Isnin, 27 Februari 2012

AKSYEN JE......


Kemelut di Kedah bukan ‘isu besar’, kata Harun Taib





KUALA LUMPUR, 27 Feb — Dewan Ulama PAS percaya kemelut kepimpinan yang melanda pentadbiran Datuk Seri Azizan Abdul Razak bukan isu besar, menegaskan tiada pergeseran dalaman yang berlaku.
Jelas Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib, kemelut itu mungkin berlaku disebabkan pengaruh pihak luar yang cuba merosakkan hubungan antara pemimpin parti ... Read More

Ribuan orang ramai memenuhi Padang MPK4 pada perhimpunan membantah pembinaan kilang memproses nadir bumi Lynas, Kuantan, 26 Februari 2012. – Foto oleh Jack Ooi
Ribuan orang ramai memenuhi Padang MPK4 pada perhimpunan membantah pembinaan kilang memproses nadir bumi Lynas, Kuantan, 26 Februari 2011.

biar betui................


Najib mengaku silap, biar PR perintah Selangor

Harakahdaily,27 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 27 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggesa rakyat supaya tidak memberi ‘tempoh lanjutan’ kepada pembangkang untuk terus memerintah Selangor sebenarnya ditujukan buat partinya sendiri.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar)berkata, ini kerana pembangkang di Selangor ketika ini adalah Umno BN manakala kerajaannya adalah Pakatan Rakyat.

“Beliau juga seperti menyindir partinya sendiri dengan kenyataan bahawa ‘pelbagai janji tidak tertunai’ semasa dalam pemerintahan Selangor di bawah Pakatan Rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mungkin Najib tidak menyedari bahawa rakyat Selangor pada hari ini menikmati pelbagai ‘janji yang tertunai’ oleh kerajaan Pakatan Rakyat seperti yang dimaksudkan itu.

Katanya, selepas menang empat tahun yang lalu, janji-janji Pakatan Rakyat satu demi satu ditunaikan, antaranya air percuma sebanyak 20 meter padu yang diberikan kepada setiap rakyat di negeri itu.

Selain itu, ujarnya dengan perkhidmatan berbentuk kebajikan seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE) untuk warga emas, skim tuisyen percuma, Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), Jom Shopping dan lain-lain lagi.

Sebaliknya, tambah beliau Umno yang memerintah berpuluh tahun lamanya ‘pelbagai janji tidak ditunaikan untuk rakyat’.

“Ini menyebabkan beliau menggelepar dan seakan menyalahkan pimpinan bawahannya,” ujarnya.

Bahkan, katanya lagi bekas Menteri Besar Selangor sendiri telah dijatuhkan hukuman kerana kesalahan rasuah.

Justeru, tambah beliau bagaimana mereka boleh membela rakyat di negeri paling maju itu, sekiranya pemimpin nombor satu negeri tersebut sendiri dihukumkan kesalahan dengan rasuah.

Beliau berkata, rakyat menganggap jika memberi ‘tempoh lanjutan’ kepada Umno BN lagi, mungkin lebih ramai  pemimpin Umno BN akan disabitkan dengan kesalahan rasuah serta kesalahan-kesalahan lainnya.

PM juga, ujar Riduan dalam kenyataannya mengakui melakukan kesilapan ketika memerintah Selangor dahulu dan merasa insaf serta memohon maaf kepada rakyat Selangor.

“Bagi DPPM, sekiranya PM sudah insaf sepatutnya beliau tidak berebut untuk mendapatkan Selangor kembali dan  menyerah dengan membiarkan Pakatan Rakyat memerintah buat penggal kedua,” ujarnya lagi.

Ini, katanya kerana Umno sudah memerintah Selangor selama berpuluh tahun dan sudah tentu ‘dosa’ beliau dan partinya bukan mengambil masa yang sedikit untuk dibersihkan.

Justeru, tambah beliau PM perlu mengelak partinya dari sebarang cita-cita menduduki kerajaan Selangor bagi mengelak ‘dosa’ yang lama dilakukan kembali.

Justeru, beliau berkata sepatutnya PM bersyukur kerana dengan kekalahan partinya dalam PRU13  dapat ‘menginsafkan ‘ beliau.

“Sebaiknya, keinsafan beliau perlu diterjemahkan pada kerajaan negara ini yang berada di bawah tanggungannya, dengan membersihkan kabinet serta kerajaannya dari pelbagai skandal dan penyelewengan kuasa,” ujarnya lagi

Sabtu, 25 Februari 2012

tazkirah........................


Imam sentiasa di hadapan, bukan masa solat sahaja

Muhammad Yusri Amin,25 Feb 2012
KOTA BHARU, 25 Feb:Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menyeru para imam di negeri ini supaya sentiasa berada di ‘saf hadapan’ dalam semua keadaan dan tindakan, bukan hanya semasa mengimamkan solat sahaja.


Bahkan, kata Nassuruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Meranti, para imam hendaklah bertindak senada dengan kerajaan negeri.

“Apabila dapat kuasa, kita memerintah cara Islam. Antaranya kerajaan menegaskan bahawa judi itu haram dan lesen tidak dikeluarkan, maka demikianlah penegasan imam kepada masyarakat bahawa hukum judi itu haram.

“Para imam sejak lama dahulu membawa makmun ke arah jalan kebaikan termasuk dalam bab judi haram,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai dan Kakitangan Masjid Kelantan kali ke-15 di Dewan Persatuan itu di Pasir Tumboh dekat sini, pagi tadi.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Tumboh, Ahmad Baihaki Atiqullah, Yang Dipertua Persatuan Pegawai dan Kakitangan Masjid Kelantan, Kamaruzzaman Abdul Latiff serta pegawai dan jawatankuasa persatuan.

Demikian juga, ujarnya ketika mengajar agama di masjid dalam bab arak itu haram.

“Dan bukanlah mengajar bahawa ‘arak’ atau ‘judi’ itu kalau ada lesen, ‘halal’ dan kalau tidak ada lesen, maka ‘haram’,” jelasnya lagi.

Beliau berkata, para imam khasnya dan rakyat di negeri ini amnya hendaklah berasa beruntung berada di negeri Serambi Mekah, yang kerajaannya memerintah cara Islam.

Menurutnya lagi, dalam semua aspek, para imam hendaklah arif akan ‘ujung jatuh’ hasil dari tindakannya, selaras dengan pendirian kerajaan negeri, dengan menurut hukum Al-Quran.

“Demikian juga dalam kerja-kerja Islam, para imam kena berada di hadapan, hatta  dalam perjuangan Islam pun tok imam kena duduk di hadapan,” ujarnya.

Bahkan, kata Nassuruddin, dari segi kebajikan juga, para imam hendaklah mendahului orang lain, menjadi golongan terbaik dan sentiasa mempertingkatkan diri.

Kembara Delhi-Kashmir-Agra ~ 8H 6M ~ 26 APRIL, 13 SEPT & 13 DEC 2012 [CODE : ASWB]

Kembara Delhi-Kashmir-Agra ~ 8H 6M ~ 26 APRIL, 13 SEPT & 13 DEC 2012 [CODE : ASWB]

Jumaat, 17 Februari 2012


Pastikan ramai calon PAS menang

Zulkifli Sulong,17 Feb 2012
SEREMBAN, 17 Feb:Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan pemimpin PAS supaya menunaikan solat secara berjamaah dan mendirikan solat malam serta berdoa.

Beliau menyatakan demikian ketika memberikan taklimat kepada petugas penerangan PAS Negeri Sembilan di Ampangan, petang ini.

Lebih 100 petugas penerangan PAS negeri ini mengikuti taklimat yang dibuat dalam siri Konvoi Penerangan PAS Pusat.

Taklimat kepada petugas penerangan adalah aktiviti utama sepanjang konvoi penerangan ini.

Taklimat ini adalah aktiviti pertama konvoi ke negeri ini.

Selepas taklimat, anggota konvoi akan bergerak ke seluruh Negeri Sembilan untuk menjalankan aktiviti masing-masing, antaranya hi tea, penyebaran risalah,  kuliah maghrib dan ceramah umum malam ini.

Pagi esok pula, kuliah-kuliah Subuh diberikan.

Antara yang hadir dalam taklimat ini adalah Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Taufek Abd Ghani, Setiausaha Lajnah Penerangan, Misbahul Munir Masduki dan lain-lain AJK Lajnah Penerangan PAS.

Dalam taklimat yang diberikan, Tuan Ibrahim memberikan semangat kepada petugas PAS agar memastikan calon PAS yang paling ramai menang.

Ini, katanya kerana sememangnya PAS paling banyak bertanding termasuk di Negeri Sembilan.

"Cuma kita tak menang banyak je," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau sekali lagi mengingatkan pemimpin PAS agar sentiasa solat berjamaah, membaca al-Quran sekurang-kurang tiga hari sekali.

Beliau juga mengarahkan mereka sentiasa solat malam dan berdoa malam agar sentiasa sabar, ikhlas dan sabar.