Selasa, 17 Januari 2012

Dr Yunus ganti Hasan Ali

Harakahdaily,
18 Jan 2012
SHAH ALAM, 18 Jan: Dr Ahmad Yunus Hairi, Adun Sijangkang mengangkat sumpah sebagai Exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Nama Dr Yunus telah diperkenankan oleh Sultan Selangor dan mengangkat sumpah di hadapan baginda Sultan hari ini.

Beliau dijangka akan menyertai mesyuarat Exco pertamanya selepas mengangkat sumpah.

Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor diadakan Bilik Singgahsana, Istana
Bukit Kayangan, Shah Alam.

Sebelum ini, Dr Ahmad Yunus adalah Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Sumber Manusia yang Exconya adalah Dr Halimah Ali.

Perlantikan Dr Ahmad Yunus dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang kepada Menteri Besar Selangor.

Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, Dr Ahmad Yunus mengalahkan calon BN yang juga bekas Exco Selangor, Datuk Abdul Fatah Iskandar dengan majoriti 2,081 undi.

Dalam pilihan raya umum 2004, Abdul Fatah mengalahkan Dr Ahmad Yunus di kerusi Dun yang sama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan