Isnin, 24 Disember 2012

Pemimpin, ahli PAS diseru ke Himpunan Oren 28 Dis Harakahdaily, 25 Dis 2012





KUALA LUMPUR: PAS menyeru semua pemimpin dan ahli di seluruh negara hadir ke Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0 yang akan diadakan pada Jumaat, 28 Disember, jam 2.00 petang.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, semua peserta digalakkan memakai pakaian berwarna oren sebagai tanda kebersamaan dalam isu Felda dan mereka dikehendaki berkumpul di Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

"Peserta juga dicadangkan datang lebih awal daripada masa yang ditetapkan untuk mengelakkan tergendalanya perjalanan program ini.

"Kerjasama semua pihak bagi memastikan kejayaan program didahului dengan ucapan jazakallahu khairan kathira," tegas beliau.


Jelas beliau, Mesyuarat AJK Kerja PAS Pusat pada 9 Disember lalu telah memutuskan untuk mengadakan Himpunan Oren 2.0 Selamatkan Felda sebagai langkah kemuncak rakyat untuk selamatkan organisasi itu.


"Tujuan utama himpunan ini untuk menyatakan secara aman tuntutan-tuntutan kita kepada Kerajaan Malaysia dan menyerahkan memorandum kepada pengurusan Felda (yang mengandungi empat tuntutan itu)," katanya menerusi sepucuk surat rasmi parti bertarikh 14 Disember lalu.


PAS tegasnya, mendesak Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatannya dengan segera.


Desakan tersebut, ujarnya, salah satu daripada empat tuntutan PAS kepada Kerajaan Malaysia yang juga merupakan tujuan utama himpunan itu diadakan.


Manakala tiga tuntutan utama lain, mendesak Kerajaan Malaysia menghentikan urus niaga dengan Israel, menghentikan campur tangan politik dalam KPF dan Felda dan mengembalikan tanah Felda Plantation kepada rakyat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan