2012

Kejutan Dun Kelantan, pembangkang tiada soalan


Salmah Mat Husain,19 Sep 2012
KOTA BHARU: Tidak pernah berlaku dalam sejarah persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan khususnya sejak tahun 1990 hingga hari ini di mana pembangkang tidak menghantar soalan bertulis atau lisan.

Sama ada ianya satu perancangan atau ketiadaan idea, namun sidang Dun Kelantan yang bakal berlangsung 15 hingga 17 Oktober ini menyaksikan kejutan apabila pembangkang tidak menghantar soalan untuk dikemukakan pada kerajaan negeri sama ada melalui lisan atau bertulis sebagaimana lazimnya.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar) selepas mesyuarat exco tengah hari tadi.

Fadzli  memaklumkan bahawa sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan yang akan berlangsung Oktober depan menyaksikan satu kejutan kerana tiada soalan bertulis atau lisan dikemukakan oleh pihak pembangkang.

“Situasi ini kali pertama berlaku dalam tempoh 22 tahun pentadbiran kerajaan negeri,” ujarnya lagi.

Beliau seterusnya berkata, ini mungkin kerana pihak pembangkang di negeri ini sudah berpuas hati dengan pencapaian kerajaan negeri ataupun sudah kehabisan modal untuk berhujah.

“Bagaimanapun kita tunggu nanti dalam dewan mungkin akan ada soalan-soalan tambahan, tetapi kalau soalan dari mereka sendiri memang tidak ada,” ujarnya

Isnin, 17 September 2012

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA ANAK ANAK KUALA KRAI DI PERANTAUAN

yb adun mengkebang al fadhil ustaz latif sedang menyampaikan ucapan.

encik mohd yusof mohd salah seorang urus setia program.

 antara tetamu yang hadir.
tetamu sedang menjamu selera.
tetamu iatimewa
kaunter pendaftaran
semakan pendaftaran

menyantumi tetamu
daftar kedatangan

yb mp kuala krai melayan tetamu
urus setia bahagian minuman
kaunter pendaftaran dun dabong
yb dun dabong al fadhil afifudin
yb dabong sedang berucap
yb dun mengkebang serta tetamunya mso
kaunter pendaftaran dun mengkebang
yb dun guchil al fadhil tuan zamri sedang berucap.
ketibaan alfadhil ustaz shukri abdulrahman
halim,izzy dan cik gu mat 


seisi keluarga
kenangan bersama ustaz latif
kenangan bersama urus setia
mp kuala krai dr hatta
beransur keluar




Khamis, 13 September 2012

Selasa, 11 September 2012

Machang 'ditenggelami hijau’ Khamis ini


Salmah Mat Husain ,11 Sep 2012

KOTA BHARU: Puluhan ribu rakyat Kelantan dijangka berhimpun di Machang 13 September ini bagi menyemarakkan lagi Himpunan Hijau Menuju Ke Putrajaya.

Ketua Penerangan PAS negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, program berkenaan bermula esok (Rabu) sehingga 16 September ini.

Katanya, program tertutup khas untuk muslimat bermula pagi Khamis di Dewan Majlis Daerah Machang dan sebelah petang pula diadakan Jamuan Hijau.

Jam 5 hingga 7 petang pula ekspresi Anak Muda, kemudian diikuti solat Maghrib, munajat dan solat Isyak.

“Ceramah khas pada sebelah malam akan disampaikan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu.

“Selain itu Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pemimpin tertinggi PKR,” katanya di sini.  Espo khas bermula esok sehingga malam 16 September.

Katanya juga, program Himpunan Hijau sepatutnya diadakan pada 15 September, namun kerana bertembung program besar lain, tarikh dipercepatkan kepada 13 September.

Oleh itu beliau berharap orang ramai hadir pada program tersebut sebagai melengkapkan agenda Hijau ke Putrajaya yang diadakan di seluruh negara.

Khamis lalu ahli dan penyokong Umno Kelantan berhimpun di Machang bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis Hari Raya yang diadakan di sebuah sekolah.

JOM BERSAMA

JOM KITA BERSAMA SAMA MERAIKANNYA.


JOM HIJAUKAN MACHANG

Isnin, 3 September 2012

TG Nik Aziz naik keretapi galakkan pelancongan



Rizal Tahir,03 Sep 2012

(Gambar: Tuan Guru menaiki keretapi dari setesen KTM Wakaf Bahru ke Setesen KTM Kuala Kerai)

KUALA KRAI: Program pelancongan amat wajar diadakan di Kelantan bagi menangkis tomahan buruk pihak tertentu terhadap Kelantan sejak 22 tahun lalu.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata fitnah buruk terhadap Kelantan seperti beras tidak ada, rakyat miskin dan lain-lain perlu dijawab melalui program pelancongan untuk menjemput lebih ramai golongan itu  melihat perkara sebenar di negeri ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis penutup Pesta Makanan dan Buah-buahan Kelantan 2012 sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12).

Majlis berkenaan diadakan di Taman Cintawangsa, di sini Ahad lalu.

“Dengan melancong ke Kelantan mereka dapat melihat beras tak ada sungguh ke di Kelantan, mundur sungguh ke rakyatnya, benda ni (program pelancongan) wajar diadakan untuk memberi peluang pada rakyat melihat perkara sebenar,”ujarnya.

Sebelum ini, tambahnya pelancong sering dimomokkan dengan cerita Kelantan miskin, mundur dan berbagai lagi.

Bukan itu sahaja, katanya Islam menggalakkan pelancongan untuk mengenali sesama manusia di muka bumi ini.

Katanya, sebagai contoh ibadat haji dapat menghimpunkan pelbagai bangsa di muka dunia ini di satu tempat untuk mengenali antara satu sama lain setiap tahun.

“Pelancongan melalui ibadat haji di mana jemaahnya yang datang dari pelbagai negara dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama umat,”ujarnya.

Tuan Guru menaiki keretapi dari Wakaf Bharu menuju Kuala Krai kira-kira jam 8.05 pagi tadi untuk merasmikan majlis penutup pesta berkenaan.

Turut mengiringi beliau, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, dua orang lagi anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood dan Che Abdullah Md Nawi.

Turut hadir pada majlis perasmian itu, anggota-anggota Parlimen Kuala Krai dan Tanah Merah, Dr Mohd Hatta Ramli, Amran Abdul Ghani serta lain-lain wakilrakyat, pimpina peringkat Parlimen, Dun dan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

Terdahulu Takiyuddin memberitahu pelancong antarabangsa dan domestic mengambil kesempatan menghadiri majlis itu dengan menaiki kereta api yang ditaja oleh kerajaan negeri sepanjang pesta itu diadakan.

Katanya, perjalanan  dari Wakaf Bharu ke Gua Musang bermula 7.30 pagi, dari Tumpat, 8.05 minit dari Wakaf Bharu, 10.00 pagi tiba di Kuala Krai dan 11.30 pagi di Gua Musang di taja oleh kerajaan negeri sempena program berkenaan

Ahad, 2 September 2012

Anwar, Mahfuz diserang dalam masjid



Harakahdaily,02 Sep 2012

ALOR STAR: Sekumpulan samseng yang dipercayai ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.

Menurut laporan Keadilandaily, tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa pemuda berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di dalam masjid Al Husin.

Mereka juga bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan loud hailer untuk meneruskan kuliahnya.

Kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah.

Ketua kumpulan itu yang hanya dikenali sebagai Dato Yusof dikatakan mengugut bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada apa yang perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliah beliau.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang berada di masjid itu turut menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling hampir-hampir mengenai beliau.

Kejadian serangan terhadap ketua pembangkang ini adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan, semalam.