Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersikap "nakal" apabila berkata, beliau tidak sama dengan DAP apabila mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam, kata Karpal Singh. 

Pengerusi DAP kebangsaan itu berkata, pengisytiharan Dr Mahathir yang dibuat pada 2001 itu sebenarnya tidak terikat dengan mana-mana undang-undang pun.

NONEMalah, kata Karpal, ia melanggar lima pengisytiharan oleh oleh Mahkamah Persekutuan pada 1998 bahawa Malaysia sebuah negara sekular.

"Hanya negara sekular boleh mempunyai undang-undang sekular. Tindakan Mahathir mengisytiharkan Malaysia negara Islam di depan pengisytiharan (sekular) ini, adalah nakal," kata anggota parlimen Bulit Gelogor itu.

"Dengan berkata demikian, Mahathir mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan tiga perdana menteri sebelum ini yang secara terbuka menyatakan negara ini sekular," katanya. [Baca berita penuh]

NONESementara itu, ketua parlimen DAP Lim Kit Siang pula menuntut Datuk Seri Najib Razak menjelaskan tindakannya membiarkanUtusan menjalan kempen "haram sokong DAP" selama empat hari berturut-turut.
"Najib wajib memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia sama ada beliau telah meluluskan atau mengesahkan kempen berbisaUtusan yang berbaur hasutan dan antinasional 'haram sokong DAP'," soalnya.

Lim (kiri) juga mempersoalkan sama ada Najib berani memisahkan diri daripada kempen itu, yang didakwa memperkecil-kecilkan agama Islam dengan menjadikannya sebagai "umpan politik"