Jumaat, 28 September 2012

Bajet 2013 sekadar janji politik BN



Anis Nazri,28 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Bajet 2013 yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini hanya ucapan panjang yang penuh janji-janji manis bagi menghadapi pilihan raya umum.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar, berkata beliau kecewa dengan bajet ini kerana ianya merupakan janji politik BN, selain tidak menyentuh isu utama ekonomi negara.
"Rakyat ingin apakah dasar kerajaan bagi membasmi kemiskinan, dasar membela rakyat. Kos hidup yang begitu tinggi juga tidak disentuh. Kadar tol yang tinggi, harga kereta yang tidak diturunkan," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Beliau yang ditemui selepas Najib membentangkan Bajet 'Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat, Sebuah Janji Ditepati' juga berkata, kekecewaan itu turut dirasai rakyat Kelantan.
Lebih-lebih lagi, tambah beliau apabila bajet tersebut tidak menyentuh soal pemberian royalti yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Kelantan.
Selain isu royalti, kata beliau kos perubatan dan pendidikan yang tinggi turut tidak disebutkan dalam bajet 2013 itu, sedangkan ia memerlukan perhatian daripada kerajaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan