Ahad, 15 April 2012

Gabenor Wilayah Qom kunjungi Kelantan



Salmah Mat Husain|Foto: Rizal Tahir,16 Apr 2012
KOTA BHARU, 16 April:Gabenor Wilayah Qom, Mohammed Hussein, tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kira-kira jam 7.20 malam tadi sempena kunjungan hormat ke Kelantan selama dua hari.

Ketibaannya disambut  anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah dan timbalan exco Zulkifli Mamat, Timbalan Ketua Eksekutif PKINK, Zainal Abdul Rahim.

(Gambar: Mohammed Hussein menyampaikan cenderahati kepada Zulkifli.)

Turut menyambut deligasi dari Republik Iran seramai enam orang itu, Pengurus Tunjung Development Corporation, Nazri Deraman dan pegawai protokol, Nik Abdul Halim Nik Hassan.

Selain itu Said Redza, Mohsen Rouhi, Yones Aali Pour dan lain-lain juga turut berkesempatan mengunjungi Kelantan.

Sejurus ketibaan itu, mereka diraikan makan malam oleh kerajaan negeri di sebuah hotel.

Keesokannya akan bertemu Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Rombongan ini juga akan melawat Bandar Baru Tunjong, Perdana Resort dan seterusnya pembangunan di Tok Bali, Pasir Putih sebelum menghadiri majlis makan malam yang juga bakal disertai Duta Iran ke Malaysia Prof Dr Mohd Mehdi Zahedi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan