Muhammad Yusri Amin, | 21 Jul 2012 |
(Takiyuddin menyampaikan amanat kepada anggota Aamilin dan Aamilat sempena Ihya Ramadhan)
KOTA BHARU: Program Ihya’ Ramadhan 1433 Hijriah bersamaan 2012 dijangka berlangsung lebih meriah berbanding tahun lepas di Kelantan.
Ini kerana pada program yang memakan perbelanjaan dianggarkan RM1 juta itu akan diisi dengan program ‘mantap’ termasuk Ijtimak Ulama Nusantara yang menghimpunkan ulama Pondok dari Pondok-Pondok di Nusantara.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata sambutan Ihya’ Ramadhan tahun ini juga dikemaskinikan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012.
Bahkan pengisianya dimeriahkan dengan pakej ‘Qiam With Me’ yang dijangka pada ‘upacara hadapan’ turut berangkat Sultan Muhammad V, Tengku Mahkota Kelantan, Kerabat D’Raja dan kakitangan kerajaan.
Program bermula 10.00 malam hingga waktu Subuh itu diadakan pada 20 Ramadhan bersamaan 9 Ogos di Istana Kubang Kerian dekat sini. Dijangka disertai 5,000 orang.
Selain itu, program Akademi Tarannum Al-Quran yang ‘berkonsepkan’ Akademi Fantasia diadakan, disertai pelajar tahfiz Al-Quran yang sudah pun mengikuti program Al-Quran.
“Pada 26 Ramadhan akan diadakan ‘Sejuta Selawat Zikir Munajat Lailatul Qadar diketuai tokoh ulama dari dalam dan luar negara.
“Tidak ketingalan program Imam Muda, program Bersama Selebriti disertai selebriti termasuk Bob Lokman dan Abby Abadi (untuk peserta muslimat)," katanya.
Dalam satu kenyataan medianya di sini hari ini, Takiyuddin berkata bagi menjayakan program Solat Terawih sepanjang Ramadhan tahun ini, diimamkan syeikh tersohor dari tanah Arab.
Mereka ialah Sheikh Ramadhan, Ayub Musa dan Sheikh Hisham Abdul Bari.
Sementara program Ustaz Azhar Bersama Remaja akan diadakan pada 14 Ramadhan, mulai 5.00 petang.
Terdahulu pada hari sama (mulai 3.00 petang) diadakan program Jejak Kasih Remaja Ramadhan di mana menerusi program itu remaja bermotorsikal akan membawa bahan-bahan makanan dan akan mengagihkannya kepada golongan miskin sepanjang penjelahannya ke kawasan tertentu di Kota Bharu.
“Alhamdulillah, pada tahun ini Tahun Melawat Kelantan, dan keadaan ini menambah rezeki baru kepada pengusaha hotel di Kota Bharu khasnya dan di negeri ini amnya.
“Biasanya pada bulan Ramadhan, hotel kurang pelanggan, namun pada tahun ini lebih meriah, bahkan ada antara hotel berkenaan memberi diskaun khas istimewa sempena Ramadhan kepada pengunjungnya," katanya.
Program Ihya’ Ramadhan yang diadakan setiap tahun itu merupakan produk pelancongan Kelantan, bahkan prodak pelancongan agama dengan menarik ramai pelancong dalam bulan Ramdhan sama ada dari dalam dan luar negara.
Takiyuddin berkata tahun ini seperti juga tahun lepas, pelancong luar negara itu menghubungi penganjur Ihya Ramadhan memaklumkan mereka akan memabawa rakan-rakan mereka ke negeri ini bagi menyaksikan persembahan program Ihya Ramadhan, ini kerana bagi mereka unik dan tidak ada di tempat lain.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan