Isnin, 31 Disember 2012

Lebih 100,000 sertai himpunan di Dataran Shah Alam



Harakahdaily,01 Jan 2013

(Ada yang mendakwa 120,000 menyertai himpunan ini - Foto Busuk.org)

SHAH ALAM: Lebih 100,000 menyertai sambutan ambang 2013 bersama pimpinan kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat di Dataran Shah Alam malam tadi.

Kehadiran ikon Ustaz Azhar Idrus menjadi pemangkin perhimpunan ini yang disertai kebanyakannya oleh anak muda.

Pada sebelah paginya diadakan program Karnival Pendidikan Negeri Selangor (EduSEL) yang dipenuhi pelbagai aktiviti dan pameran yang sangat berfaedah.

Dalam masa yang sama, Umno menganjurkan perhimpunan sambutan ambang 2013 di I-City Shah Alam dengan persembahan nyayian dan tarian.

Berikut adalah gambar-gambar menarik malam tadi.
(Banner yang memanggil ke sambutan ambang 2013 anjuran kerajaan negeri Selangor)

(Bual bicara bersama Ustaz Azhar Idrus bersama Datuk Malek Nor - Foto Busuk.org )

(Bersiap untuk solat Isyak berjamaah sambil menunggu detik 12 malam - Foto Busuk.org)

(Umpama perhimpunan keluarga di Dataran Shah Alam - Foto Busuk.org)

(Pertandingan mewarna di waktu pagi sempena Karnival Pendidikan Selangor - Foto Selangorku)

(Antara I-City dan Dataran Shah Alam...jauh bezanya - Foto Busuk.org)

(Penerangan dari Umno Selangor di atas menjelaskan keadaan - Foto Busuk.org)
(Tan Sri Muhyidin berucap di I-City malam tadi - Foto Era Pasca)


(Di I-City himpunan BN, di Dataran Shah Alam menjadi himpunan rakyat

Isnin, 24 Disember 2012

Pemimpin, ahli PAS diseru ke Himpunan Oren 28 Dis Harakahdaily, 25 Dis 2012





KUALA LUMPUR: PAS menyeru semua pemimpin dan ahli di seluruh negara hadir ke Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0 yang akan diadakan pada Jumaat, 28 Disember, jam 2.00 petang.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, semua peserta digalakkan memakai pakaian berwarna oren sebagai tanda kebersamaan dalam isu Felda dan mereka dikehendaki berkumpul di Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

"Peserta juga dicadangkan datang lebih awal daripada masa yang ditetapkan untuk mengelakkan tergendalanya perjalanan program ini.

"Kerjasama semua pihak bagi memastikan kejayaan program didahului dengan ucapan jazakallahu khairan kathira," tegas beliau.


Jelas beliau, Mesyuarat AJK Kerja PAS Pusat pada 9 Disember lalu telah memutuskan untuk mengadakan Himpunan Oren 2.0 Selamatkan Felda sebagai langkah kemuncak rakyat untuk selamatkan organisasi itu.


"Tujuan utama himpunan ini untuk menyatakan secara aman tuntutan-tuntutan kita kepada Kerajaan Malaysia dan menyerahkan memorandum kepada pengurusan Felda (yang mengandungi empat tuntutan itu)," katanya menerusi sepucuk surat rasmi parti bertarikh 14 Disember lalu.


PAS tegasnya, mendesak Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatannya dengan segera.


Desakan tersebut, ujarnya, salah satu daripada empat tuntutan PAS kepada Kerajaan Malaysia yang juga merupakan tujuan utama himpunan itu diadakan.


Manakala tiga tuntutan utama lain, mendesak Kerajaan Malaysia menghentikan urus niaga dengan Israel, menghentikan campur tangan politik dalam KPF dan Felda dan mengembalikan tanah Felda Plantation kepada rakyat

Banjir terburuk di Kuantan dalam sejarah



Harakahdaily,24 Dis 2012

(Sebelah Berjaya Mega Mall)

KUANTAN: Hujan lebat lebih daripada 10 jam telah menyebabkan bandar Kuantan dilanda banjir terburuk dalam sejarah hari ini.

Pelbagai gambar yang memperlihatkan jalan-jalan utama dan kenderaan ditenggelami air sedang hangat dikongsikan di laman sosial media.

(Kawasan terminal bas Kuantan penuh dengan air)

Antara jalan yang ditenggalami air ialah Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Pasar, Jalan Bukit Ubi, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Mahkota, Jalan Abd Aziz, Jalan Air Putih, Jalan Haji Ahmad dan Jalan Beserah.

Ombar di Laut China Selatan dilaporkan mencecah 4 meter berdasarkan pengamatan seorang nelayan di Balok yang dihubungi Harakahdaily.

Kawasan-kawasan popular seperti Berjaya Megamall, Sri Dagangan, East Coast Mall and Zenith Hotel diselubungi air dengan kenderaan dilihat di bawah air setinggi paras pinggan.

Bekas Pengerusi NUTP (Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan) Ismail Nihat yang menetap di Taman Tas memberitahu Harakahdaily hujan lebat bermula 2 pagi semalam sehingga tengahari tadi sebelum beransur menjadi gerimis.

(Suasana cemas di bawah sebuah hotel 5 bintang di Kuantan)

“Saya menelefon staf saya di pejabat (Jalan Darat Makbar), mereka memberitahu saya seluruh kawasan sekitar pejabat banjir dan menasihatkan saya agar tinggal di rumah,” katanya.

Hujan, katanya, baru berhenti ketika waktu Isyak, tapi langit masih mendung dikhuatiri akan hujan semula.

Ada laporan berkata banjir kilat di Kuantan kali ini mungkin disebabkan hujan lebat yang bertembung dengan air pasang di laut.

Ismail yang kini berusia 61 tahun berkata ini adalah banjir terburuk di bandar Kuantan setakat ini.

“Banjir besar di tahun 1971 pun bandar Kuantan tak seteruk macam ini,” katanya.

(Jalan Wong Ah Jang di tengah bandar Kuantan)

Seorang lagi penduduk di Semambu, Steven Say berkata beliau dimaklumkan jirannya dalam keadaan cemas kerana air banjir sudah melalui ruang tamu rumah.

“Saya berada di KL. Jiran saya menghubungi saya untuk memaklumkan keadaan. Jiran saya suruh jangan balik sebab seluruh kawasan perumahan (di Taman Tunas Jaya) ditenggelami air. Ini yang terburuk selama 20 tahun kami tinggal di kawasan itu,” katanya.

Sementara itu, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang membuat tinjauan daripada udara  untuk melihat  keadaan banjir kilat yang melanda Kuantan.

Beliau menyeru kerajaan Pahang, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mengkaji semula sistem perparitan di sekitar kawasan dan perumahan di bandar Kuantan.

(Suasana di tengah pusat bandar)

Kata baginda, banjir kilat bukan disebabkan oleh paras air sungai yang meningkat atau sistem perparitan yang tersumbat tapi banyak parit dan longkang yang terlampau sempit menyebabkan air tidak boleh keluar.

PAS Pahang dan Unit Amal turut telah turun ke padang untuk membantu penduduk. Bagi yang memerlukan bantuan, boleh hubungi PAS Pahang : Sharudin 0139191721 Fadli 0199111163

Ahad, 23 Disember 2012

PRU13: 80% pengundi sudah ada pilihan



Aslani M,
23 Dis 2012
KOTA BHARU: Kira-kira 80 peratus pengundi di negara ini dianggap sudah mempunyai pilihan masing-masing bagi menentukan sama ada berlaku perubahan di Putrajaya atau sebaliknya.

Cuma sekarang Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional perlu merebut bakinya sebanyak 20 peratus lagi, di mana mereka belum membuat sebarang pilihan dan bergantung kepada situasi saat-saat akhir.

Bagaimanapun Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, berdasar kepada banyak kajian rata-rata rakyat tidak senang dengan kerajaan yang ada sekarang.

“Suhu kebencian rakyat terhadap pemerintah yang ada hari ini kadang-kadang melebihi penyokong Pakatan Rakyat,” katanya pada perasmian penutup pelancaran Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia peringkat negeri Kelantan di Putik hari ini.

Program berkenaan dihadiri ketua-ketua wanita Pakatan Rakyat di mana PAS diwakili Siti Zailah Mohd Yusoff, Zuraida Kamaruddin (PKR) dan Chong Eng (DAP).

Pemimpin dan penyokong ketiga-tiga parti bergabung pada satu program bagi memperincikan Agenda Wanita Malaysia yang dilancarkan di peringkat pusat beberapa bulan lalu.

Husam berkata, memandangkan kira-kira 80 peratus pengundi sudah mempunyai pilihan, jentera wanita Pakatan perlu mendekati 20 peratus lagi.

“Bagi membolehkan Agenda Wanita Malaysia yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia menjadi kenyataan, Pakatan perlu mempunyai kuasa di peringkat pusat.

“Dan bagi membolehkan Pakatan menang maka kita perlu bekerja mendekati 20 peratus lagi pengundi yang belum membuat sebarang pilihan,” ujarnya.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, berdasar pandangan bekas-bekas pegawai tinggi tentera, kemungkinan besar tidak berlaku huru hara sekiranya berlaku perubahan di Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Menurutnya pasukan tentera tidak mungkin campur tangan sekiranya berlaku perubahan kerajaan, tak mengulangi apa yang berlaku di Timur Tengah.

Kata beliau kuasa rakyat lebih besar berbanding kuasa tentera berdasar kepada banyak sejarah yang berlaku sebelum ini.

Beliau juga berharap jentera kempen wanita Pakatan mendekati isteri-isteri anggota tentera memandangkan bilangan pengundi pos sekarang terdapat seramai 200,000.

“Misalnya kawasan parlimen yang ditandingi PAS mempunyai bilangan pengundi pos ramai sekarang ada 18 kerusi.

“Pada pilihan raya umum lalu kita menang di 7 kerusi parlimen dan tewas di 11 lagi kerusi yang mempunyai bilangan pengundi pos begitu ramai.

“Ini termasuk di Jeli. Berdasar kepada pengundi awam PAS sudah menang, namun apabila dicampur undi pos PAS ketinggalan di belakang,” ujarnya.

Oleh itu katanya, tawaran tujuh perkara yang terkandung dalam Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia perlu didedahkan kepada isteri-isteri anggota tentera dan rakyat di bawah.

Antaranya Caruman Wanita Malaysia bagi surirumah berpendapatan isirumah kurang RM1,500 sebulan akan dicarum RM600 setahun daripada kerajaan dan caruman khas suami RM120.

Selain itu ditawarkan perlindungan kesihatan dan ekonomi, tabung bantuan musibah dan tabung simpanan hari tua.

Pada majlis itu juga 50 wanita muda membaca ikrar dengan diketuai Naib Ketua Muslimat PAS Pusat, Mumtaz Mohd Nawi

Jumaat, 21 Disember 2012

Sekali lagi Utusan disaman, kali ini TG Nik Aziz



Rizal Tahir,21 Dis 2012
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) membuat keputusan akan menyaman akhbar Umno, Utusan Malaysia yang menyiarkan dakwaan kononnya beliau merasuah dua pemimpin DAP agar Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dilantik sebagai Menteri Besar Perak.

Perkara ini dimaklumkan beliau dalam sidang media yang diadakan di JKR 10 semalam ekoran laporan oleh Utusan Malaysia.

"Ianya satu fitnah untuk memburukkan saya secara peribadi menjelang pilihan raya," kata beliau.

Utusan menyiarkan dakwaan satu blog Umno kononnya TG Nik Aziz merasuah pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan setiausahanya, Nga Kor Meng agar DAP bersetuju melantik Nizar sebagai Menteri Besar Perak.

Rasuah dalam bentuk tanah itu diberikan kerana Adun DAP yang paling ramai dalam DUN Perak, dakwa blog Umno yang disiarkan Utusan itu.

Isu ini juga dibangkitkan oleh para Adun BN dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak semalam sehingga mereka dicabar menyebutnya di luar Dewan.

"Saya dah kata sebelum ini kalau keluar berita sensasi dalam Utusan jangan percaya, kena selidik dulu sebab sudah banyak Utusan keluar cerita fitnah," katanya.

Ekoran itu, katanya, beliau telah membuat arahan kepada pegawainya agar membawa kes ini ke mahkamah.

"Semoga apa yang berlaku di mahkamah nanti akan perjelaskan cerita yang sebenarnya," kata TG Nik Aziz.


Tanding pilihan raya


Dalam sidang media ini juga, TG Nik Aziz sekali lagi menegaskan beliau akan bertanding lagi dalam pilihan raya umum akan datang ini.

TG Nik Aziz yakin dengan pemikiran yang sihat, beliau boleh lagi melawan Umno.

"Tanding dalam politik ni tak perlu sangat badan yang sihat tetapi pemikiran yang sihat. Kalau orang ajak bertumbuk, saya tak mampulah," katanya

Jumaat, 14 Disember 2012

Guan Eng saman ketua pemuda Umno P.Pinang kerana memfitnahnya



December 14, 2012
Lim mendakwa Shaik Hussein telah menyerang beliau dengan tuduhan yang tidak bertanggungjawab.
GEORGE TOWN, 14 Dis — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini memfailkan saman ke atas ketua pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin di Mahkamah Tinggi kerana memfitnah beliau pada Oktober lalu.
Lim mendakwa Shaik Hussein pada 5 Oktober menyerang beliau secara tidak bertanggungjawab dengan mengatakan Lim seorang yang korup dan menerima rasuah daripada Pusat Pergigian Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIDC).
Beliau menafikan kenyataan Shaik Hussein yang disiarkan secara online di portal berita pada hari sama.
Lim mendakwa kenyataan itu diterbitkan dengan mengatakan bahawa beliau adalah seorang yang korup, menerima rasuah dari KLIDC dan melakukan jenayah.
Dalam permohonannya, Lim menafikan kenyataan itu dan mendakwa Shaik Hussein tidak memeriksa kebenaran kenyataannya, dan enggan memohon maaf atas kenyataannnya walaupun telah diberi notis bahawa kenyataannya itu benar-benar membawa niat jahat.
Dalam permohonannya juga Lim memohon injuksi untuk menghalang Shaik Hussein dan agennya dari mengulangi kata-kata fitnah ke atasnya.
Lim ke Mahkamah Tinggi bersama peguamnya Jagdeep Singh Deo untuk memfailkan saman tersebut, turut menuntut saman ganti rugi dan kos.
Selepas memfailkan saman, Lim memberitahu wartawan dalam sidang media di luar mahkamah jika beliau tidak mengambil tindakan mahkamah, isu ini akan dieksploitasi oleh Barisan Nasional (BN) untuk memburukkan imejnya dan kerajaan negeri.
“Terdapat banyak tindak tanduk yang dilakukan BN untuk memburukkan kerajaan negeri dan saya untuk mencipta kesangsian orang ramai terhadap integriti kami,” katanya lagi.
Beliau menolak permintaan Shaik Hussein untuk mengadakan dialog terbuka bagi membincangkan isu Taman Manggis dan Bayan Mutiara.
“Saya rasa mahkamah adalah jalan terbaik untuk membuat keputusan, kerana tidak ada makna jika berdialog dengan seseorang yang enggan menepati janjinya,” katanya lagi.
Beliau berkata mahkamah akan membuktikan kerajaan negeri adalah bersih dan tidak korup.
“Mahkamah akan tentukan bahawa kami tidak menerima wang dari mana-mana pihak berkenaan isu ini,” katanya lagi.
Lim pernah menyaman Utusan Malaysia dua kali kerana fitnah berkata beliau akan menghantar notis seterusnya kepada akhbar tersebut mengenai isu yang sama.
Shaik Hussein, yang turut hadir di mahkamah, berkata tawarannya untuk berdialog dengan Lim masih terbuka.
“Saya tidak faham kenapa beliau takut untuk mengadakan dialog terbuka dengan kami. Cuma saya, Ketua Pemuda BN Pulau Pinang, Oh Tong Keong dan Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang H'ng Khoon Leng dimana kami akan mengeluarkan bukti kami, dan berliau akan menggeluarkan buktinya.”
Beliau berkata tindakan mahkamah oleh Lim bermakna ketua menteri Pulau Pinang itu hanya menggunakan sistem mahkamah untuk menarik isu itu sehingga berakhirnya pilihan raya umum.
“Kami semua tahu jika isu ini ke mahkamah, ia akan berlanjutan hingga dua tahun dan kita dapati isu tersebut akan dibongkarkan selepas pilihan raya,” katanya lagi.
Beliau berkata beliau tidak takut dengan tindakan mahkamah tersebut dan mengalu-alukan saman tersebut.
“Jika beliau ingin membawa saya ke mahkamah, saya mengalu-alukannya kerana saya mempunyai dokumen yang menyokong bukti saya menentang beliau,” katanya lagi.
Shaik Hussein mendakwa beliau mempunyai hak untuk mempertahankan kenyataannya, serta kenyataannya itu adil dan mempunyai kelayakan untuk mengatakannya.
Selepas saman dikeluarkan, beliau mempunyai masa sehingga dua minggu bagi mengeluarkan kenyataan mempertahankan sebelum mahkamah bersidang untuk mendengar kes.


50,000 sertai HKR T’ganu, bukti rakyat berubah



Harakahdaily,14 Dis 2012

(Orang ramai memenuhi Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Terengganu di Kuala Paka - Foto Nurulslah)

DUNGUN: Kehadiran 50,000 orang rakyat negeri ini pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Terengganu membuktikan mereka mahukan perubahan pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Muhyiddin Abdul Rashid yang dimaklumkan jumlah mereka yang menyertai himpunan seramai itu menyifatkan rakyat bersedia melakukan perubahan nanti.

“Dengan kehadiran seramai ini, ia membuktikan rakyat mahukan perubahan di Terengganu. PAS Terengganu yakin dan bersedia untuk menumbangkan Umno dan BN,” tegasnya.

Menurutnya, pemimpin Umno negeri kini semakin angkuh dengan rakyat termasuk merampas tanah yang telah diberikan oleh kerajaan PAS negeri sebelum ini.

“Bagaimana kerajaan PAS telah lulus tanah untuk Sekolah Agama Al-Bayan di Paka tapi kerajaan Umno telah rampas semula tanah tersebut dan serahkan tanah tersebut kepada JKKK dan isteri mereka,” ujarnya.

Beberapa NGO termasuk dari kumpulan pendesak menuntut Royalti, 'R', membentangkan kes mereka kepada orang di perhimpunan ini.

Antara yang awal memberikan ucapan adalah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil. Beliau menceritakan kecelaruan yang berlaku dalam Umno sekarang.

Himpunan  kali ini adalah yang ke 7 selepas Seremban, Kota Bharu, Batu Pahat, Alor Setar, Melaka dan Pahang.

Esok, himpunan PAS Ganti Umno (PGU) pula akan diadakan  di tapak yang sama.

Menurut wartawan Harakahdaily di tapak perhimpunan, kira 50,000 rakyat sudah hadir untuk mendengar amanat pimpinan.

Antara yang berucap wakil anti Lynas, wakil Anak, wakil royalti pusat dan Terengganu, wakil waris, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, Datuk Saifuddin Nasution, Eng Chai Heng (DAP Terengganu), Azan Ismail (PKR Terengganu).

Turut akan berucap malam ini adalah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Umno makin angkuh dengan rakyat, bagaimana kerajaan PAS telah lulus tanah untuk sekolah agama al Bayan di Paka, tapi kerajaan Umno telah rampas semula tanah tersebut dan serahkan tanah tersebut kepada JKKK dan isteri mereka.

"Mereka pecahkan kepada 5 lot banglow untuk JKKK, pejabat tanah maklumkan ia diluluskan melalui campur tangan orang Umno," kata Muhyidin dalam ucapannya lagi.

Di Setiu pula, katanya,  100 keluarga petani yang buka tanah sejak 36 tahun lalu seluas 200 ekar telah dirampas oleh Umno dan dijadikan jelapang padi negeri dengan keluasan 1000 ekar.

"Penduduk lansung tidak diberi pampasan hasil usaha mereka yang hampir 40 tahun..kezaliman Umno terserlah," katanya.
Berikut adalah gambar-gambar awal perhimpunan ini.

(Sebahagian orang ramai yang menyertai HKR Terengganu - Foto Nurulslah)


(AJK PAS Pusat, Datuk  Abu Bakar Chik dengan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution - Foto Nurulslah)
(Wakil R Kelantan juga datang untuk membentangkan kes mereka- foto Nurulislah)

Mahkamah putuskan Utusan bersalah fitnah Karpal



Harakahdaily,14 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mengarahkan akhbar Umno Utusan Malaysia membayar gantirugi dan kos sebanyak RM70,000 kepada Pengerusi DAP Karpal Singh.

Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad memutuskan akhbar itu bersalah memfitnah Karpal dalam satu laporannya empat tahun lalu.

Laporan itu bertajuk 'DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu' telah disiarkan pada 25 Ogos 2008 yang ditulis oleh Zulkifli Jalil yang kini merupakan pengarang berita akhbar tersebut.

Satu bahagian dalam tulisan berkenaan dipetik sebagai kenyataan Karpal walaupun peguam itu tidak hadir di acara tersebut.

Karpal yang memfailkan saman itu pada 19 September 2008, mendakwa akhbar itu memfitnah beliau melalui artikel bertajuk DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu pada 25 Ogos tahun yang sama.

Dalam pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa, keseluruhan kandungan artikel itu adalah palsu dan berniat jahat kerana ia tidak diucapkan oleh beliau ketika membuat ucapan pembukaan pada kongres itu.

Dakwanya, sepanjang keahliannya selama 26 tahun di Dewan Rakyat dan dalam ucapannya, beliau sentiasa menegaskan bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini seperti dijamin di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dengan kebebasan menganut agama-agama lain.

Menurutnya, penerbitan artikel itu telah menjejaskan nama baik dan reputasinya secara peribadi, profesional dan politik

Bersih 2.0: Kerajaan diperintah bayar Mahfuz, Salahudin RM70,000



Harakahdaily,14 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan penangkapan terhadap dua Naib Presiden pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub pada hari Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu adalah salah.

Sehubungan itu mahkamah mengarahkan kerajaan membayar gantirugi kepada kedua-dua mereka masing-masing RM70,000.

Mahfuz dan Salahudin sebelum ini memfailkan saman malu terhadap empat pihak ekoran penangkapan salah terhadap mereka itu.

Saman itu difailkan terhadap Kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Daerah Brickfields dan seorang anggota polis, Inspektor Mohd Zaid.

Mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan gantirugi teladan, kos serta lain-lain relif atau perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pada 9 Julai lalu, mereka ditahan di Stesen Sentral Kuala Lumpur ketika perhimpunan Bersih 2.0.

Penahanan tersebut adalah di luar kawasan yang diwartakan polis sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh beberapa individu termasuk mereka.

Mereka ditangkap kira-kira pukul 11.50 pagi sebelum ditahan hampir 10 jam di lokap polis di Balai Polis Jinjang.

Khamis, 13 Disember 2012

DAP bersama masyarakat Orang Asli

Kenapa Saya Pilih DAP - Zairil Khir Johari

Piala AFF Suzuki: Malaysia gagal ke final, kalah 3-1 kepada Thailand



December 13, 2012
KUALA LUMPUR, 13 Dis — Thailand layak ke final Piala AFF Suzuki 2012 selepas menewaskan Malaysia, 3-1 secara agregat pada separuh akhir kedua di Stadium Supachalasai, Bangkok, Thailand, malam ini. 
Kedua-dua pasukan sebelum ini seri 1-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 Dis lepas. Thailand akan menentang Singapura pada perlawanan akhir yang dijadual berlangsung pada 19 dan 22 Dis ini.
Penjaring:
THAILAND: Teerasil Dangda (minit ke-60), Theerathon Butmathan (minit ke-65) 
Barisan pemain:
MALAYSIA: Mohd Farizal Marlias, Mahalli Jasuli, Mohd Bunyamin Umar, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Safiq Rahim (kapten), Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar (Mohd Safee Mohd Sali), S. Kunalan (Mohd Khyrill Muhymeen Zambri), Azamuddin Mohd Akil, Norshahrul Idlan Talaha.
THAILAND: Kawin Thamsatchanan, Panupong Wongsa (kapten), Theerathon Butmathan (Apipoo Suntornpanavej), Chonlatit Jantakam, Jakkapan Pornsai (Sompong Soleb), Datsakorn Thonglao, Anucha Kitpongsri, Adul Lahsoh, Phichitphong Choeichiu (Arthit Sunthornphit), Piyaphon Buntao, Teerasil Dangda.
Pengadil: Lee Min Hu (Korea Selatan) — Bernama

Sabtu, 8 Disember 2012

Bekas SB mohon maaf kepada PAS meninggal


Muhammad Faeez Azahar,08 Dis 2012
TAIPING: PAS dikejutkan dengan kehilangan seorang pejuang, Abdullah Omar iaitu bekas OCPD Slim River di usia 66 tahun, hari ini.

Beliau yang menyertai PAS selepas bersara tahun lalu menghembuskan nafas yang terakhir kira-kira jam 6.00 pagi tadi di kediamannya di Kampung Baru, Kamunting, Taiping, Perak.

Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Kg Expo selepas Zohor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Silverstoon, Kemunting, Taping.

Yang Dipertua PAS Taiping, Ustaz Fakhruddin Abdul Aziz ketika dihubungi berkata, pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada PAS.

Katanya, beliau sangat aktif dalam PAS di peringkat kawasan dan giat berceramah diseluruh negara selepas pengisytiharannya menyertai PAS tahun lalu.

Kata Fakhruddin, Abdullah tidak pernah jemu memohon maaf kepada ahli PAS atas perbuatannya ketika beliau dalam pasukan polis termasuk 35 tahun menjawat jawatan polis cawangan khas (SB).

"Perjuangan beliau sangat besar walaupun baru beberapa tahun menyertai PAS dan kesungguhannya harus menjadi ikutan kepada semua ahli PAS," katanya yang ternyata sedih dengan kehilangan rakan seperjuangannya itu.

Pada Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini, beliau telah membahaskan usul PAS Pusat dalam isu pengkhianatan Umno kepada negara dan di kesempatan itu, beliau memohon maaf kepada semua ahli PAS atas segala perbuatannya ketika berkhidmat.

"Dosa apa yang saya tidak buat kepada PAS sepanjang 5 pilihanraya yang lepas, saya tidak mahu sebut disini, biar Allah dan saya sahaja yang tahu.

"Tetapi maafkanlah saya, saya sudah bertaubat," katanya dalam dalam perbahasannya yang menyentuh hati semua para perwakilan ketika itu.

Beliau adalah individu yang bertanggunjawab membongkar penipuan Umno menghantar ribuan warga Kemboja dan Myanmar yang berjaya digunakan untuk merampas Terengganu dari PAS pada pilihanraya umum 2004 lalu