Salmah Mat Husain , | 11 Sep 2012 |
KOTA BHARU: Puluhan ribu rakyat Kelantan dijangka berhimpun di Machang 13 September ini bagi menyemarakkan lagi Himpunan Hijau Menuju Ke Putrajaya.
Ketua Penerangan PAS negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, program berkenaan bermula esok (Rabu) sehingga 16 September ini.
Katanya, program tertutup khas untuk muslimat bermula pagi Khamis di Dewan Majlis Daerah Machang dan sebelah petang pula diadakan Jamuan Hijau.
Jam 5 hingga 7 petang pula ekspresi Anak Muda, kemudian diikuti solat Maghrib, munajat dan solat Isyak.
“Ceramah khas pada sebelah malam akan disampaikan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu.
“Selain itu Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pemimpin tertinggi PKR,” katanya di sini. Espo khas bermula esok sehingga malam 16 September.
Katanya juga, program Himpunan Hijau sepatutnya diadakan pada 15 September, namun kerana bertembung program besar lain, tarikh dipercepatkan kepada 13 September.
Oleh itu beliau berharap orang ramai hadir pada program tersebut sebagai melengkapkan agenda Hijau ke Putrajaya yang diadakan di seluruh negara.
Khamis lalu ahli dan penyokong Umno Kelantan berhimpun di Machang bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis Hari Raya yang diadakan di sebuah sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan