22 Apr 2013
SEMINGGU sudah Dato Seri Nizar Jamaluddin menyebut adanya bekas Menteri Besar UMNO akan menyertai PAS.
Maka semua bertanya, siapa?
Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dan Idris Jusoh dari Terengganukah? Tun Khalil Yaakob yang jadi Gabenor Melakakah? Shahidan Kassim dan Tan Sr Hamid Pak Wan Tehkah?

Dia boleh mengumumkan tindakannya itu beberapa minggu dulu, tetapi dia tidak mahu dilihat menyertai PAS kerana hendak bertanding. Biar selesai penamaan calon, baru ia diumumkan.
Kemasukannya tidak sama dengan kemasukan 100 orang ahli UMNO cawangan yang berlaku di sana sini. Tetapi kemasukan orang sepertinya, calon Timbalan Presiden yang tidak terpilih, selain dari bekas Menteri Besar sekian lama adalah Naib Presiden UMNO dalam team wawasan untuk beberapa penggal bersama dengan Tun Abdullah Badawi dan Najib. Dari tiga itu dia seorang yang tidak jadi Perdana Menteri. Kemasukannya amat besar ertinya.
Mungkin tidak sama dengan kemasukan Umar al-Khatab dan Khalid Ibni Walid ke dalam Islam, tetapi gemanya dekat seperti itulah.
Dipercayai banyak untungnya bagi PAS dan Pakatan Rakyat.
Sebulan sudah anak saya memberitahu, Tan Sri Muhammad ada perubahan besar. Dia ada menyumbangkan sesuatu kepada sebuah sekolah tahfiz Paya Jaras. Dia bercakap kepada guru-guru dan murid sekolah itu.
Dia bercakap tentang pentingnya kembali kepada kehidupan Islam sebenar dan dia memuji PAS sebagai wadah pejuangan Islam yang istiqamah.
Kata anak saya, cakapnya positif dan nampak sebagai sikap baru seseorang Islam.
Saya tidak menyangka dalam masa sebulan kemudian dia berada di Pejabat Agung PAS mengumumkan dirinya menyertai PAS.
PAS adalah sebuah parti yang bukan sekadar untuk semua orang Islam tetapi dalam penamplan barunya ia adalah Islam Untuk Semua. Jika pada PAS kemasukan seorang penganggur atau seorang buruh biasa dianggap suatu yang penting besar ertinya, maka apa lagilah seorang yang pernah memegang sebuah kerajaan di negeri yang termaju iaitu Selangor, tentulah amat besar kesan tempiasnya.
Kemasukkan bukan sekadar memberi untung besar kepada PAS tetapi ia men guntungkan diri bekas menteri besar itu sendiri dan keluarganya serta orang-orang yang bersamanya. Kita tidak tahu apa kuntungan untuknya, tetapi tahulah Allah untuk memberi sesuatu kepada orang yang bekerja untuk Islam dan memberikan baki hidupkan kepada Islam.
Tiada siapa yang boleh mempengaruhinya untuk menyertai PAS. Dia telah berada dalam UMNO di bawah sikit daripada kadudukan Dr. Mahathir dan setara dengan Tun Abdullah dan Najib. Dia tahu apa yang dibuat dan tiada orang boleh mencelah fikirannya.
Jika dia menang bertanding dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO, maka dia adalah Timbalan Perdana Menteri selepas itu.
Dari seorang yang begitu tinggi dalam UMNO dulu, kini dia menjadi ahli PAS biasa. PAS yang belum berkuasa tidak menjanjikan apa-apa untuknya. Dan dia pun tidak mengharapkan apa-apa. Dia datang untuk bersama-masa berkongsi pahit maung perjuangan PAS tidak berduit dan tidak berkuasa. Yang ada pada PAS yang dipilih oleh Muhammad Muhd Taib ialah nama dan satu wadah yang suci untuk umat dan rakyat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan