Rabu, 29 Mei 2013

Semua Exco PKR dan Speaker Selangor adalah wanita



Harakahdaily,
29 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Ketiga-tiga Exco Selangor dari PKR adalah wanita manakala Speaker Dun Selangor yang baru juga seorang wanita.

(Hannah Yeoh....bakal Speaker DUN Selangor menurut Dr Halimah Ali)

Menurut bekas Exco Selangor yang juga Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali di dalam blognya, ketiga-tiga wakil PKR yang bakal dilantik sebagai Exco ialah bekas Exco Rodziah Ismail (Batu Tiga), bekas Exco Elizabeth Wong (Bukit Lanjan) dan Dr Daroyah Alwi (Sementa).

Selain beliau (Dr Halimah) yang juga dikekalkan sebagai Exco penggal ini, wakil daripada PAS terdiri daripada Sallehen Mukhyi (Sabak), Iskandar Samad (Chempaka), Dr Ahmad Yunus (Sijangkang).

(Senarai Exco baru Selangor yang disiarkan Dr Halimah dalam blognya)

Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Cheng Khim pula mewakili DAP bersama Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan) dan Ganabathirau Veraman (Kota Alam Shah).

Menurutnya, upacara mengangkat sumpah serta akujanji akan berlangsung di Istana Alam Shah Klang jam 9.00 pagi esok.

Sementara itu, Adun Subang Jaya, Hannah Yeo Tseow Suan dijangka akan dilantik sebagai Yang Dipertua DUN atau Speaker.

Sebelum ini, Speaker adalah Teng Chan Khim yang kini akan dilantik sebagai Exco.
                 


Selasa, 28 Mei 2013

Kelantan terus usaha untuk dapatkan royalti - MB


KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan akan terus berusaha mencari jalan,  selagi ianya tidak bercanggah dengan undang-undang, untuk mendapatkan royalti untuk negeri itu.

Inilah jaminan yang diberikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob ketika berucap di majlis meraikan anak Kelantan di perantauan.

Beliau meraikan rombongan Persatuan Anak Kelantan Darulnaim Selangor dan Kuala Lumpur (Persada) di pejabatnya semalam.

Menurutnya, anak Kelantan juga wajar memperjuangkan hak itu di tempat masing-masing.

Dalam ucapan itu, beliau berkata, anak Kelantan di Perantauan akan berhadapan dengan cabaran yang penuh mencabar pada PRU-14, kerana cabarannya akan bertambah sengit.

Ahmad berkata, kempen PRU-14 telah bermula dari sekarang dan anak Perantau termasuk golongan muda perlu mempersiapkan diri yang lebih mantap untuk ke arah itu.

Jelasnya, dalam pilhan raya lalu, Pakatan Rakyat hampir ke Putrajaya.

“Kita belum diberi keizinan oleh Allah untuk menawan Putrajaya, tentu ada sebabnya yang perlu kita ketahui dan perbaiki,”ujarnya.

Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa syukur di atas pengorbanan anak Kelantan yang pulang untuk mempertahankan kemenangan kerajaan negeri baru-baru ini.

Menurutnya, pengorbanan itu selari dengan kehendak syariat kerana kepulangan untuk mempertahankan kemenangan kerajaan yang mendaulatkan syariat Islam.

Turut hadir dalam pertemuan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Mohd Nassurudin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Ngo negeri, Dr Ramli Mamat.

Sementara itu, Nassurudin mengingatkan anak Kelantan supaya mempamerkan identiti negeri itu di tempat masing-masing.

Menurutnya, mereka adalah duta kerajaan negeri di tempat yang mereka tinggal.

“Walau di mana kita berada, walau apa jua jawatan yang kita sandang, jangan lupa asal usul tempat kita,”ujarnya.

Turut berucap pada majlis itu, Presidennya, Ali Hanafiah Muhammad.

Turut hadir dalam pertemuan itu, Naib Presiden Persada Bustaman Hassan dan Setiausahanya, Razali Ismail

Selasa, 21 Mei 2013

Berita yang disembunyikan: BN hilang deposit di 2 kerusi



http://mutaligat.blogspot.com,21 Mei 2013
Media perdana menyembunyikan berita bahawa BN hilang deposit di 2 kerusi di Pulau Pinang. Lihat bukti di bawah ini.

N.27 Pengkalan Kota, Pulau Pinang.
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM
DEWAN UNDANGAN NEGERI
NEGERI : PULAU PINANG

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.27 - PENGKALAN KOTA
NAMA PENUHPARTIBILANGAN UNDIKEPUTUSAN
1. LOKE CHEANG GIN @ LOKE POH CHYE BN1,803HILANG DEPOSIT
2. LAU KENG EE DAP15,403MENANG

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR:19,980

JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK:243

JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI:17,449

JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN:17,468

JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN:19

PERATUS PENGUNDIAN:87.40%

MAJORITI:13,600


N.13 Berapit
NEGERI : PULAU PINANG

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.13 - BERAPIT
NAMA PENUHPARTIBILANGAN UNDIKEPUTUSAN
1. LAU CHIEK TUAN BN2,230HILANG DEPOSIT
2. ONG KOK FOOI DAP16,995MENANG

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR:22,394

JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK:165

JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI:19,390

JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN:19,422

JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN:32

PERATUS PENGUNDIAN:86.70%

MAJORITI:14,765

Malangnya media perdana cuba menutup berita ini. Tak lama BN akan pupus ........mungkin tak pernah berlaku BN hilang deposit sebelum

HAFLAH ILMU ANAK MUDA KELATE FULL



            

Khamis, 16 Mei 2013

PRU13: PAS Terengganu akan kemuka 5 petisyen


Harakahdaily,
16 Mei 2013
KUALA LUMPUR: PAS Terengganu akan mengemukakan lima petisyen berhubung keputusan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) yang berlangsung 5 Mei lalu.

Pengarah Pilihan rayanya, Ustaz Ariffin Deraman (gambar) memberitahu, pihaknya sedang membuat kajian dan mengumpul bukti untuk mengemukakan petisyen itu nanti.

“Insya Allah, kita akan kemukakan lima petisyen PRU13, kita tunggu dan lihat,” ujarnya yang juga Adun Alor Limbat ketika dihubungi hari ini.

Katanya, PAS Terengganu telah melantik peguam untuk tujuan itu yang terdiri daripada Abdul Haris Malik, Saifuddin Othman dan Fariz Irwan Mustafa.

Pada PRU13, PAS memenangi empat daripada lapan kerusi Parlimen iaitu Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun.

Bagi Dun pula, PAS memenangi 14 daripada 32 kerusi, PKR (satu) dan selebihnya BN

Isnin, 13 Mei 2013

Kit Siang mahu 5 perkara sekurang-kurangnya




Harakahdaily,
13 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Li Kit Siang menyifatkan Utusan Malaysia telah memulakan kempen untuk memburukkannya sebagai raksasa ke satu tahap baru apabila artikel utamanya di dalam halaman editor bertanyakan soalan ‘Apa lagi Kit Siang mahu?’ yang melancarkan serangan demi serangan tidak berasas.

“Jawapan saya ialah sekurang-kurangnya lima perkara, pilihan raya yang bersih, bebas dan adil; Malaysia sebagai negara demokrasi normal; pemulihan kedaulatan undang-undang;  pendidikan bertaraf dunia dan Malaysia yang bersatu, selamat, hijau, dan sihat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sekiranya terdapat sistem pilihan raya yang bersih, bebas dan adil, Perdana Menteri Malaysia hari ini selepas Pilihan raya Umum ke-13 tentulah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukannya Datuk Seri Najib Razak.

Ini, katanya kerana Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah untuk menang 125 kerusi parlimen yang dibahagikan di kalangan PKR sebanyak 45, masing-masing PAS dan DAP 40 dengan majoriti selesa 128 daripada 222 kerusi parlimen.

27 kerusi parlimen diteliti untuk petisyen




Harakahdaily,
13 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Pasukan penyiasat salah laku dan penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) memaklumkan sudah menerima 237 aduan dari pada pengundi berhubung salah laku sepanjang proses pilihan raya 5 Mei lalu.

Ketua pasukan itu, Rafizi Ramli berkata antara aduan tersebut termasuklah pengundi yang tidak dibenarkan mengundi kerana namanya sudah digunakan pihak lain untuk mengundi dan isu dakwat kekal yang tanggal pada hari yang sama.

Pada masa sama beliau memaklumkan telah mengenal pasti 27 kerusi parlimen yang dipercayai berlaku penipuan yang memungkinkan pihaknya membuat petisyen di Mahkamah sedikit masa nanti.

Dari jumlah itu kata Rafizi, 19 kerusi ditandingi PKR, manakala selebihnya membabitkan kerusi yang ditandingi PAS dan DAP.

“Pasukan yang digelar #SiasatPRU13 PKR akan menjalankan siasatan berdasarkan empat kriteria iaitu margin kemenangan tipis di bawah lima peratus, tidak sepadan dengan undi rosak, peratusan undi pos dan undi awal mengatasi margin kemenangan daripada undi biasa serta kerusi Parlimen mempunyai bukti penipuan bersama dan laporan polis.

"Empat kriteria itu akan diguna pakai untuk menetapkan kerusi Parlimen dan Dun yang akan disiasat dengan lebih mendalam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Beliau juga turut memaklumkan sekurang-kurangnya 25 laporan polis telah dibuat oleh pengundi di seluruh negara berkait penipuan yang berlaku.

Khamis, 9 Mei 2013

MB bentang cadangan potfolio exco Kelantan




Harakahdaily,
09 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob (gambar) hari ini membentangkan senarai potfolio kesemua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah dilantik.

Pembentangan itu dibuat dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Perkara ini dimasukkan beliau di dalam facebooknya hari ini.

Portfolio exco baru kerajaan negeri Kelantan yang dibentangkan adalah sebagaimana berikut :

1. Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan yang akan dipengerusikan oleh Datuk Ahmad Yakob.

2. Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli yang dipengerusikan oleh  Datuk Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

3. Jawatankuasa Kerjaaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar yang dipengerusikan oleh  Datuk Haji Abdul Fattah Hj Mahmood

4. Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh  Datuk Haji Che Abdullah bin Mat Nawi

5. Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat yang dipengerusikan oleh  Datuk Haji Anuar Tan bin Abdullah

6. Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau yang dipengerusikan oleh Datuk Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud

7. Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan yang dipengerusikan oleh  Datuk Mejar (B) Hj Mohd Anizam bin Abdul Rahman

8. Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat yang dipengerusikan oleh  Haji Hanifa bin Ahmad

9. Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi yang dipengerusikan oleh  Datuk Dr Mohamed Fadzli bin Dato Haji Hassan

10. Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat yang dipengerusikan oleh  Hajah Mumtaz bin Md Nawi

11. Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO yang dipengerusikan oleh  Dr Ramli bin Mamat

"Harapan saya agar semua exco yang dilantik memegang portfolio masing-masing ini dapat menjalankan tugas dengan lancar dan sempurna di bawah keredhaan Allah SWT, Insya-Allah," katanya dalam facebook.

Rabu, 8 Mei 2013

120,000 banjiri perhimpunan Pakatan Rakyat



7:50PM Mei 8 2013
LAPORAN LANGSUNG

11.40pm: Kesesakan lalulintas bertambah teruk membabitkan mereka yang mahu pulang. Namun ada juga yang masih cuba untuk ke stadium.

Wartawan Malaysiakini Aidila Razak tidak dapat sampai ke
stadium kerana terperangkap dalam lalulintas selama empat jam.

Termasuk mereka yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas di seluruh Petaling Jaya, jumlah orang ramai dianggarkan 120,000 - menjadikannya salah satu perhimpunan terbesar sejak kebelakangan ini.
post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 7
11.27pm: Walaupun perhimpunan itu sudah tamat, tetapi masih ada mereka yang berpakaian hitam berjalan ke arah stadium dari jarak beberapa kilometer jauhnya.

Trafik terhenti terus sepanjang sekurang-kurangnya lima kilometer dari pelbagai arah dan ramai yang mahu ke stadium masih terperangkap.

Ini termasuk lebuh raya Damansara-Puchong dari Lebuhraya Persekutuan di satu arah dan ke arah stesen LRT Kelana Jaya.

11.25pm: Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Anwar berkata, beliau kagum dengan kehadiran spontan walaupun perhimpunan itu hanya dipanggil pada hari Isnin.

"Saya tidak akan berhenti sehingga kita sampai ke Putrajaya, sehingga kita dedahkan semua (penipuan) dan tuntut Putrajaya untuk rakyat.

"Mereka berhak mendapatkannya kerana kita, Pakatan, menang undi popular," katanya.

Anwar kemudiannya mengumumkan bahawa satu lagi perhimpunan pada hari Sabtu di Pulau Pinang, serta merancang untuk turut mengadakanya di Ipoh pada hari Jumaat.
post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 6
11.00pm: Walaupun hujan renyai-renyai, orang ramai masih berpusu-pusu masuk ke dalam stadium. Kereta diletakkan sejauh 2 km dan nampaknya belum ada tanda-tanda ia akan berakhir lagi.

Ramai yang tidak dapat mendengar ucapan pemimpin mereka tetapi masih meluangkan reformasi dan ubah.

1040pm: Jalan keluar dari stadium, menuju ke arah Paradigm Mall sesak ketika kereta membawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terpaksa bergerak perlahan kerana ramai orang meminta beliau menurunkan cermin kereta untuk mereka bergambar dengannya.

Sementara itu, Khalid sambil tersenyum memenui permintaan orang ramai yang terdiri daripada mereka yang hendak beredar dan mereka yang hendak masuk ke dalam stadium.

10.39pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan bahawa rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Dayak, mahu pilihan raya yang bebas dan adil.

Beliau turut mengecam tajuk utama Utusan Malaysia semalam
"Apa lagi Cina mahu?".

Anwar berkata, setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, mahu menuntut hak-hak mereka dan mereka mahu BN tumbang.

Orang ramai, yang kini telah meningkat kepada 80,000 memberi respons bersemangat, sambil menunjukkan genggaman tangan sebagai tanda sokongan.

10.26pm: Dengan tiada polis trafik polis untuk mengawal lalulintas, orang ramai bertindak sendiri untuk membantu meredakan kesesakan lalulintas.

Hampir kesemua kereta menurunkan cermin tingkat dan kebanyakannya membunyikan irama hon, dan kelihatan seperti suasana kesesakan jalan raya yan gpaling meriah di Lembah Klang.

Sepanjang lebuhraya LDP, orang masih masih  menuju ke stadium dengan berjalan kaki.
post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 4
10.15pm: Mereka yang masih di jalan raya mula menurunkan cermin kenderaan untuk berbual sesama mereka. Antaranya ialah seorang wanita Melayu yang sudah berusia  dan sekumpulan remaja Cina.

"Ada sebuah bas yang datang dari Johor!" seorang lelaki memberitahu yang lain.

"Saya datang dari Kedah!" jawab seorang lagi lelaki.

Kemudian seorang remaja Melayu mengebarkan bendera PAS dari tingkap dan sebuah kereka yang membawa sekumpulan wanita muda pelbagai kuam membunyikan hon tanda sokongan.

Lampu isyarat telah bertukar warna beberapa kali tetapi keadaan masih tidak berganjak.

10.05pm: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dan disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, yang juga mula melaungkan "Kami anak Malaysia".
post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 3 bicycles
10.00pm: Empat kilometer dari tempat itu, penumpang dalam bas dan beberapa kereta turun dari kenderaan mereka dan berjalan kaki. Semua berpakaian hitam.

Sementara itu, lelaki dalam sebuah trak pikap mengebar bendera PKR.

9.33pm: Kesesakan lalulintas dari Kelana Jaya sehingga sejauh tol NPE berhampiran Sunway. Menurut Peta Trafik Google, seluruh Petaling Jaya mengalami kesesakan.

9:30pm: Sistem audio dalam stadium tidak berfungsi dengan sepenuhnya, menjadikan ia sukar untuk mendengar ucapan dari luar stadium atau dari kawasan tertentu di dalam stadium

Peserta juga masih menghadapi kesukaran mendapatkan talian telefon.

9.25pm: Penunggang motosikal yang melewati pemandu yang berpakaian hitam yang terperangkap dalam kesesakan di LDP, melaungkan "Ini Kalilah".

Jalan-jalan di sekitar stadium sesak sepanjang beberapa

kilometer, dan tiada tanda-tanda ia reda sejak dua jam lalu.

Ramai orang, yang memaki baju-T 'Ini Kalilah' meletakkan kereta mereka di tepi lebuh raya dan berjalan kaki ke arah stadium.
post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 5
9.05pm: Gerai makanan dan menjual barangan Pakatan seperti T-shirt, selempang dan pelekat, mengelilingi kompleks stadium.

Sementara itu, orang terus bergerak masuk ke dalam stadium. Semua tempat duduk sudah penuh dan yang lainnya duduk di padang dan trek.

9pm Kira-kira 50,000 sudah memenuhi stadium dan ramai daripada mereka terpaksa berjalan jauh ekoran kesukaran mencari tempat letak kereta.

Di pentas, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli memberi arahan kepada Utusan Malaysia supaya tidak memainkan isu perkauman.

Katanya, bukan sahaja orang Cina tetapi Melayu juga menyokong Pakatan.

Suasana bingit dengan sorakan dan tiupan vuvuzela, sambil melaungkan "Najib, tipu", "Ubah".

Berpakaian kuning, ramai juga membawa bunga kuning, simbolik tuntutan untuk pilihan raya bersih dan adil.

8.50pm Hujan telah berhenti beberapa minit lepas dan peserta himpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" tidak lagi menggunakan payung. Anggota Parlimen Kelana Jaya Wong Chen yang baru beberapa hari terpilih mula berucap kepada penonton.
NONE
8.45pm: Ramai pemimpin Pakatan masih tidak sampai ke tempat acara kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya, antaranya Elizabeth Wong dan Tian Chua.

8.40pm: Jalan raya dibanjiri kereta bermula dari persimpangan Lebuh Raya Persekutuan sehinggalah ke pusat membeli-belah Paradigm Mall.

Sebahagian hadirin himpunan malam ini meletak kereta mereka di tepi jalan raya utama dan berjalan kaki hampir satu kilometer ke Stadium Kelana Jaya.

8.39pm: kesesakan teruk lalulintas dilaporkan di sekitar stadium. Beberapa peserta perlu berjalan lebih 2km untuk mendapatkan tempat.

"Saya terperangkap dalam 'tempat letak kereta' terbesar di dunia. Tidak bergerak seinci pun selama hampir 15 minit," lapor wartawan Malaysiakini Aidila Razak.

Mereka yang telah sampai ke stadium pula mendapati sukar untuk mencari ruang letak kereta.

8.15pm: Puluhan ribu orang sudah berada di dalam stadium. Hujan renyai-renyai berterusan dan orang ramai berpayung mereka atau memakai baju hujan.

7.30pm: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berucap kepada penyokongnya buat kali pertama malam ini sejak pilihan raya umum Ahad ini, yang didakwanya dicemari dengan penipuan untuk memastikan kemenangan BN.
NONE
Perhimpunan di Kelana Jaya itu dijangka menarik kehadiran yang
besar yang tidak sabar lagi untuk mendengar ucapan pemimpin mereka selepas pilihan raya yang keputusannya membuat ramai penyokong Pakatan Rakyat tidak berpuas hati.

Orang ramai secara memenuhi ruang stadium yang pada masa ini sekitar satu perempat penuh kerana hujan renyai-renyai di stadium Kelana Jaya.

Tiada kehadiran polis dilihat walaupun terdapat spekulasi bahawa polis akan mengadakan kawalan ketat di sekitar stadium, yang menempatkan 50,000 penyokong semasa perhimpunan pra-pilihan raya dahulu.

Rabu, 1 Mei 2013

Tiba-tiba Jempol boleh dimenangi PAS!




Harakah,
02 Mei 2013

(Laporan Harakah tentang Aishah di Parlimen Jempol)

JEMPOL: Kerusi Parlimen Jempol sebelum ini menjadi kubu kuat BN kerana Jempol memiliki bilangan Felda yang banyak antaranya di Dun Palong (Felda Palong) dan Dun Serting (Felda Serting, Raja Alias).

Di bawah Parlimen Jempol, hanya satu kerusi sahaja yang berjaya ditembusi Pakatan Rakyat, dimana DAP menang di Dun Bahau melalui Teo Kok Seong dan kali ini pastinya akan dapat dikekalkan walaupun ditentang oleh Dr Yew Mee Fa (MCA).

Jempol adalah sebuah kawasan Parlimen yang memiliki lebih 50 peratus pengundi Felda, dan hanya satu sahaja Dun di bawah Jempol iaitu Bahau yang meraikan kepelbagaian pengundi.

Bahau dikuasai DAP sejak beberapa pilihan raya lalu.

Namun pada kali ini, selepas penamaan calon pada 20 April lalu, Parlimen Jempol tiba-tiba sahaja menjadi tumpuan selepas menyaksikan penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin (Aishah) dicalonkan PAS untuk menentang bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad