Selasa, 31 Julai 2012


Rafizi ditahan, dihadapkan ke Mahkamah Shah Alam

KUALA LUMPUR 1 Ogos: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli ditahan polis pagi ini dan dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.
Mengikut paparan twitter beliau, rumahnya diserbu kira-kira jam 7 pagi sebelum dibawa ke balai polis Hulu Klang.
Sekitar jam 8 pagi, Rafizi menyatakan beliau sedang dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan proses pertuduhan ke atasnya dipercepat, kepada 9 pagi.
Rafizi juga difahamkan Johari Muhamad turut ditahan polis dan dijangka turut dihadapkan di mahkamah yang sama.
Johari – bekas kerani Public Bank dikatakan salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar.
Rafizi sebelum ini  disiasat mengikut Bafia berikutan keberaniannya mendedahkan butiran penyelewengan perbankan NFC dan ahli pengarahnya, 16 Februari lalu.
NFC dikendalikan suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menyalah guna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=33737

Pakatan umum tema Hari Kebangsaan ganti Janji Ditepati



KUALA LUMPUR 31 Julai: Pakatan Rakyat (Pakatan) akan mengumumkan tema alternatif  sambutan Hari Kemerdekaan esok bagi menggantikan tema yang dipilih kerajaan menerusi slogan BN, ‘Janji Ditepati’.
Untuk itu, satu jawatankuasa khas ditubuhkan dan ia akan dipengerusikan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.
Turut menganggotai jawatankuasa itu bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Gerakan, Dr Toh Kin Woon dan Pengarah Eksekutif  Women’s Aid Organisation (WAO), Ivy Josiah.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, jawatankuasa itu akan memilih tema Hari Kemerdekaan yang dicadangkan oleh rakyat selepas Pakatan membuka ruang kepada umum untuk berbuat demikian.
“Sebelum ini, kita beri tempoh seminggu kepada kerajaan untuk tukar tema hari merdeka agar lebih inklusif dan merangkumi semangat kemerdekaan rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bersama wakil KEADILAN dan DAP.
Hadir sama, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar; Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli;  Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari.
Mustafa berkata, selepas pengumuman tersebut, Pakatan menerima lebih kurang 250 cadangan tema kemerdekaan daripada pelbagai pihak.
“Setakat ini kita terima lebih kurang 250 cadangan tema daripada rakyat. Oleh itu, jawatankuasa ini ditubuhkan untuk memilih tema yang terbaik,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=33715

Cek RM80,000: Seminggu untuk Awang Adek jelaskan

Agong perkenan batal pelantikan Lajim ke kabinet




  • Bernama
  • 3:51PM Jul 31 2012
Pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibatalkan serta merta.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan itu.
Ia adalah mengikut peruntukan Fasal (3) Perkara 43A yang dibacakan bersama Fasal(5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.
Lajim pada Sabtu lepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta-merta.
Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai anggota Umno.
Lajim yang mengumumkan peletakan jawatannya di Likas Jaya, dekat Kota Kinabalu, dilaporkan menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan kedudukannya sebagai timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.
Najib kemudian pada satu majlis di Pekan dilaporkan berkata kedudukan Lajim sebagai timbalan menteri akan diputuskan pada Isnin.
Lajim, 57, dipilih ke Parlimen selepas pilihan raya umum 2008 menggantikan penyandang kerusi Beaufort, Azizah Mohd Dun selepas menewaskan Lajim Md Yusof (PKR), dengan majoriti 10,914 undi.
   
Beliau kemudian dilantik menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan pada tahun 2008 sebelum ditukarkan portfolio kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 2009

Isnin, 30 Julai 2012

Beautiful Young Recitation - Muhammad Al Barrak sura 067 Al Mulk Verses ...

DAP hormati perjuangan PAS, bekerjasama membanteras rasuah, salahguna kuasa

30 July 2012

Gambar ehsan Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 30 JULAI: DAP dan PAS bersatu tenaga untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta melaksanakan amalan integriti dalam kepimpinan yang berteraskan prinsip cekap, akauntabel dan telus.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, DAP bersetuju dengan usaha PAS memperjuangkan negara berkebajikan yang melindungi rakyat yang miskin, fakir, sakit dan sesiapa yang memerlukan bantuan.

“DAP dan PAS boleh dan harus bekerjasama untuk masa depan rakyat Malaysia berdasarkan prinsip bersama yang menyatukan kita daripada membiarkan perbezaan ini untuk memecahbelahkan kita.

“Untuk sebab ini, DAP dan PAS telah menandatangani “dasar bersama” yang menyatakan kerangka kerjasama kita dan dasar membina negara-bangsa kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat pada masa depan.

“Jelas, “dasar bersama” tersebut tidak menyebut tentang perlaksaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan PR masa depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan membidas MCA dan Gerakan yang meneruskan serangan tidak bertanggungjawab dan tidak jujur kononnya DAP menyokong PAS dalam pelaksanaan undang-undang hudud dan penubuhan negara Islam serta serangan peribadi yang menampakkan keadaan terdesak mereka untuk meraih kembali sokongan yang sudah hilang.

“Saya ingin mengulangi sekali lagi pendirian DAP yang tidak menyokong pelaksanaan negara Islam di Malaysia dan pelaksanaan undang-undang hudud oleh PAS. Pendirian DAP ini konsisten dan tidak pernah goyah,” katanya, merujuk kepada penghormatan DAP kepada kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan yang tidak membenarkan pelaksanaan hukum jenayah Islam itu serta penubuhan negara agama.

Katanya, MCA dan Gerakan seakan-akan menjadi orang bersalah yang menyerang orang lain terlebih dahulu dengan cubaan mereka untuk menutup kegagalan menuntut tindakan terhadap pemimpin-pemimpin UMNO yang menyokong pelaksanaan hudud ke atas orang bukan Islam.

Kepimpinan UMNO telah bercelaru apabila pemimpin seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menolak untuk melaksanakan hudud tetapi beberapa pemimpin UMNO lain mendesak hudud dilaksanakan untuk semua, termasuk orang bukan-Islam.

Menurut Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, UMNO Pulau Pinang yang telah menuntut pelaksanaan hudud di Pulau Pinang dan di serata negara.

“Bukan sahaja Ketua Pembangkang Pulau Pinang Dato’ Azhar Ibrahim tetapi Ketua Wanita UMNO Kepala Batas juga telah meluluskan ketetapan untuk menyokong undang-undang hudud untuk semua,” ujarnya.

Beliau menambah, ADUN UMNO Kemelah di Johor, Ayub Rahmat, pula telah menyeru agar Johor menjadi negeri pertama untuk melaksanakan “undang-undang hudud sebenar”, yang berbeza dengan versi PAS kerana “undang-undang hudud sebenar” UMNO akan merangkumi rakyat bukan Islam juga.

“Dalam erti kata lain, UMNO yang ingin melaksanakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam adalah lebih ekstrem berbanding PAS yang hanya ingin melaksanakannya ke atas orang Islam.

“Saya tidak dengar pemimpin-pemimpin tertinggi Gerakan mengutuk UMNO ataupun Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menggunakan kata-kata “sida politik” terhadap UMNO.

“Kenapa MCA atau Gerakan tidak meninggalkan BN atas sokongan pemimpin-pemimpin UMNO terhadap hudud untuk semua? DAP tidak akan menggunakan taktik jijik dan kotor yang digunakan oleh MCA dan Gerakan terhadap pemimpin-pemimpin DAP,” tambahnya.

Guan Eng berkata, DAP tidak pernah menyalah gunakan imuniti Parlimen untuk menonjolkan video seks Chua Soi Lek serta tidak menyerang Chua sebagai orang tidak bermoral yang mempimpin parti tidak bermoral.

Menurutnya, DAP juga tidak menjalankan kempen memburuk-burukkan sepertimana Gerakan lakukan terhadap dirinya dan keluarganya.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, keberanian sedemikian tidak pernah ditunjuk oleh pemimpin-pemimpin Gerakan terhadap UMNO yang disokong penuh walaupun UMNO bagai tidak endah apabila gambar potret Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah dikoyakkan.

“Jangan kita lupa bahawa UMNOlah yang telah mengharamkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab injil bahasa Melayu yang digunakan secara luas di Sabah dan Sarawak.

“Ini berbeza dengan PAS yang mengambil jalan sederhana yang membenarkan orang Kristian untuk menggunakan kalimah “Allah” seperti yang menjadi kelaziman selama beratus-ratus tahun di Timur Tengah dan Indonesia,” tambah beliau.

Menurut Guan Eng, jelas terdapat perbezaan di antara kerjasama DAP dan PAS, dengan kerjasama MCA atau Gerakan dan UMNO, apabila PAS dan UMNO dua-dua menyokong hudud dan negara Islam.

“PAS menyokong hudud secara terbuka dan tidak ingin melaksanakannya ke atas bukan Islam sementara UMNO hanya menyatakan usaha melaksanakan hudud untuk semua dalam media bahasa Melayu tetapi tidak dalam media bahasa Cina atau Inggeris.

“DAP bekerjasama dengan PAS atas prinsip bersama iaitu keadilan, kebebasan dan demokrasi dengan mata terbuka sedangkan MCA, MIC dan Gerakan menyerah diri kepada UMNO dengan mata tertutup,” tambah beliau. – Roketkini.com

LGE: DAP, PAS bekerjasama 'dengan mata terbuka'



4:58PM Jul 30 2012 
DAP bekerjasama dengan PAS berdasarkan prinsip bersama yang memanfaatkan rakyat dan 'dengan mata terbuka', kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Sebaliknya, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang mendakwa bahawa  MCA, MIC Dan Gerakan "menyerah diri kepada Umno dengan mata tertutup".

guan eng meets pas representatives 240309 mat sabuDalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata MCA dan Gerakan meneruskan serangan kononnya DAP menyokong PAS dalam 
pelaksanaan undang-undang hudud dan penubuhan negara Islam serta serangan peribadi yang menurutnya "menampakkan keadaan terdesak mereka untuk meraih kembali sokongan yang sudah hilang". 

Lim menyifatkan MCA dan Gerakan seakan-akan “pesalah yang melemparkan tuduhan dahulu” dengan cubaan mereka untuk 
menutup kegagalan untuk menuntut tindakan terhadap pemimpin Umno yang menyokong pelaksanaan hudud malah ke atas bukan Islam. 

"Saya ingin mengulangi sekali lagi pendirian DAP yang tidak menyokong pelaksanaan negara Islam di Malaysia dan pelaksanaan undang-undang hudud oleh PAS. 

"Pendirian DAP ini konsisten dan tidak pernah goyah.  Namun begitu, DAP dan PAS sama-sama berkongsi pendirian untuk 
memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta pelaksanaan integriti dalam kepimpinan yang berteraskan prinsip cekap, akauntabel dan telus. 

NONE"Kita bersetuju dalam negara berkebajikan yang melindungi rakyat yang miskin, fakir, sakit dan sesiapa yang memerlukan bantuan," kata Lim. 

DAP dan PAS, tambahnya, boleh dan harus bekerjasama untuk masa depan rakyat Malaysia berdasarkan prinsip bersama "yang 
menyatukan kita daripada membiarkan perbezaan ini untuk memecah belahkan kita". 

Untuk sebab itulah, katanya, DAP dan PAS telah menandatangani “dasar bersama” yang menyatakan kerangka kerjasama kita dan dasar membina negara-bangsa kerajaan persekutuan PR masa depan. 

Jelas, 'dasar bersama' tersebut, tegas Lim,  tidak menyebut tentang pelaksaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat pada masa depan. 

Beliau mendakwa, ini berbeza dengan Umno Pulau Pinang yang telah memanggil untuk pelaksaan hudud di Pulau Pinang dan di serata negara. 

Malah, katanya, ADUN Kemelah, Johor daripada Umno, Ayub Rahmat telah menyeru agar Johor menjadi negeri pertama untuk melaksanakan “undang-undang hudud sebenar”, yang berbeza dengan versi PAS kerana “undang-undang hudud sebenar” Umno akan merangkumi rakyat bukan Islam juga. 

Lim mendakwa, bukan sahaja Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim tetapi juga Ketua Wanita Umno Kepala Batas telah meluluskan ketetapan untuk menyokong undang-undang hudud untuk semua. 

Dalam erti kata lain, katanya, Umno yang ingin melaksanakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam adalah lebih ekstrim berbanding PAS yang hanya ingin melaksanakannya ke atas orang Islam. 

"Saya tidak mendengar pemimpin tertinggi Gerakan mengutuk Umno ataupun Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menggunakan kata-kata “sida politik” terhadap Umno. 

"Kenapa MCA atau Gerakan tidak meninggalkan BN atas sokongan pemimpin Umno terhadap hudud untuk semua?" soalnya sambil menambah DAP tidak akan menggunakan taktik jijik yang didakwanya digunakan oleh MCA dan Gerakan terhadap pemimpin DAP.

Menurut Lim lagi, DAP tidak pernah menyalahgunakan imuniti parlimen untuk menonjolkan video seks Soi Lek. 

"Kami juga tidak menjalankan kempen memburuk-burukkan sepertimana Gerakan buat terhadap saya dan keluarga saya," katanya.

Malangnya, tegas Lim lagi, keberanian sedemikian tidak pernah ditunjuk oleh pemimpin Gerakan terhadap Umno walaupun Umno "bagai tidak endah apabila gambar potret Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah dikoyakkan". 

Lim mendakwa bahawa Umno-lah yang telah mengharamkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab injil bahasa Melayu yang  digunakan secara luas di Sabah dan Sarawak. 

Ini, tegasnya, berbeza dengan PAS yang mengambil jalan sederhana yang membenarkan orang Kristian untuk menggunakan kalimah “Allah” seperti yang menjadi kelaziman selama beratus-ratus tahun di Timur Tengah dan Indonesia. 

Jelas, katanya, terdapat perbezaan antara kerjasama DAP dengan PAS dan kerjasama MCA atau Gerakan dengan Umno, apabila PAS dan Umno dua-dua menyokong hudud dan negara Islam. 

Menurut Lim lagi, PAS menyokong hudud secara terbuka dan tidak ingin melaksanakannya ke atas bukan Islam manakala Umno didakwanya hanya menyokong hudud untuk semua dalam media bahasa Melayu tetapi tidak dalam media bahasa Cina atau Inggeris. 

DAP, tegas Lim, bekerjasama dengan PAS atas prinsip bersama iaitu keadilan, kebebasan dan demokrasi dengan mata terbuka, tetapi mendakwa MCA, MIC dan Gerakan "menyerah diri kepada Umno dengan mata tertutup"

Adinda Sultan Selangor mangkat



July 30, 2012
SHAH ALAM, 30 Julai — Tengku Putri Aishah, adinda bongsu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, mangkat di Hospital Pantai Kuala Lumpur di sini, awal hari ini.
Ayahanda Saudara Sultan Selangor, Tengku Seri Wangsa Diraja Tengku Datuk Ramli Tengku Shahruddin Shah memaklumkan Almarhum mangkat pada 12.15 malam  akibat barah.
Jenazah Tengku Putri Aishah dimakamkan di Makam Diraja Shah Alam di sini kira-kira 12.45 tengah hari setelah disembahyangkan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.
Talkin dibacakan oleh Timbalan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar.
Tengku Putri Aishah, 56, menghembuskan nafas terakhir di sisi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama anggota keluarga yang lain.
Sultan Selangor turut berangkat memberi penghormatan terakhir kepada jenazah almarhum.
Turut memberikan penghormatan terakhir ialah Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Orang Besar Istana dan kerabat diraja yang lain.
Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, barisan exco dan Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid. — Bernama

Ahad, 29 Julai 2012

PRU bakal tangguh akibat tindakan dua pemimpin BN keluar parti, kata sumber



July 30, 2012
KUALA LUMPUR, 30 Julai – Tindakan dua pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah keluar parti hujung minggu lalu akan menyebabkan tarikh pilihan raya umum (PRU) sekali lagi ditangguh dari September ke hujung tahun oleh kerana BN perlu memastikan negeri Borneo tersebut terus menjadi ‘simpanan tetap’ kepada BN, kata sumber.
Sumber BN dari Sabah dan Kuala Lumpur mengatakan selepas ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing (gambar) dan ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin keluar menyokong Pakatan Rakyat (PR) adalah diantara sebab Datuk Seri Najib Razak terpaksa melihat semula tarikh baru pilihan raya mengejut selepas dari pembentangan belanjawan pada 28 April untuk mandat peribadi beliau, tiga tahun tiga bulan selepas ambil alih kuasa pada April 2009.
Tindakan ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing keluar menyokong Pakatan Rakyat (PR) mengejutkan pihak Barisan Nasional (BN). — Gambar fail
“Ia tidak mungkin pada bulan September sekarang walaupun Umno dan rakan-rakan sudah bersedia untuk pilihan raya, “kata seorang sumber BN dari Kuala Lumpur kepada The Malaysian Insider.
“Umno perlu memastikan, Sabah dan Sarawak kekal menjadi simpanan tetap dan memberikan banyak kerusi oleh kerana di Semenanjung, undi Melayu berpecah,” tambah sumber tersebut dengan menambah Umno hanya mendapat 79 kerusi dalam pilihan raya 2008.
Sumber ini yang memberitahu The Malaysian Insider bahawa pilihan raya mengejut akan berlaku pada bulan September jika Najib meneruskan rancangan untuk membubarkan parlimen pada bulan Ogos, sembilan bulan sebelum mandat BN tamat pada April 2013. Terdapat berberapa tarikh yang menjadi buah mulut dalam tahun lalu walaupun perdana menteri keenam Malaysia itu telah menyatakan keyakinannya untuk mendapat majoriti kerusi Dun dan Parlimen.
Sebelum dua pemimpin BN Sabah ini belot, BN mengawal 22 daripada 25 kerusi parlimen di Sabah dan satu di Wilayah Persekutuan Labuan. Dalam pilihan raya 2008, BN hilang penguasaan tradisi dua pertiga di parlimenoleh kerana kekalahan teruk di semenanjung di mana BN menang 85 kerusi manakala pembangkang mendapat 80 kerusi.
Penyelamat BN adalah Sabah, Sarawak dan Labuan dimana gabungan tersebut menang besar apabila mendapat 55 kerusi manakala pembangkang mendapat dua kerusi. Namun selepas hujung minggu ini, BN kini mengawal 136 kerusi, PR 76 kerusi, SAPP dua dan lapan calon bebas dari 222 kerusi Dewan Rakyat.
Menurut sumber BN Sabah lagi, kemungkinan besar tarikh pilihan raya umum tidak lagi September memandangkan perkembangan terbaru di negeri tersebut, tampuk pemerintah perlu memastikan tiada kesan serius menerusi tindakan keluar parti oleh dua MP veteran itu. Lajim ialah timbalan menteri dan ahli majlis tertinggi Umno manakala Bumburing ialah timbalan presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut (Upko).
“Mereka berdua tidak ada pengaruh yang kuat di luar kawasan mereka namun keadaan ini boleh merebak dan akan menjadi satu faktor sekiranya pilihan raya diadakan dalam jangkamasa terdekat ini. Lagipun, keadaan ini boleh membarah dan tetap akan menjadi satu masalah nanti,” katanya lagi.
Telah wujudnya spekulasi sejak bulan Jun yang Bumburing dan Lajim akan keluar dari BN and menyokong PR tetapi ia tidak berlaku sehinggalah minggu lepas. “Ini merupakan satu misteri kenapa BN tidak mengambil tindakan awal terhadap mereka berdua,” kata sumber BN Sabah lagi.
Najib telah berkata minggu lagi yang beliau akan mengambil tindakan terhadap Lajim yang melepaskan semua jawatan parti pada hari Isnin. Perdana menteri sebelum ini telah memberi tumpuan pada Sabah dan telah mengumumkan penubuhan Royal Commission of Inquiry (RCI) yang telah dinanti-nantikan untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin walaupun masih belum mempunyai terma dan komposisi untuk panel masih belum diketahui.
Menurut seorang penganalisis, BN selama ini melayan Sabah dan Sarawak sebagai tempat yang pasti menang dalam perlawanan untuk mendapatkan undi Melayu di semenanjung. “Kehilangan undi Melayu boleh ditampung dengan undi dari Sabah dan Sarawak, tetapi kini tidak ada sesiapa yang boleh menjamin apakah masih terdapat simpanan tetap,” kata seorang penganalisis politik yang tidak mahu namanya diketahui kepada The Malaysian Insider.
Pensyarah UiTM Sabah, Arnold Puyok memberitahu pada minggu lalu bahawa kajiannya menunjukkan BN boleh kalah 14 kerusi yang mereka pegang di negeri tersebut, termasuk Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan yang dikategorikan sebagai kerusi mudah menang bagi parti pembangkang.
Kerajaan Najib mendapat 42 peratus sokongan terhadap prestasi memberikan tamparan kepada kerajaannya dalam survey yang dijalankan oleh Merdeka Center di semenanjung, menurun enam peratus dari bulan sebelumnya.
Akan tetapi, perdana menteri kekal popular dengan sokongan sebanyak 64 peratus pada bulan Jun, menurun satu peratus berbanding Mei. Penyandang jawatannya, Tun Abdullah Badawi memasuki pilihan raya 2008 dalam keadaan mendapt 71 peratus sokongan tetapi hilang penguasaan majoriti dua pertiga di parlimen.
Najib dilihat sebagai ahli politik paling berkerja keras dengan pelbagai lawatan ke tempat berbeza termasuk yang terbaru, program ‘Jelajah Janji Ditepati dan pemberian tunai dan janji untuk membantu rakyat dari demografi berbeza.

Perasmian Qaryah Ramadhan oleh TGNA 1433H

Slogan ‘Janji Ditepati’ anti-nasional, logonya macam rojak


28 July 2012
KUALA LUMPUR, 28 JULAI: Slogan Hari Kebangsaan ke-55 gagal mempamerkan semangat kemerdekaan rakyat Malaysia pelbagai kaum kerana ia telah dijadikan propaganda untuk menonjolkan Datuk Seri Najib Razak sebagai ketua kepada United Malays National Organisation (UMNO) dan Barisan Nasional sahaja.
Slogan “Janji Ditepati” itu diselar kerana tidak memperlihatkan semangat nasionalisme, malah memecahbelahkan masyarakat kerana membawa mesej politik sempit semata-mata.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, mengecam tindakan Menteri Penerangan, Datuk Dr Rais Yatim yang berdegil menegakkan benang basah dengan mempertahankan slogan berbau kempen pilihan raya tersebut.
Menurutnya, slogan itu hanyalah retorik memandangkan masih banyak janji-janji UMNO yang tidak ditepati, malah dimungkiri.
Beliau mengingatkan tentang masalah pendatang asing di Sabah yang sudah mencecah angka 1.9 juta; selain masalah jenayah yang kian meruncing dan gejala rasuah yang semakin menjadi-jadi.
“Banyak yang boleh ditulis tentang bagaimana slogan ‘Janji Ditepati’ itu telah gagal dan langsung tidak berjaya sepanjang 55 tahun Merdeka dan 49 tahun pembentukan Malaysia,” ujar beliau.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur memberi contoh-contoh lain seperti kegagalan UMNO-BN menangani keharmonian negara, mencabul demokrasi serta kegagalan menepati janji tiga tahun Program Transformasi Kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah, rasuah dan pelaksanaan transformasi ekonomi dan politik.
Menurutnya, adalah salah dan tidak tepat untuk menggunakan slogan politik BN sebagai slogan perayaan kebangsaan kerana ia memperlihatkan Najib sebagai pemimpin untuk UMNO-BN sahaja.
“Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia sepatutnya adalah perayaan untuk semua rakyat Malaysia, tidak kira keturunan, agama, daerah dan fahaman politik untuk bersama-sama sebagai sebuah bangsa,” ujar beliau.
Katanya, slogan itu turut diiringi logo yang disifatkannya sebagai ‘rojak’ dan kelihatan buruk, malah turut menerima kritikan hebat di ruang media sosial disebabkan rekabentuknya yang tidak menepati ciri-ciri sebuah logo.
“Tidak hairanlah kenapa Malaysia di bawah pentadbiran UMNO dan BN begitu berantakan, tidak kiralah dalam soal pembinaan negara, politik, ekonomi, pendidikan mahupun sosial,” ujarnya.
Undian akhbar Sinar Harian dalam jangkamasa 48 jam memperlihatkan 2,359 atau 84% daripada 2,811 orang responden menyokong supaya tema dan logo tersebut ditukar. – Roketkini.com

444 terima sumbangan Aidilfitri dari Adun Chempaka


Rizal Tahir, 29 Jul 2012

(Tuan Sabariah [kanan] menyampaikan sumbangan hari raya bagi pihak suaminya)

PENGKALAN CHEPA: Isteri Adun Chempaka dan juga Menteri Besar Kelantan, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 444 orang penerima.

Tuan Sabariah menyampaikan sumbangan itu bagi mewakili Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kepada armalah dan anak yatim di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) semalam.

Sebanyak RM80,000 disumbangkan oleh kerajaan negeri di setiap Dun untuk golongan itu bagi diagihkan setiap kali penggal persekolahan baru bermula dan ketika menyambut kedatangan Aidilfitri.

Pembantu Khas Adun Chempaka, Hassan Mamat, ketika berucap pada majlis itu menyeru armalah menyertai program kursus kemahiran terutama kelas jahitan.

Menurutnya, kemahiran mampu menjana ekonomi untuk menyara keluarga.

“Di Thailand kerajaan negara itu menyediakan tempat khas untuk golongan itu sama ada pakaian, kraftangan, pertanian makanan dan lain-lain,”ujarnya.

Sementara Pegawai Pembangunan Armalah negeri, Nor Rashidah Jaafar ketika berucap pada majlis yang sama kerajaan negeri menyediakan Dataran Usahawan khas untuk golongan itu memasarkan produk mereka.

Katanya, sebanyak 14 buah kios disediakan bertempat di Kok Lanas.

“Jadi puan-puan sekelian boleh mengambil bahagian dalam memasarkan produk puan-puan semua,”ujarnya

Kerajaan BN Sabah pasti tumbang PRU 13 – Kalakau Untol


KOTA KINABALU 29 Julai: Perubahan kerajaan hampir pasti berlaku di Sabah apabila pemimpin berpengaruh meninggalkan Barisan Nasional (BN), kata bekas Timbalan Menteri Kabinet, Datuk Kalakau Untol.
Mengikut sejarah, bekas Timbalan Menteri Buruh antara 1986 hingga 1990 itu, berkata pertukaran kerajaan berlaku setiap kali beberapa pemimpin utama mengubah haluan politik.
Dalam pilihan raya Sabah pada 1967, katanya, kerajaan negeri tumbang apabila beberapa pemimpin Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menyertai Usno.
Pada 1976, katanya, kerajaan BN tumbang apabila Datuk Salleh Sulung dan Datuk Haris Saleh meninggalkan Usno yang menjadi kerajaan ketika itu.
“Kerajaan yang dipimpin Parti Berjaya itu juga tidak kekal apabila Datuk Seri Pairin Kitingan dan Mark Kodding keluar parti dan menubuhkan PBS pada 1985.
“Namun kerajaan PBS itu pula tumbang walaupun menang pilihan raya negeri dengan kehilangan banyak kerusi, apabila BN melakukan rampasan kuasa seumpama di Perak,” katanya kepada Keadilan Daily.
Kalakau adalah Ketua Pemuda UPKO selama 12 tahun sejak 1985 sebelum meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat pada 16 Februari 2010.
Beliau juga adalah presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu (Usda) dan pernah berkhidmat sebagai Senator sehingga tamat penggalnya pada Disember 2005.
Kalakau percaya, kerajaan BN Sabah bakal tumbang berikutan gerakan Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pakatan Perubahan Sabah yang diterajui pemimpin berpengaruh.
APS yang didominasi suku etnik Kadazan-Dusun-Murut, diketuai Ahli Parlimen Tuaran dari BN, manakala PPS yang dominasinya Melayu-Islam diterajui Datuk Seri Lajim Ukim.
“Apabila masyarakat Kadazan-Dusun-Murut dan Melayu-Islam bersatu, perubahan politik di peringkat negeri pasti terjadi.
“Ia tentunya melakar kemenangan dan meroboh kerajaan BN Sabah, sekali gus melengkapkan lanskap perubahan politik di Malaysia,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=33579

MP TUARAN UMUM KELUAR BN SOKONG PAKATAN


Hazayani Zakaria,29 Jul 2012

TUARAN: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini secara rasmi mengisytihar keluar Barisan Nasional (BN) dan menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

Beliau turut mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan daripada parti Upko.

"Maka pada hari ini saya dan rakan-rakan secara rasminya mengisytiharkan bahawa kami meninggalkan BN.

"Kita juga mengisytihar untuk menyertai Pakatan Rakyat dan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dan perjuangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat," kata beliau di majlis pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Restoran Singgahgora, Tuaran.

Turut serta di majlis itu adalah Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli dan Pesuruhajaya PAS Sabah, Aminudin Aling.

Hadir sama Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lajim Ukin dan Naib Presiden UPKO, Senator Datuk Maijol Mahap.

Pengumuman ini adalah yang kedua selepas Datuk Seri Panglima Lajim Ukin membuat pengumumkan perletakan jawatannya dalam Umno dan BN semalam.

Bekas Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), sebuah parti komponen BN Sabah itu juga berkata, APS akan giat turun ke setiap kawasan di Sabah untuk mengajak rakyatnya melakukan perubahan.

"Lepas ini tiap-tiap hari kita akan melawat kawasan-kawasan di Sabah untuk mempelawa rakan-rakan kita menyokong Pakatan Rakyat," katanya.

Tegas beliau, sudah tiba masanya rakyat Sabah mengikuti jejak langkah rakyat di Semenanjung yang berani menolak Umno BN.

"Kita akan mencatat satu sejarah lagi dalam politik tanah air kita Malaysia. Pada tahun 2008 melalui PRU 12,  rakyat Malaysia di semenanjung telah meluahkan hasrat dan tuntutan mereka untuk perubahan dan reformasi dengan jelas di mana BN telah menerima kejutan di lima negeri.

"Dari segi jumlah undi BN dan Pakatan Rakyat sebenarnya memperoleh lebih kurang sama banyak. Jika tidak kerana undi Sabah dan Sarawak sudah tentu masa itu pun kerajaan Malaysia sudah bertukar.

"Tsunami poltik di Semenanjung Malaysia sudah menular ke Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya negeri baru-baru ini dan kini tsunami tersebut akan bergelombang di Sabah," katanya.

Ini kerana katanya, BN gagal menyelesaikan masalah oendatang tanpa izin yang semakin bertambah di negeri itu.

"Masalah besar melanda Sabah yang selalu ditafsirkan sebagai ibu kepada segala masalah iaitu kebanjiran pendatang tanpa izin.

"Pada tahun 1963 apabila Sabah bersetuju untuk sama-sama menubuhkan Malaysia, pemimpin negara pada masa itu berjanji melindungi kedaulatan Sabah dalam Malaysia.

"Sejak Tun Mahathir menjadi perdana menteri ketibaan mereka ini dibiarkan begitu sahaja malah terbukti ramai di kalangan mereka ini diberi kewaragenaraan sewenangnya-wenangnya  tanpa menghirau perlembagaan Malaysia. Rakyat sabah bertanya di manakah janji merdeka dahulu hingga sekarang?" soalnya.

Sabtu, 28 Julai 2012

Sah Lajim Ukin tinggal Umno



http://msomelayu.blogspot.com,29 Jul 2012
Selepas beberapa hari Ketua Umno Beaufort Lajim Ukin menemui Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu bersama 27 ahli jawatankuasa bahagian itu, hari ini beliau telah mengumumkan melepaskan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort dan juga selaku pengerusi BN kawasan sama berkuatkuasa serta merta.
Lajim Ukin keluar Umno.
Pengumuman itu dibuat dalam majlis berbuka puasa petang ini dan juga majlis khas pengisytiharan penubuhan apa dinamakan Pakatan Perubahan Sabah (PPS). PPS merupakan satu gabungan politik baru di Sabah yang akan menentang Barisan Nasional. Gabungan ini dianggotai oleh beberapa ahli Umno Sabah yang tidak senang dengan tindak tanduk serta perjuangan Umno hari ini.

Pengumuman Lajim selepas berjumpa Nik Aziz itu boleh dianggap kemungkinan beliau mendapat ilham dan petunjuk selepas pertemuan itu. Tiada sebab lain kenapa beliau sedia mengunjungi Nik Aziz bersama anak-anak buahnya (27 Ajk bahagian) kalau bukan untuk mendapat pandangan dan pendapat Nik Aziz.

Setakat ini tidak jelas apakah PPS itu akan terdiri daripada parti politik atau pakatan di kalangan orang-orang berpengaruh di Sabah. Kalau pakatan itu merupakan pakatan individu bukan parti, besar kemungkinan Lajim bersama anak buahnya akan menyertai salah satu parti dalam Pakatan Rakyat. Jika ini berlaku mungkin Lajim memilih Pas.

Sebelum ini sikap dan pendirian Lajim menjadi persoalan dan tanda tanya di Sabah. Ia bermula apabila Lajim melepaskan jawatan sebagai ketua cawanhgan Umno di bahagian Beaufort beberapa bulan sebelum ini. Ekoran perletak jawatan itu beliau menjadi bulan umum di Sabah dan turut terhimbau juga ke Semenanjung.

Perkembangan terbaru ini menyebabkan sekali lagi UBN Kuala Lumpur mungkin akan membuat kajian semula berhubung kedudukan UBN serta tarikh pembubran parlimen. Sebelum ini rata-rata orang berpendapat parlimen akan dibubar dalam minggu pertama September dan pilihan raya dijangka akhir September atau awal Oktober.

Dengan pengisytiharan rasmi penubuhan PPS itu ada kemungkinan Najib Razak akan mengubah tarikh pembubaran parlimen dan tarikh pilihan raya. Sabah sebelum ini dianggap sebagai simpanan tetap bagi BN namun dengan keluarnya Lajim dari parti itu menyebabkan simpanan tetap itu sudah menjadi simpanan longgar.

Dalam perkembangan lain tokoh-tokoh berpengaruh di Sabah termasuk juga sekurang-kurang tiga orang ketua Umno bahagian akan membuat kejutan besar dalam tempoh terdekat. Satu masa Najib terpaksa bergegas ke Sabah kerana menerima ancaman beberapa orang ketua Umno bahagian akan membuat pengumuman akan keluar parti beramai-ramai. [wm.kl.8:35 pm 28/07/12]

Jumaat, 27 Julai 2012

Rosmah Perempuan Puaka! Part 2

30 artis sudah sertai usrah



Salmah Mat Husain I Gambar Rizal Tahir,27 Jul 2012
KOTA BHARU: Program usrah yang diadakan dikalangan artis bermula tahun lalu bertujuan untuk meningkatkan tahap keimanan dikalangan artis, khususnya yang telah berhijrah.

Artis Hayati Hamzah atau Yatt Hamzah (gambar)ketika dihubungi Harakahdaily memberitahu, walaupun mereka telah berhijrah khususnya artis wanita dengan menutup aurat, namun kelas-kelas agama dan usrah perlu dihadiri untuk mempertingkatkan ilmu dan iman masing-masing.

Menurutnya, andainya dahulu hanya lima orang sahaja artis yang sudi menghadiri kelas usrah, bagaimanapun kini telah meningkat lebih 30 artis pada satu-satu masa.

“Antaranya yang bersama kami Enod, Irma Hashime dan lain-lain lagi,”ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Beliau bagaimanapun memberitahu, kelas usrah sepanjang Ramadan ini terpaksa ditiadakan memandangkan para ustaz yang mendalikan program itu untuk mereka kesuntukkan masa.

“Kelas usrah kami diadakan pada waktu malam, bayangkanlah andainya waktu malam usrah diadakan, pukul berapa ianya harus bermula memandangkan solat sunat terawih juga siap agak lewat.

“Ustaz yang membimbing kami juga ada diantara mereka memenuhi jemputan sebagai pengkuliah di luar Kuala Lumpur,”ujarnya.

Untuk itu, katanya anggota usrah berkenaan menunaikan solat sunat terawih di beberapa tempat yang sesuai untuk mereka khususnya di tempat yang berhampiran kediaman masing-masing.

Yatt Hamzah yang juga seorang pelakon baru-baru ini diundang oleh kerajaan Kelantan untuk memenuhi program Bicara Selebriti ke-5 sempena Hari Hiburan Islam (Hai) 12 Julai lalu.

Selain Yatt, bloger Saifulislam.com, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, artis Indonesia, Kholidi Masadil Alam dan Ana Rafali dijemput sebagai panel menjayakan program itu.

“Tapi kalau Yatt, Yatt lebih selesa di Masjid Wilayah, kat sini imam dari Mekah dan Madinah menjadi imam solat,”ujarnya.

Bersesuaian dengan bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini, beliau akan mengambil kesempatan sebaik mungkin untuk ke arah yang lebih baik, khususnya sentiasa istiqamah dengan penghijrahan itu.

Antara mereka yang memainkan peranan penting sebagai naqib pada program usrah sekali seminggu itu,  Ustaz Rusdi Ramli, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Ghazali Ibrahim dan lain-lain.

Abby Abadi Serah Borang Masuk Pas | 19 Julai 2012

TGNA | KuliahJumaat 13 Julai 2012

Gambar Ustaz Azhar Idrus masa muda



http://muslimeen-united.blogspot.com,28 Jul 2012
Penghijrahan yang beliau pilih dah menjadikan beliau seorang ulama' tersohordi Malaysia.Mana taknya, setiap kuliah yang ustaz adakan, penuh sesak satu masjid. Itulah aura orang yang bernama Ustaz Azhar Idrus. Pendekatan yang beliau gunakan iaitu mendekati golongan muda melalui aktiviti-aktiviti beliau di laman-laman sosial seperti di facebook dan ustazazhar.net banyak membantu golongan muda dalam memahami dan memantapkan pengetahuan terutamanya dalam hukum fiqh.
Siapa pun kita pada hari ini, tak menjamin siapa kita pada hari esok. Kalau dulu mungkin Ustaz Azhar sendiri pun tak menyangka beliau akan jadi seperti siapa beliau pada hari ini, kita juga begitu. Jika sekarang kita berada jauh dari Islam, maka berhijrahlah dengan hati yang ikhlas. Islam is the way of our life. Jadikan Islam cara hidup kita!
Jangan bertangguh lagi!

*Gambar Ustaz Azhar Idrus masa muda dahulu

Gambar-gambar bohong yang tersebar tentang Rohingya



http://ghaflah.blogspot.com,27 Jul 2012

Foto diatas adalah merupakan kejadian benar tapi bukan berlaku di Myanmar sebagaimana yang disebarluaskan dalam internet. Ia adalah peristiwa gempa bumi yang berlaku di negara Tibet dan telah menelan banyak mangsa korban. Rujuk - Tibetan Community | Tibet Times
Foto foto atas ni juga berlegar diantara netizens dengan mengaitkan peristiwa pembantaian ummat Islam Rohingya di Myanmar. Tapi sebenarnya adalah merupakan kejadian di Selatan Thailand - Wilayah Pattani. Peristiwa ini berlaku pada Oktober 2004 dimana Tentera Thailand membantai ratusan warga Muslim Pattani di Takbai yang mengakibatkan sekurang kurangnya 85 orang terbunuh, 60 cedera, dan 59 lainnya dipenjarakan. Sumber artikel & Foto -  Hminews.com | The Telegraph | SMH Portal | People's Daily | Frontline
Keterangan Foto : Seorang Muslim Myanmar telah dibakar dan orang disekelilingnya hanya memerhati tanpa ada seorang pon yang bersimpati dan ingin menghulurkan bantuan. (banyak kat fesbuk foto ni)
Foto ini sebenarnya adalah foto seorang aktivis Tibet yang bernama Jhampel Yesh yang membantah lawatan Presiden China ke India. Aktivis tersebut merupakan seorang imigran yang sedang memohon suaka politik dari pihak India membuat aksi membakar diri sendiri sebagai bantahan kunjungan oleh Hu Jintao (Presiden China ketika itu) ke India. Sumber - International Business Times | The Guardian UK
Foto : Sami Buddha Mengamuk Di Myanmar. Caption tu memang betul dah, kejadian pun memang di Myanmar tapi berlakunya adalah pada tahun 2007. Foto ni langsung takde kena mengena dengan  rusuhan kaum sebab ini adalah demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat Myanmar terhadap kerajaan junta tentera yang tertekan dengan kemiskinan akibat dari kenaikan harga barang barang keperluan asas. Sumber Ahrchk | MySinchew
Nota : Pembantaian yang berlaku di Myanmar adalah perkara yang benar benar terjadi dan adalah diseru kepada seluruh ummat Islam bangkit menyatakan bantahan dan turut menghulurkan sumbangan sekadar yang termampu untuk meringankan beban saudara saudara seagama kita disana.
Namun dengan menyebarkan gambar gambar palsu tentang perkara yang benar adalah satu perbuatan yang tidak bermoral dan hanya menangguk di air keruh., dan jika tujuannya semata mata untuk menaikkan rating maka ia adalah satu perbuatan tak bertanggungjawab atas derita orang lain

Khamis, 26 Julai 2012

Awang Adek dimalukan dengan isu KGT



Aslani M,26 Jul 2012
KOTA BHARU: Percubaan Umno Kelantan bertenggek di atas isu Kelantan Golden Trade (KGT) akhirnya terlodeh apabila polis menjelaskan tiada sebarang penyeleweng terhadap urus tadbir agensi terbabit.

Sedangkan sebelum ini Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussein memberi tempoh 21 hari supaya kerajaan negeri menyiasat dakwaan penyelewengan KGT.

“Hari ini, KGT disahkan bersih, sedangkan Awang Adek yang dikaitkan dengan pelbagai dakwaan salah guna kuasa sejak akhir-akhir ini masih belum terbukti tidak bersalah.

“Sepatutnya beliau merasa malu dengan kenyataannya sebelum ini kerana mengutip maklumat di tepi jalan bagi memburukkan kerajaan negeri,” kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.

Semalam Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dalam satu kenyataan media mengesahkan tiada unsur jenayah komersial yang dikaitkan dalam isu penyelewengan KGT.

Sehubungan itu, Pemuda PAS Kelantan melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Umno dan NGO tajaan mereka yang melontarkan pelbagai tuduhan dan tohmahan terhadap KGT.

Kata beliau juga sepatutnya Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad dan beberapa NGO Umno merasa aib di atas tindak tanduk mereka selama ini.

“Sewajarnya Wan Khairul Ihsan yang baru menyertai Umno April 2010 menumpukan kepada skandal pemimpin parti itu yang masih belum dibersihkan mana-mana pihak,” ujarnya.

Katanya, sebagai “orang baru” dalam Umno Wan Khairul masih belum mampu membantu parti itu biar pun pelbagai tindakan dilakukan termasuk menyertai demontrasi di hadapan Kota Darulnaim.

“Mungkinkah Wan Khairul ingin membuktikan kepada pimpinan Umno bahawa beliau layak diketengahkan sebagai calon pilihanraya dengan mengenepikan tokoh-tokoh lebih senior,” tambahnya

Rabu, 25 Julai 2012

KGT tiada penyelewengan: Terima kasih polis - Nik Aziz



Harakahdaily,25 Jul 2012

(Keratan berita Sinar Harian hari ini)

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang telah membersihkan nama Kelantan Gold Trade (KGT) dari tuduhan penyelewengan sebelum ini.

"Terima kasih Polis Kelantan, kerana bersih sangkaan tidak baik pihak tertentu terhadap KGT," kata beliau melalui twitternya hari ini.

Media hari ini melaporkan, Polis Kelantan mengesahkan tiada unsur jenayah komersial yang dikaitkan dengan dalam isu penyelewengan KGT.

Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang mendakwa KGT terlibat dengan penyelewengan.

"Kita sudah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang dibuat berhubung skandal KGT ini dan hasil siasatan mendapati tiada unsur penyelewengan dan tiada unsur jenayah komersial.

"Sehubungan itu, polis menutup kes ini," katanya kepada akhbar Sinar Harian semalam.
Sebelum ini NGO pro Umno dan seorang blogger Umno telah membuat laporan polis dan menulis dalam blognya kononnya berlaku penyelewengan dalam KGT.

(Husam menunjukkan laporan muka depan Utusan yang memfitnah KGT)

Ekoran itu, akhbar Umno Utusan Malaysia  telah menjadikan cerita ini laporan muka depannya.

Laporan ini cuba mengaitkan Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa terlibat dalam penyelewengan ini.

Ekoran itu, Husam memaklumkan dua hari lepas, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Umno itu.

Turut bakal dikenakan tindakan yang sama adalah bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad, yang didakwa turut memfitnah KGT.

Husam Musa pada sidang media itu memberitahu tindakan berkenaan diambil bagi membersihkan nama baik KGT yang sering dijadikan sasaran fitnah oleh dua pihak tersebut di samping pihak lain.

Sementara itu Pengurus Besar KGT, Mahadi Mokhtar turut melahirkan rasa syukur kerana dakwaan tanpa asas terhadap anak syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu sudah berakhir.

"Biar pun ada laporan dibuat terhadap KGT, namun sehingga kini tidak ada pihak polis yang datang membuat siasatan, kemungkinannya dakwaan yang dilemparkan pihak terbabit tidak berasas," katanya di sni.

Menurutnya segala dakwaan tersebut jelas bermesej politik kerana mereka sengaja mengambil kesempatan memburuk-buruk kerajaan negeri dan pemimpinnya di atas isu yang tidak wujud.

Beliau juga berkata, pihaknya tetap meneruskan tindakan saman terhadap akhbar milik Umno iaitu Utusan dan Nik Mahani kerana segala dakwaan yang dilemparkan tidak betul.

Selasa, 24 Julai 2012

Sedarlah Hisham kata Bersih haram ramai ditahan



Harakahdaily,25 Jul 2012
TEMERLOH: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Kuala Lumpur membatalkan bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sebagai pertubuhan haram sepatutnya menjadi pengajaran kepada kerajaan BN supaya tidak bertindak sesuka hati pada masa hadapan.

Ketika bercakap kepada Harakahdaily, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata rakyat masih ingat bagaimana deklarasi Bersih sebagai haram tahun lepas oleh kerajaan BN telah disusuli dengan pelbagai tindakan drastik seperti merampas baju kuning, sekatan jalanraya dan tindakan menangkap mereka yang menyertai Bersih dan memakai baju kuning menjelang perhimpunan 9 Julai 2011 yang digelar sebagai Bersih 2.0.

“Tindakan membuat pengisytiharan yang bercanggah dengan undang-undang sekurang-kurangnya menjadi satu peringatan masa depan, dan seharusnya beliau (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein) menyedari betapa ramainya peserta himpunan yang ditahan akibat pengisytiharan tersebut,” kata beliau.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata walaupun keputusan mahkamah itu kini bersifat akademik kerana perhimpunan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 telah berlalu, namun keputusan itu membawa erti yang amat besar kepada perjuangan rakyat dalam menuntut sebuah sistem pilihan raya yang adil dan bersih.

Dalam pada itu, jawatankuasa bertindak Bersih menyeru kerajaan BN untuk tidak merayu keputusan tersebut walaupun mengakui ia adalah hak untuk mereka melakukannya.

Mereka menyeru agar kerajaan BN menerima realiti politik tanah air dan bekerjasama dengan Bersih sebagai satu pertubuhan yang sah menuntut satu pilihan raya yang adil dan bebas atas pihak rakyat.

“Untuk kebaikan negara, kami secara ikhlas meminta mereka untuk tidak menfailkan rayuan dan menarik balik semua kes sivil terhadap kami kerana ia membazir duit rakyat,” kata Bersih dalam satu kenyataan.

Jawatankuasa bertindak Bersih 2.0 mempunyai 14 anggota dan diketuai oleh Datuk Ambiga Sreevenasan dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Hishammuddin pula berkata kementeriannya akan berbincang dengan Peguam Negara untuk menentukan sama ada perlu menfailkan rayuan terhadap pembatalan deklarasi bahawa Bersih adalah pertubuhan haram.

Bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar pula meremehkan tuntutan untuk perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan Hishammuddin untuk meminta maaf terhadap Bersih dan peserta perhimpunan aman itu dengan menyatakan bahawa ia adalah dalam bidang kuasa Hishammuddin untuk melabelkan Bersih sebagai haram.

Sebelum ini, Najib juga telah menggelar peserta Bersih sebagai mufsidun

Tarik cacian, gugur dakwaan pada peserta Bersih – PAS


Harakahdaily,24 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Ekoran keputusan Mahkamah  yang membatalkan bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram, PAS menyeru para pemimpin BN untuk menarik balik tuduhan jijik mereka pada Bersih selama ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata keputusan mahkamah itu membuktikan bahawa Bersih adalah satu pertubuhan yang sah selama ini.

“Memang sah Bersih bukan diwakili pertubuhan haram dan peserta himpunan tidak menggunakan senjata,” kata beliau secara ringkas kepada Harakahdaily.

Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa  Ali pula menyeru semua pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menarik balik tuduhan dan cacian jijik mereka terhadap Bersih dan peserta himpunan Bersih selama ini.

“Segala yang mereka pernah tuduh secara jijik terhadap Bersih dan para pesertanya perlu ditarik balik kembali secepat mungkin. Dan ini termasuk kenyataan Najib yang menggelar peserta Bersih sebagai mufsidun,” katanya.

Mustafa juga berkata BN seharusnya berhenti daripada mengelirukan rakyat terhadap Bersih.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Hishammuddin Hussein pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang.

Hakim Datuk Rohana Yusof ketika membacakan keputusannya hari ini berkata, Bersih telah berjaya membuktikan kes dalam mencabar pengisytiharan kerajaan.

Beliau juga memutuskan perisytiharan Menteri Dalam Negeri sebagai ‘tercemar’.

“Oleh itu, kami membenarkan permohonan pemohon (untuk semakan kehakiman perisytiharan kerajaan) dengan tiada perintah tentang kos,” katanya.

14 Anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih yang diketuai oleh Ambiga Sreenevasan telah menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai responden.

Selain dari Ambiga, plaintif termasuk Dr Ahmad Farouk Musa, S Arul Prakkash, K Arumugam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, Andrew Khoo Chin Hock, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, SP Subramaniam.

Turut serta adalah Toh Kin Woon, Wong Chin Huat, Yeo Yang Poh, Yeoh Yong Woi dan Zaid Kamaruddin.

Pada 1 Julai tahun lalu, Hishammuddin dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengisytiharkan gabungan itu menyalahi undang-undang, sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Mahfuz Omar menyeru Najib, Hishamuddin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar untuk memohon maaf kepada rakyat Malaysia, terutamanya peserta Bersih dengan serta-merta.

“Semua kes pendakwaan terhadap peserta Bersih mesti digugurkan, ekoran bermula dari provokasi tuduhan bahawa Bersih adalah satu pertubuhan haram,” kata ahli parlimen Pokok Sena itu

Isnin, 23 Julai 2012

Pencacai Umno kantoi fitnah Setpol MB Kedah di bulan puasa...



http://darisungaiderhaka.blogspot.com,24 Jul 2012

Mungkin disebabkan terdesak untuk mencari duit raya, pencacai UMNO sanggup melakukan apa sahaja hatta menabur fitnah didalam bulan Ramadhan ini.

Ahad lalu hari kedua seluruh ummat Islam di Malaysia mengerjakan ibadat puasa sebuah Blog Pro UMNO yang bernama 'Padi Jantan' telah menyebarkan satu fitnah.

Pemilik Blog tersebut menyiarkan sebuah berita kononnya Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah telah ditangkap kerana rasuah dan rentetan dari itu kebanyakkan blog Pro UMNO yang lain menggunakan laporan yang berbentuk fitnah oleh 'Padi Jantan' itu untuk menyerang PAS.

Bukan saja Blogger Pro UMNO, malah Blogger Pro PR pun ada yang percaya dengan fitnah dari 'Padi Jantan' itu dan membidas pihak PAS..

Berikut adalah jawapan dari Setpol MB Kedah sendiri dalam hal ini..
Setpol MB Kedah difitnah rasuah

Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menafikan laporan blog proUmno yang mengaitkan dirinya dengan rasuah bernilai RM1.3 juta, yang disebarkan sejak petang kelmarin.

Katanya, dakwaan itu adalah fitnah semata-mata namun enggan melayan propaganda murahan oleh beberapa blog tempatan yang ingin mencari publisiti.

“Saya didakwa berada dalam lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah petang kelmarin, sedangkan ketika itu, saya hadir pada program Menteri Besar menyampaikan sumbangan Ramadan di Masjid Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar,” katanya, ketika dihubungi.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Penerangan Pas Kedah menyifatkan ia antara usaha mengheret pemimpin Pas terjerat dalam perangkap musuh politik, terutama menjelang kehangatan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Sepatutnya pihak yang sebarkan fitnah itu hormati bulan Ramadan. Saya tahu siapa dalang di sebalik cerita tidak berasas itu, dan tidak berhasrat mengambil apa-apa tindakan. Namun sekiranya ianya berterusan, saya tidak menolak kemungkinan menggunakan saluran perundangan,” katanya.

Menurutnya, beliau hanya mengetahui mengenai fitnah itu apabila dihubungi seorang rakan bertanyakan perkara itu, dan mengambil sikap berdiam diri selagi ianya tidak menjejaskan nama baiknya.

“Mungkin ada pihak yang tidak senang dengan keakraban saya dengan Menteri Besar selaku Setiausaha Politik, dan mahu jatuhkan kredibiliti saya. Mungkin juga ia antara agenda mahu calarkan imej Menteri Besar dengan membuat serangan peribadi terhadap saya terlebih dahulu,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, pihaknya menyifatkan penyebaran fitnah itu sebagai usaha pihak tertentu untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap pemimpin Pas Kedah.

Sejak 2 petang kelmarin, beberapa blog proUmno dilihat mencanang dakwaan konon Muhammad Sanusi sudah ditahan dalam lokap SPRM atas tuduhan rasuah bernilai lebih RM1.3 juta. Laporan blog berkenaan turut mengaitkan sasaran seterusnya adalah Pegawai Kewangan Negeri Kedah, yang juga sepupu kepada Menteri Besar, Datuk Mohd Puat Mohd Ali - Sinar Harian

Kalau terdesak sangat nak cari duit raya sekalipun.. hormatlah sikit bulan Ramadhan ni..