Jumaat, 14 Disember 2012

Guan Eng saman ketua pemuda Umno P.Pinang kerana memfitnahnya



December 14, 2012
Lim mendakwa Shaik Hussein telah menyerang beliau dengan tuduhan yang tidak bertanggungjawab.
GEORGE TOWN, 14 Dis — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini memfailkan saman ke atas ketua pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin di Mahkamah Tinggi kerana memfitnah beliau pada Oktober lalu.
Lim mendakwa Shaik Hussein pada 5 Oktober menyerang beliau secara tidak bertanggungjawab dengan mengatakan Lim seorang yang korup dan menerima rasuah daripada Pusat Pergigian Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIDC).
Beliau menafikan kenyataan Shaik Hussein yang disiarkan secara online di portal berita pada hari sama.
Lim mendakwa kenyataan itu diterbitkan dengan mengatakan bahawa beliau adalah seorang yang korup, menerima rasuah dari KLIDC dan melakukan jenayah.
Dalam permohonannya, Lim menafikan kenyataan itu dan mendakwa Shaik Hussein tidak memeriksa kebenaran kenyataannya, dan enggan memohon maaf atas kenyataannnya walaupun telah diberi notis bahawa kenyataannya itu benar-benar membawa niat jahat.
Dalam permohonannya juga Lim memohon injuksi untuk menghalang Shaik Hussein dan agennya dari mengulangi kata-kata fitnah ke atasnya.
Lim ke Mahkamah Tinggi bersama peguamnya Jagdeep Singh Deo untuk memfailkan saman tersebut, turut menuntut saman ganti rugi dan kos.
Selepas memfailkan saman, Lim memberitahu wartawan dalam sidang media di luar mahkamah jika beliau tidak mengambil tindakan mahkamah, isu ini akan dieksploitasi oleh Barisan Nasional (BN) untuk memburukkan imejnya dan kerajaan negeri.
“Terdapat banyak tindak tanduk yang dilakukan BN untuk memburukkan kerajaan negeri dan saya untuk mencipta kesangsian orang ramai terhadap integriti kami,” katanya lagi.
Beliau menolak permintaan Shaik Hussein untuk mengadakan dialog terbuka bagi membincangkan isu Taman Manggis dan Bayan Mutiara.
“Saya rasa mahkamah adalah jalan terbaik untuk membuat keputusan, kerana tidak ada makna jika berdialog dengan seseorang yang enggan menepati janjinya,” katanya lagi.
Beliau berkata mahkamah akan membuktikan kerajaan negeri adalah bersih dan tidak korup.
“Mahkamah akan tentukan bahawa kami tidak menerima wang dari mana-mana pihak berkenaan isu ini,” katanya lagi.
Lim pernah menyaman Utusan Malaysia dua kali kerana fitnah berkata beliau akan menghantar notis seterusnya kepada akhbar tersebut mengenai isu yang sama.
Shaik Hussein, yang turut hadir di mahkamah, berkata tawarannya untuk berdialog dengan Lim masih terbuka.
“Saya tidak faham kenapa beliau takut untuk mengadakan dialog terbuka dengan kami. Cuma saya, Ketua Pemuda BN Pulau Pinang, Oh Tong Keong dan Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang H'ng Khoon Leng dimana kami akan mengeluarkan bukti kami, dan berliau akan menggeluarkan buktinya.”
Beliau berkata tindakan mahkamah oleh Lim bermakna ketua menteri Pulau Pinang itu hanya menggunakan sistem mahkamah untuk menarik isu itu sehingga berakhirnya pilihan raya umum.
“Kami semua tahu jika isu ini ke mahkamah, ia akan berlanjutan hingga dua tahun dan kita dapati isu tersebut akan dibongkarkan selepas pilihan raya,” katanya lagi.
Beliau berkata beliau tidak takut dengan tindakan mahkamah tersebut dan mengalu-alukan saman tersebut.
“Jika beliau ingin membawa saya ke mahkamah, saya mengalu-alukannya kerana saya mempunyai dokumen yang menyokong bukti saya menentang beliau,” katanya lagi.
Shaik Hussein mendakwa beliau mempunyai hak untuk mempertahankan kenyataannya, serta kenyataannya itu adil dan mempunyai kelayakan untuk mengatakannya.
Selepas saman dikeluarkan, beliau mempunyai masa sehingga dua minggu bagi mengeluarkan kenyataan mempertahankan sebelum mahkamah bersidang untuk mendengar kes.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan